Salam..
Hati mesti kental kalau mahu menjahit baju uh...seindah biasa apa kita harapkan tak semudah apa yang kita garapkan dalam hati. Ini baru bikin hati sendiri belum lagi kita nak mampu membahagiakan hati orang lainkan.
Begitulah manusia jangkauan yang terlalu tinggi terlalu bahaya takut bila tercapai kita akan lupa diri, lupa Tuhan ibarat kacang melupakan kulit. Itu antara bidalan yang amat mudah di tafsirkan..
Begitu jugalah sekiranya jika kita tidak terlalu berharap sampai bilahkah agaknya kita tiada harapan untuk berjaya nampak gaya ketuk paku pada dasar dan lekat di situ sahaja. Tidak berganjak tidak pula di benamkan paku itu ke arah yang lain.
Kehidupan bukan sahaja memerlukan penggorbanan atau harapan tapi untuk di nikmati dan hirup sedaya yang mampu. Bukan pada setakat ala kadar.
Hati mesti kental kalau mahu menjahit baju..kemampuan itu jugalah saya rela berkhidmat menjadi Suri rumah dan bersedia menjahit sebagai salah satu sumber pendapat keluarga saya. Tidak mudah untuk saya melawan api kemalasan hamburan kata-kata mereka. Bagi saya demi anak dan suami asal tahu apa niat saya mereka akan sokong sepenuhnya kehendak saya dari belakang. Pun begitu masih tetap orang katakan Suri rumah seperti saya ini tidak mendatangkan manfaat langsung. Saya akan pandang sepi kalau geram itu tahulah saya nak gorengkan A.K.A nak menjawabnya macam mana. Setakat ini sahaja saya cuma kata pada mereka saya ada perniagaan online muslimah melalui blog.
Orang agak terkejut..
Tapi saya senyum terkadang naik letih jugalah mahu menjawab jawapan yang sama. Biarlah mereka pandang dengan sinis. Saya tahu saya tak mampu nak berjawatan tinggi macam mereka tapi sedikit sebanyak saya bangga juga bila mereka kata dan nampak pakaian saya macam kerjaya di opis jer. Padahal saya duduk rumah sahaja. Hebat tak saya. Maaf hebat bukan kerana berlagak maksud saya pakaian yang saya buat sendiri masa majlis makan malam jubah itu buat orang renung dua tiga kali.
jubah yang saya paling suka sebab manik bunga-bungaan di kelilingnya |
Saat itulah saya bangkit buat jubah sendiri, jahit baju kurung kanak-kanak untuk kegunaan sendiri ataupun keluarga. Saya rela pekak telinga walaupun pada mula agak sukar untuk mulakan langkah berkerja cari rezeki depan blog, menjahit tudung dan sebagainya tapi kerana yakin usaha itu ada dan nampak hasil syukur saya mampu tersenyum.
Maka sebab itulah saya suka mengajak kaum hawa tak kira anda berkerjaya hebat, suri rumah jaga anak orang, nak buat part time job atau juga menguruskan anak sendiri anda rasa anda tak mampu? Anda mampu sebenarnya seperti saya mungkilah cuma anda rasa malas sahaja itu yang menyebabkan anda terlalu banyak alasan..
..dekat rumah tak ada mesin jahitlah..
..tak ada asas langsung nak belajar
..tunggu masuk kelas jumpa guru baru bolehlah
..tak ada masa untuk belajar, hadap rumah, anak..suami..
Hati mesti kental kalau mahu menjahit baju tak salah jadikan jahitan pakaian lelaki seperti menjahit baju melayu dan seluar ataupun menjahit baju pakaian perempuan permulaan seperti baju kurung moden, jubah princess cut atau baju pesak betawi sebagai salah satu cabang untuk berjaya walau kita tak ada ilmu. Asal kemahuan itu ada pasti jalan kita akan di permudahkan.
Kita wajib tuntut ilmu. Maka inilah pengerasnya yang bakal menjadi sebahagian dari rezeki anda jika anda seorang yang benar-benar rajin berusaha dan tak kenal erti putus asa.
Saya yakin hari yang kemudiaanya jika ada tempahan barulah anda sedar yang sumber jahitan ini sebenarnya boleh menghasilkan wang. Yeap. Sungguhpun wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tapi itu yang harus kita teruskan kehidupan untuk membesarkan anak, membeli barang untuk keinginan sendiri ataupun memberi pada kedua ibu atau bapa atau paling tidak pun membantu suami or untuk simpanan sendiri.
Ruang yang ada terbuka luas cuma kita sahaja harus bijak memilihnya. Saya telah mencuba membuat jubah kembang seperti atas anda janganlah buang masa lagi!
p/s: Kata orang baju raya yang tak di telan zaman dan meriah sepanjang tahun adalah baju kurung tradisional bersama kain susun tepi, baju kurung moden bersama kain kipas belakang, baju kurung riau/pahang bersama kain lipat batik dan baju melayu bersama seluar ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan