Rabu, 24 Ogos 2011

Alahai Anjing..

Salam semua..

Hari sabtu minggu lepas Suri berpeluang mengemas rumah setelah hampir sebulan tiga kali Suri di serang demam dan selsema maka aktiviti supermak mengemop lantai, membuang sawang, menyusun atur perabot ke posisi berbeza, membasuh langsir baru ditukar dengan langsir lama berjaya dilaksanakan selama 2 hari.

Al-kisahnya bermula apabila Suri menyidai langsir tersebut di atas pintu pagar rumah. Urm berharap sepoi-sepoi angin dan pancaran matahari terik maka langsir-langsir Suri akan kering dengan cepat walaupun sudah dimesin kering.

Suasana pagi yang begitu indah bertukar angin takala petang itu awan biru mula berarak ke lembayung bumi Ipoh. Suri pun cepat-cepat angkat langsir lalu membawa masuk ke dalam rumah. Dalam hati berurut lembut mujur langsirku cepat kering..

Malam itu Suri menghantar cokelat kerumah jiran. Dalam butiran bicara jiran sebelah mengatakan bahawa ada anjing lalu lalang duduk di depan pintu pagar depan rumah Suri. Allah Suri terus mengurut dada. Biar betul kak. Aduh kena samaklah lagu ini huhu..Manalah tahu dia menggeselkan badan dia di langsir Suri huhu..7 kali kena samak bermacam jenis tanah..lumpur blah..blah... Kakak cakap dia tak nampak pula anjing tu menggesel cuma dia nampak anjing tu duduk situ jer mundar - mandir seolah-olah mencari tulang dibawah titi.



Tak puas hati ini. Suri pun telefon ayah.. Pok pek..erk..eh..erm..ye ke? Oh..macam tu pulak..ha, ak..Orait! Wah dah tak pasal-pasal harini belajar ilmu samak dengan ayah. Okeylah tu bab asas dah lepas kata ayah pas ni jangan lupa guna ilmu itu untuk peringatan pada masa-masa akan datang jelas sisa kata ayah dihujuang talian.



Jadinya langsir tersebut sudah di mesin kering, maka sudah pasti kering bila cepat ditiup angin. Tidak perlu disamak sebab dia bukan pula pakain kita seperti seluar, baju yang sering kita pakai dan sarungkan pada tubuh. Ia cuma langsir hanya digantungkan sahaja. Melainkan jika langsir tersebut dalam keadaan basah maka ia perlu disamak. Dikhuatiri bulu-bulu anjing itu akan melekat pada kain langsir tersebut.

Simpul ayah Samak di tempat yang terkena najis mughallazah sahaja. Cara samak iaitu basuh satu kali dengan air yang bercampur tanah dan diikuti dengan membasuhnya sebanyak enam ( 6 ) kali basuh dengan air suci lagi menyucikan (air yang digunakan terus daripada paip).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~..


Malam tadi ada jiran selang dua buah rumah dari kami menegur kami pagi tadi. Katanya ada anjing masuk dalam garaj kereta kami. Erm... ini sah -sah dia masuk di celah-celah pagar rumah kami. Jiran encik Halim kata puas dia jerit-jerit dari luar rumah kami tapi kami tak dengar. Hurm..kami tidur di bilik belakang mana nak dengar teriakan orang huhu..Kata jiran tu lagi kalu kamu jaga Umar mahu juga aku lepok-lepok dan bantai itu anjing. Kurang ajar..sekarang ini memang dia suka berkeliaran di kawasan perumahan kita.

Ini dah kes parah nampaknya lepas ini kami kena beli pagar bergulung tu dan akan dipasang pada pintu pagar rumah kami. Mujurlah malam tadi Suri tidak membasuh pakaian jika tidak sudah tentu dia akan bau or hidu pakaian kami huhu. Seolah-olah Tuhan mengatakan pada Suri jangan basuh pakaian malam tadi sebab Suri rasa gerak hati datang dalam diri heee..

Sahabat punya cerita bagaimana? Yuk kongsikannya disini.

10 ulasan:

akubiomed berkata...

Suri boleh cari sabun Taharah kerana ia berasaskan tanah liat boleh digunakan untuk Samak

Pelangi cinta berkata...

ayah ada ckp ttg sabun tu tapi ayah kata baik guna tanah sahaja..tu lagi terjamin kebersihan dia..

nnti klu jumpa suri akan bgtu

maza berkata...

errr. bukan samak sebenarnya.
samak itu utk menyucikan kulit atau bulu binatang..

Sitru adalah kata sebenarnya. Iaitu membersihkan najis mugahlazah..

wallahualam..

Anif® berkata...

Err En Maza, Sitru atau sertu?

zulkbo berkata...

salam..
ermm..nasib baik ada
ayah..dapatlah menjadi
tempat merungkaikan masaalah

Norasikin berkata...

Memang cari pasal itu anjng. basuh je anjing tu dengan air tanah

tehr berkata...

memang nak kena itu anjing
nak kena baling dengan tulang tu

mancai berkata...

kisah anjing masuk rumah ni teringat kat zaman asrama dulu2 anjing masuk surau dan buang najis.. peh nak samak carpet sungguh memenatkan...

bEe berkata...

Tu anjing liar atau bela suri?
Kena buat komplen... tak patut betul

MEKAR berkata...

Salam suri,

Sya pun pakai sabun taharah jer utk samak tempat2/kawasan yg sya rasa kurang yakin. ok jer pakai sabun tu. dia ada tulis panduan kat kotak sabun tu nnti