Memaparkan catatan dengan label punca bercerai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label punca bercerai. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Ogos 2013

Permintaan Dari Hati

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Bila kita rindu apa yang kita akan buat pada pasangan kita? Kita akan berteriak melalui khidmat pesanan ringkas dengan memajukan kata -kata seperti...

salam, tengah buat apa itu?

salam, kita hantar masage pada pasangan kita dengan mengatakan anak kita tengah buat apa itu?

salam, dah makan ker belum?


Oh tidak, sebaliknya pasangan anda ingin sekali anda bertanyakan akan kesihantannya apa lagi tika itu anda dan dia dalam jarak yang jauh. Kalau kata dekat apatah lagikan...


Kemudian bertanyakan pula bagaimana hari-hari yang di laluinya. Ia mungkin pasangan anda seorang suri rumah tangga anda berfikir hari yang di lalui tetap sama tapi adakah anda tahu dia ada sebarang masalah yang masih belum dia mampu luahkan pada anda...

Seandainya dia berkerjaya pula bagaimana? Sudah semestinya ada sesuatu perkara yang amat merumitkan kehidupan. Mungkin suasana persekitaran perjabatnya, situasi tegang dia dengan pelanggang barangkali siapa tahukan. Pendek kata segala kemungkinan boleh berlaku..


Sekiranya anda pulang dari jauh belikanlah sesuatu yang di sukainya. Andai kata anda tidak cukup memenuhi apa yang di harapkan memadai anda memeluk pasangan anda seerat yang boleh. Kucuplah dia dan cuba tenteramkan hati dia. Barangkali dakapan anda sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan yang dia alami.


Cukup!
Inginkan lebih lagi panduan untuk mengelakkan perceraian berlaku dalam mahligai anda dan ketahui sebagainya bolehlah ke laman ini cinta pautlah padaku kembali