Kira-kira sejam yang lalu, dia terjaga dari tidur setelah dikejutkan oleh isterinya. Mulanya dia hendak menarik selimut semula kerana kesejukan dihembus angin pagi, tapi segera pula bangkit apabila terdengar suara bacaan ayat-ayat al-Quran yang berkumandang dari surau.
Namun perkataan pertam yang diucapkan isterinya telah mengundang kemarahannya. Lalu dalam keadaan pepisat itu dia pun melafazkan cerai kepada Zainab.
Siapa pun tak akan percaya kalau diberitahu bahawa penceraian mereka hanya disebabkan oleh sebuah tilam terbuang!
Oh Tuhan, mengapa ini boleh berlaku? Aku tak pernah merancangnya. Bukan kehendak hambamu, Ya Tuhanku. Engkau pun tahu, ini adalah runtutan nafsu ammarahku. Kerana sebab yang kecil, terputus ikatan tali perkahwinan yang terjalin bertahun-tahun.
"Puncanya kecil sahaja," ulas Abang Harun, teman sepejabatnya sewaktu diminta pandangan. "Mungkin waktu itu, oleh sebab baru bangkit tidur, masih dalam keadaan terpisat, maka akan mudahlah berlaku hilangnya pertimbangan akal. Kalau patut fikir dua kali, waktu tu dah tak sempat fikir lagi."
Nada simpati dan tenag pada suara Abang Harun sudah menghilangkan daripada baran perasaan Jamal. Abang Harun memang berpawatakan persis ayah walaupun dia seorang yang gemar bergurau senda. Abang Harun bertaraf pegawai dan dia hanya pembantu pejabat, namun tidak ada batas hubungan antara kakitangan dijalin oleh rasa kekeluargaan yang erat.
Abang Harun berjanji akan bantu selesaikan masalah Jamal. Dia meminta Jamal bertenang. Dipesankan supaya Jamal jangan menziarahi Zainab dalam beberapa hari ini. Abang Harun sendiri akan hantar wakil menemui Zainab dan cuba mententeramkan perasaannya.

"Perkara sudah berlaku Mal, kita cubalah ambil iktibar dan mengcungkil hikmah di sebalinya. Di samping itu kita cuba selesaikannya cara paling baik," pesan Abang Harun.
"Eloklah kau sendiri sedar ketelanjuran itu. Mudah-mudahan sebagaimana cepat perkara ini berlaku, secepat itu pula kita akan dapat selesaikannya," tambah Abang Harun.
Rumah mereka berhampiran dengan jalan masuk ke kampung. Di pinggir jalan itu ada tong sampah besar. Petang semalam seorang pemilik banglo besar di seberang jalan membuang sebiji tilam ke dalam tong sampah. Zainab berkali-kali membaritahu Jamal bahawa tilam jenis tebal itu masih baru, cuma di bahagian penjurunya ada bekas terbakar sedikit.
Mungkin sebab itu ia dibuang. Tapi keadaannya jauh lebih baik dari tilam nipis di bilik tidur mereka yang sudah usang. Zainab menyarankan supaya lewat malam itu Jamal selongkar tong sampah tersebut dan membawa pulang tilam berwarna merah jambu itu tanpa dilihat orang.
Sambung heeeee...
6 ulasan:
aduh..kesian isteri dia..moga dijauhkan dari sikap panas baran ni..
Belajar dari kesilapan orang lain kan Suri?
tapi kalau tilam tu, mungkin sebab ada kutu tilam kot, pasal tu kena buang.
TE
isteri cool le ..suami jer yang baru adeh...
nak kene ggit bro TE nie heeee
SBC
org kaya tilam bli 10 pun tak per..
isteri suka tilam bukan sebab tebak tapi suka warna tilam tu pink! ekekee...
Orang kaya guna tilam pakai buang. Guna sekali dua je pastu beri baru
Abang Jamal tu kirenya pakar motivasi dan pakar perunding keluarga la yekkk...:)
Catat Ulasan