Jumaat, 2 Mac 2012

Bila Marah Bertandang

Salam jumaat semua..

Moga-moga dilimpahi nikmat rezeki dan kesihatan yang baik hari ini untuk kita mengucap syukur padaNYA..

Kesedaran menitip kesyukuran di panjatkan padaNYA agar kita bisa menjadi insan yang sebaik dari yang di kehendakiNya. Insyallah.

Pernahkah sahabat membentak rasa amarah dalam diri? Walau hanya sekali atau pun paling tidak marah itu di sadurkan dengan rasa kekesalan bermukim di tapak hati. Kita sering kali mencuba untuk mengawal amarah sebaik boleh tapi ada masa kita juga sering tewas dengan melepaskan marah itu pada waktu kita di himpit kesukaran.



Ingatlah sahabatku amarah yang tidak dikawal sebenarnya mampu menghakis rasa indah dalam hati kita.

Seperti sebuAh taman yang bersih nan indah. Jika kita sendiri tidak menjaga taman itu akan acapkali di sirami dengan lantunan air dan belaian pasti tanaman bunga akan mati dan lebih pedih lagi jika taman itu tidak di jaga rapi apalagi untuk di huni oleh pendatang untuk bertandang..

Begitulah hati yang tidak terjaga pasti hati kita seperti taman nan kosong..lebih parah akan menjadi usang. Mahukah kita menjadi begitu?


Jangan marah pada amarah kerana amarah itu satu anugerah dari Allah s.w.t jua.

6 ulasan:

gadisBunga berkata...

bila marah, muka saya jadi hodoh. hihihi~

hafizmd berkata...

Mmg pernah rase marah (mungkin lebih spesifik geram).

Moga amarah yg ada mampu dibendung dgn baik...ameen

p/s-suri,nape blog cahayacinta takleh masuk?

suri berkata...

gadis buga

tulah jadi jgb tgok cermin yher hww mlu2 itukah wajah saya geeeee

suri berkata...

hafiz
hai blog saya sering mengalami masalah hosting huhu hampr satu hari lepas perasaan pd kerja pejabat..pada blogspot huhu...

terima ksh bro sb sudi masuk dna koemn d blog saya

akubiomed berkata...

Saya belum pernah tahap bertukar menjadi hijau macam Hulk. :-)

cahaya berkata...

ab
haaa andai blh tukar au ker bro jdi gitu heee...