Memaparkan catatan dengan label kain lipat belakang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kain lipat belakang. Papar semua catatan

Isnin, 23 Jun 2014

Mari belajar menjahit a.k.a Teknik Melukis Pola Mudah

As salam..

Mari belajar menjahit a.k.a Teknik melukis pola dengan mudah satu kerja amat aku gemari tapi kalau buat ia satu kerja yang mudahkan. Nak dapat upah jahit lagilah berdouble kali mudah. hii.

Isnin merupakan hari yang lemau untuk aku berkerja seperti biasa heee..sebab aku berpuasalah alahai..badan pun lemah gemalai bila nak solat cepat-cepat aku mandi dan terusnya badan menjadi segar. Itupun mandi setakat basahkan badan mana boleh orang puasa mandi berlama-lama yer tak?

Tiga hari aku ke kl. Mencuci mata melihat design abaya sekitar pusat membeli-belah. Rasanya idea untuk deco sudah ada dalam fikiran cuma sekarang ini tinggal nak luahkan sahaja..biasalah bila kerja -kerja mari belajar menjahit a.k.a teknik melukis pola dengan mudah itu secara automatik aku off selama beberapa hari. 

Biasanya kalau aku outstation aku akan abaikan melukis pola baju kurung, abaya or sepasang baju melayu lelaki terkini sebab kalau kata cuti aku lupakan semua kerja dan fokus pada hari itu dengan sebaik yang boleh.


Sepanjang aku berjalan-jalan di kota raya antara perkara yang selalu menjadi perincian di mataku dalam pemilihan busana dalam setiap jubah,baju kurung moden mahupun baju kurung tradisional hampir semuanya mengetengahkan manik, lace ataupun boder berbunga/kerawangkan.


Alamak! aku rasa terlalu jemu dengan penggunaan deco lace bagai itu sebab sah-salahlah aku ini seorang yang jenis cepat boring a.k.a bosan. kenalah pula kalau boder lace, kerawang, manik itu lebih kurang sama dengan apa yang terhiasa/terletak di jubah or baju kurung anak aku aha..sungguh tak ada cita rasa langsung ngheee...

Tips saya jika anda inginkan perbezaan pada pakaian anda nanti cuba menojolkan kelainan lain dari lain. Maksud saya design. Itulah akan membuatkan anda lebih berbeza pakaian pada hari raya nanti.

  1. Baju kurung tradisional bersama kain susun tepi, 
  2. Baju kurung moden bersama kain kipas belakang, 
  3. Baju kurung riau/pahang bersama kain lipat batik 
  4. Baju melayu bersama seluar  

aH..
jangan lupa DIY jubah sendiri pun boleh dengan mempelajari teknik melukis pola jubah A Cut, Jubah Princess Cut, Empire Cut Jubah Pelum Cut

Itu gunaya kita mempelajari teknik membuat baju kurung moden, cara membuat jubah princess cut or baju melayu di sinilah kita harus bijak bermain dengan lukisan pola design yang pelik tapi menarik. Bukan setakat deco manik or lace jer yer heee..

Mari belajar menjahit a.k.a teknik melukis pola dengan mudah. Kalau korang sependapat dengan aku baguslah heee..patut belajar menjahit dan anda adalah penjahit itu sendiri. bak kata orang citarasa anda tak ada orang yang sama dengan anda. Biar pelik tapi puas hati jimat berkali-kali heee..

Oklah geng ada masa kita bersua lagi ya. Ingat tambah ilmu tak rugi sebab masa akan datang kalau sesak benda inilah yang akan mampu tolong kita nanti.

Isnin, 16 Jun 2014

Aku pola dan kain lipat belakang jadi suri rumah

Salam..




Aku masih di sini bersama hamparan pola baju kurung moden dan jubah pelum...

Aku..
Cuma memerlukan dan menggorbankan 3 minggu cuti sekolah demi mereka.

Menjadi suri rumah tangga sepenuh masa,  menjahit, quilling nd menguruskan blog untuk detik begitu lama.tak pernah aku off blog sebelum ini. kira ini adalah dalam sejarah aku tak layan up entri berbloglah


Aku pola dan kain lipat belakang jadi suri rumah
Bukan tak ada masa langsung pada mereka sebab itu kehendak aku sendiri. perkara ini sudah aku rangka sebelum cuti sekolah bermula. 100% tak akan update blog. 




 Aku pola dan kain lipat belakang jadi suri rumah
Sesekali kita buat begitu tak salahkan dan tak rugi pun. begitu juga kalau kita nak sesuatu ilmu perlu korbankan masa untuk mempelajari sampailah kita mahir rasa puas memiliki dan berjaya menyiapkannya. itu yang dapat aku rasa.

 Aku pola dan kain lipat belakang jadi suri rumah..
Aku selamat potong kain untuk buat baju hari raya yang tersayang...best pula lepas ini bila selesai jahit tepi hee ..makin rancaklah aku  jahit baju kurung moden kain lipat belakang dan jubah kanak-kanak tanpa henti ni sebelum ramadan menjelang nanti heee...

sekarang ini jubahyang dah siap memeh cantik tapi harga wajib poket tebal baik buat sendiri.baju kurung anak dan suami lagu tu juga diy sendiri jer ;)