Khamis, 28 Januari 2016

Resepi Makanan Bayi Dan Hari Pertama Cara Gemukkan Bayi

As salam..

Ya. Mahu aku coretkan lagi entri disini. Paling tidak untuk aku demi masa anak-anak aku juga..manalah tahu mereka akan cari kisah ini baca satu persatu betapa aku jaga mereka sadaya kudrat aku mampu..maka harap mereka adik-beradik akan menghargainya...

Sekarang ini baby tengah bangunlah pula jap..

Resepi Makanan Bayi Dan  Hari Pertama Cara Gemukkan Bayi

Khamis 28 Januari 2016..

Bermula berat bayi saya menyusut gara demam dua kali untuk entri yang lepas maka saya nekad nak naikkan berat badannya dan catat mana yang termampu di sini..

Jom lihat hasil uji kaji saya..moga saya akan terus beri kekuatan..amin..

Buah kurma dua biji saya kisar jadi bentuk puri yang halus. Kurma besar 2 kali ganda ibu jari tau ho..hoo...bagi bayi makan untuk menu pagi. Kenapa buat kisar. Ya, saya ada buat kisar jadikan air tapi bayis aya menolaknya. Jadi kisar pekat bagi halus tengok dia makan tadi suka. Maka saya akan kekalkan menu pagi.. Menurut kawan saya nak berat badan baik naik cepat kurma ini elok kisar dapatkan air bagi pada bayi dua sudu besar beri pada bayi sebanyak 5 kali sehari.

Peha ayam saya kisar bersama dengan 3 sudu besar nasi. Jadikan bentuk puri juga. Boleh buat makan tengahari, petang dan malam.

Untuk saya buat susu satu gelas sarapan pagi.. saya dok fikir malam segelas ok juga. Untuk petang saya buat minum holicks campur milo. Dalam pemerhatian saya holicks cokelat saya ambil bayi cam cepat lapar sahaja berat badan dia pun tak naik. Kaedahnya saya kekal holicks perasa biasa itu..berat badan bayi naik cantik jer. Yang demam memang demam kans...

Bukan apa sebab apa ibu minum khasiat itu akan terkadang dalam susu ibu sepenuhnya.

Tiada ulasan: