Selasa, 22 April 2014

Swiss Roll Zirafah

Salam 

Swiss Roll Zirafah aku tak pernah membuatnya. Kiranya aku beli bahan ini kut item sahaja. Sekarang baki untuk menyiapakn  kek swiss roll zirafah ini hanya tinggal 20% sahaja lagi..

Resepi Swiss Roll Zirafah aku banyak cedok sana sini. Ikut mana yang mudah aku faham lastnya resepi aku tulis kurang detail ahaks..pendek kata aku kurnaf faham.

,,,akhirnya aku ikut resepi ini  terima kasih admin masam manis kalau tak kerana panduan dari admin sahlah jangan-jangan aku dah give up uh...

SWISS ROLL ZIRAFAH
Sumber : Everybody Eats Well in Flanders
Di alih bahasa oleh : Citarasawan

Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc
Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak
Sapukan atau griskan loyang dengan butter
Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di dalam loyang
Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak apabila kertas minyak di tanggalkan
Setelah siap ketepikan

Sekarang kita mulakan proses untuk menyediakan kek
Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat.

Peringkat pertama

Adunan Coklat

Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla



  1. Satukan gula dan telur
  2. Pukul sehingga adunan berkrim
  3. Tambahkan esen vanilla
  4. Air dan 
  5. Minyak
  6. Pukul adunan hingga sebati
  7. Tambahkan tepung
  8. Kaup balik adunan hingga rata
  9. Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah
Setelah siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan sediakan Bahan C yang akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan A dan Bahan B

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

  1. Pukul putih telur hingga berbuih
  2. Kemudian tambahkan cream of tartar dan
  3. Gula kaster
  4. Pukul bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
  5. Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
  6. Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
  7. Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C
  8. Tambahkan juga coklat emulco
  9. Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan
Selesailah proses pringkat pertama.
Sekarang kita  beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah

Peringkat ke dua

Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi


  1. Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak)
  2. Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati
  3. Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
  4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag
Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita.
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Ita letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah.

  1. Potong hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas kertas minyak tadi
  2. Setelah siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja.
  3. Bila adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula adunan coklat tadi
  4. Ratakan hingga ke setiap penjuru loyang
  5. Hentak-hentakkan loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan. Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau sehingga kek kita di masak dengan sempurna.
  6. Bila kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.
Sekarang, bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat.

Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka

Macam mana jadi tak heee...Aku punya tunggu sejuk baru kasi gulung2 cinta. Kalau korang rasa kurang faham boleh ke blog masam manis yang ya. Sah bab backing ini kureng dalam atas sebab keinginan tu ada tak pemalas ah...tidak aku usahakanlah juga. demi anak dan suami gitu.

Btw sapa yang tak cemburukan bila datang jer umh abang  suami pangkat kakak dia tu adeh ..anak aku asyik makan kek, cup kek dia jer.itulah aku usahakan sesuatu. Kata orang kalau tak mencuba yang pertama bila lagi kita nak mulakan langkah ke dua dan seterusnya ya tak ;)

Swiss Roll Zirafah tak salah kalau kita mencubakan. Tak faham tanya guru yang pakar atau minta salin resepi ini dari blog mereka aku yakin mereka tak lokek ilmu. heee ;)

Tiada ulasan: