Khamis, 28 Januari 2016

Pengalaman Berat Badan Bayi Susut Dan Demam Berbalik-Balik

Salam..

Pengalaman Berat Badan Bayi Susut Dan Demam Berbalik-Balik..Lama gak sepi sejak balik dari kampung dan awal tahun aku diamkan diri sahaja. Pada hakikatnya anak no 2 itu demam..

Demam..batuk..selsema semua ada. Sehingga kena pakai nebulizer katanya sebanyak dua kali.Sedih lihat wap keluar dia pula sedut ubat pakai neb itu. Ubat yang doktor bekalkan ubat batuk. demam, selsema, ada dalam lima jenis ubat gitu..baru tambah ubat demam dan antibiotik..

Rupanya sungguh mencabar membesarkan anak kedua ini. Anak yang pertama demamnya sekejap tak sampai berat badan turun mendadak..

Pengalaman Berat Badan Bayi Susut Dan Demam Berbalik-Balik ..sedih, kecewa..risau bukan kepalang kenapa berat jadi susut begitu dari 6.7kg ...kerana ubat doktor bagi itu bila makan akan keluarkan kahak dan lendir dalam dada bayi...sebab bayi batuk ..selsema..

Masa berat bayi tiga bulan 5.8kg semalam timbang berta bayi saya enam bulan beratnya sama dengan berat badan masa dia usia tiga bulan. Apa lagi dapatlah surat doktor kenalah pi ke hq hospital permaisuri bainun untuk dapatkan date sahaja and kemudian wajib datang pada tarikh berikan itu sekali dengan bawa bayi..

Baru nak masuk enam bulan sudah demam selama empat hari juga..tapi sykur aku habiskan ubat itu sebaliknya redakan selsema aku pakai wap bawang puting nd minyak zaitun sahaja..Sykur permudahkan tapi makan masa untuk selsema itu hilang btw batuk demam beransur pergi. Tapi tak boleh nak tahan bayi aku demam dua kali. 

Baby sudah sihat jadi bagi susu badan macma biasa tak sangka selang esoknya demam balik makan ubat demam sahaja tak surut masuk dua hari baru demam kali kedua itu surut. dugaankan...mujurlah baby tak menolak bila bagi ubat . Jadinya kerjaku mudahkan.

Samapi sahaja dari rumah aku termenung sejenak sambil cakap pada bayi...malam bincang pada suami juga..kami risau sungguh-sungguh. Kini aku kembali kemas kini menu makanan bayi...

Pengalaman Berat Badan Bayi Susut Dan Demam Berbalik-Balik. Aku harap segala urusan aku di permudahkan..


Tiada ulasan: