Jumaat, 30 September 2011

MC Bersebab

Petang semalam tekak semacam..

Pagi tadi bagun badan sejuk seram..suara tak der..tekak perit..batuk-batuk.. Segala macam ubat dah ditelan dari semalam dan malam tadi namun tidak menampakkan hasil...


Doktor cakap badan memang panas..panas kuat, tekak merah..muka sugul huhu..

Mc bersebab bukan sengaja. =(

Khamis, 29 September 2011

Mencari 3 Hot Komenter

Selamat petang..

Suri sudah membuat keputusan barang yang ada tu Suri akan hadiahkan pada 3 hot komen di blog cahayacinta.com. Suri berharap sangat agar akan ada bloger yang menyahut cabaran itu. Lagi bagus jika bloger yang selalu singgah sini yang dapat grab hadiah cenderamata tu heee..Insyallah ada rezeki lebih hadiah tersebut akan bertambah ;).


Apalagi yer..
Jadi good lucklah pada yang mencuba tu..dan beruntunglah ada sesetengah bloger masuk sini sebab dah tahu hadiah tu akan di tambah2 kelak nghee...

oklah..balik nak masak..rest byk2 pagi besok klu sihat Suri akan update blog sana sini sanon ..

Badan Dedau...? Erk..

Hee..
Paham ke tidak badan dedau ni..hari ini badan Suri rasa dedau. Kalau orang Melaka cakap tak selesa, rasa cam nak demam tak demam je huhu..Tekak perit deh..

Semalam selamat membawa anak ke klinik sekali mintak ubat antibiotik. Adalah dalam 6 jenis ubat semua rm35.00 sahaja.. Sahaja bukan sikit banyak hoo.hoo.. Bila dah dapat ubat baru ubat lama kami hold walaupun ubat tu baru bulan lepas beli kat depan kaunter klinik tersebut..

Badan Suri dedau =(

Memang benarlah kata orang kalau anak demam, batuk-batuk, selsema pasni mesti ibu dia kena, tak pun si ayah yang kena uh..rasa malas nak pergi pejabat tapi dalam hati dok congak bulan 9 ko dah banyak banyak mohon cuti raya apa mau cuti lagi hee...ech.,mengada-ngada lompang sampai berpusing karang baru ko tau..

Kesihatan kawan-kawan bagaimana pula?

Pstt!! pasni turn Suri bakal ke klinik plk :(

Suri sedang mencari 3 komen yang hot untuk penghujung bulan ini kerna 9 hari lahirku ngheeee...

Rabu, 28 September 2011

Deman Tidak Beransur Lagi..

Hai!

Ahad yang lepas..sejak pulang dari Kuala Lumpur demam anak masih berbaki. Waktu itu cuba berikan dia ubat demam, tapi panas dalam badan datang kembali.

Hari ini badan semkin panas. Petang semalam dan malam tadi dua kali bagi ubat demam, batuk-batuk dan selsema. Last bagi ubat peluru masuk dalam punggung uhu tu pun sekitar jam 12 malam panas semakin menggila.



Mujur ok pagi itu. Tapi badan still naik panas kembali. Agak haru gak fikiran suri dan suami namun tenagkan hati pagi tadi bagi dia makan ubat lagi tu pun susah dia nak telan uhuhu..

agaknya begilah cara ibu bapa kita melayan karenah kita masa kecik-kecik tak suka makan ubat. Kalu makan kita lari haaa.. tengok anak lagu tu sure imbas agaknya aku dulu pun macam ni gak..

Alahai...




Selasa, 27 September 2011

HEE.. Erm...Urm... Idea Please

Yeh..

DE,GEDENG,di GEDENG..
Kain lampin moden yang di oder minggu lepas sudah sampai. Saat tunggu anak pulang mesti pakaikan dia dengan benda alah ini hee.. Erk terlupa lagi masih ada entri alami kain lampin moden part kedua.. Tunggulah masa free nanti Suri akan buat heee.. Ada ker yang berminat ingin tahu akan hal save earth ni huhu...

Minggu ini kurang idea nak update blog rasa banyak permintaan dari bloger adalah hee. Bagus juga sesekali kita memenuhi permintaan bloger untuk buat kajian sesuatu isu tu boleh buat kita lebih berkeinginan untuk mempelajari sesuatu itu dengan lebih mendalam lagi dan lagi kan..kan..

Ini Suri


Hari ini last pose maknanya hari ini Suri bakal menyambut medeka kesyukuran aka sambut raya sekali lagi wewe..Syukur inilah pertama kali puasa enam. Seumur hidup ko tak pernah-pernah buat kali ini tetiba nak buat hee... Semoga di permudahkan. Amin.

Hajat di hati nak kumpul pembaca terbanyak untuk penghujung bulan ini. Tapi takut ada orang yang tidak sudi teriam hadiah cenderamata tu? korang rasa macamner? Hakikatnya barang ini dah lama ada dalam simpanan hurm.. bagaimana ya? ke mahu buat kuiz ..ce bagi idea hee...

Tahu tak?saban hari buka laci almari solek..balik-balik nampak cenderamata ini. Sampaikan tak tahu nak buat apa sebab banyak juga urm..dan sehingga saat ini masih ku fikirkan...

Isnin, 26 September 2011

Mood Keletihan dan Mood Gembira

Sehari tidak dapat menjeguk blog waktu tu Suri berada di KL heee.. Ada sesuatu yang menarik bila berjumpa dengan salah seorang bloger di KLCC pertemuan yang tidak dijangka membawa bibit yang manis antara dua buah keluarga cewah...

Semalam sampai ipoh jam7 malam. Masak, basuh baju, kemas rumah uhu.. pas solat isyak teros gadabom akibat keletihan sangat-sangat adeh.. Mintak maaf pada semua sebab tidak sempat ke blog kawan-kawan- Insyallah lepas kerja pejabat Suri selesai suri akab belasah komen sampai lebam heee disana nanti..


Theme..
Masalah theme sudah dipilih namun banyak gambar yang telah dimuat naik sebelum ini ada masalah. Rata-rata gambar yang dimuat naik dalam entri terlalu besar dan amat tidak sedap mata yang memandang. Korang perasan tak.? Erm..rasanya nak berbalik pada theme yang lamalah pulak huhuhu..Korang rasa cam ner?

Buat masa ini abaikan dulu untuk mencari rentak theme. Buat mana yang perlu dahulu sebab
isi penya,paian yang penting lain-lain kena buat perlahan-lahan walaupun hati kata erk..inikah blog aku adOiii..

sampai ketemu lagi di lain entri..

Jumaat, 23 September 2011

Kerja + Cat Rumah Baru

Salam jumaat..

Minggu ini tidak dapat update blog terlalu banyak. Sebab kerja-kerja menambah baik blog sedang giat dijalankan. Pada yang jegaj ke cinta theme blog tersebut sedang dalam proses pemilihan.

Setakat ini warna dan gambar boleh tahan juga. Tapi if sesiapa ada gambar ombak menghempas pantai tolonglah email kat Suri sebab Suri sedang mencari gambar tu untuk muat naik dalam header.

Maih tidak puas hati lagi sebab komen di blog tu berdouble dengan gvatar pengkomen huu.. Pasti Suri amat merindui muka-muka pengkomen tegar di blog cinta. Adeh camner pulak boleh berlaku huhuhu. Iklan ebook diserang malaware, so kena buat yang baru yang lama di buang hee...


Kerja pejabat semakin berlambak.

Psstt!!Syukur harni gembira dan lega sikit sebab migren sakit kepala kembali pulih. Syukur sangat-sangat dapatlah Suri berpuasa dengan penuh ketqawaan.

Bro Tehr harni punya posting asal tak der pantun? =(

Ada apa-apa komen tentang blog cinta?

Khamis, 22 September 2011

Mimpi Yang Tak Sudah..

Salam..

Syukur Alhamdulillah kesihatan hari ini beransur baik. Terima kasih pada yang mendoakannya semalam. Sikit migren sudah reda. Nampak gayanya kena aktifkan diri berblog semula hee..yAHoo!! aku mahu terjun blog semua wewe.. erk, pang!! bangun..bangun agak-agaklah macamlah kau tu sorang kat dunia ini ada blog. Heee..

Tunggu diriku wahai kawanku nanti Suri akan ke blog kamu ya =). Sambil membuat gelek dangdut ala-ala mas idayu..hiii..

Apa pun masih banyak lagi urusan blog yang tertangguh.. Yang penting entri yang berpart I, part II harus dilepaskan sedikit demi sedikit..


Begitu juga berkenaan dengan bangunan istana Kellies Castle. Erk jika ada entri yang termiss tu tolong ingatkan Suri ya huhu..

kerja-kerja pemindahan entri dari blogspot ke wordpress akan dibawa secara berperingkat-peringkat. Adjust hari, masa dan bulan adeh..

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Dari pagi tadi sampai sekarang sudah berapa kali kalian tersenyum??

Rabu, 21 September 2011

Kurang Sihat =(

Dugaan berpuasa pada hujung syawal..

Masuk hari ini suri berpuasa dua hari. Dua hari juga migren datang tanpan henti. Kerja pejabat semakin banyak huhu...

Maaflah kawan harini Suri tidak tak dapat berjalan-jalan ke sana kemari. Berharap suri dapat habiskan puasa harini sehingga ke muncaknya huhu...

Pas berbuka solat bagai pastu gadaBOm tido terus. Oh bahagiannya..

Balik naik bas hujan pula berderai-derai ini tandanya kena sediakan payung sebelum hujan hii.. Tak pe payung sudah ada. Cuma balik ini kena panaskan lauk jer sebab subuh tadi masak lebih hee..

Jaga diri & kesihatan kawan-kawan sampai bertemu di lain entri.


Selasa, 20 September 2011

Aura Kuat Untuk Menyiapkan Kisah Ini

Banyak kisah yang bersusun namun rasanya kisah Adni paling kuat dalam benak fikiranku. Rasanya biasa namun semakin dalam di gali semakin takut untuk didengari.

Tuhan itu wujud, roh itu sedia ada semua itu berlagu menjadi dalam relung hatiku. Bagaimana ingin digambarkan memanglah sukar untuk dibicarakan..

Kisah ini terpaksa didahulukan melalui kiriman yang lain mungkin sebab aura kisah ini kuat. Pertama kali menulis begitu panjang namun hasilnya serba tidak menjadi. Sampaikan aku memohon padaNYA dan doa rakan-rakan di rada maya agar memberikan aku kekuatan untuk menulis kisah ini dengan sebaik olahannya.

Aku hanya menulis kerna itulah minatku..Insyallah akan ku cuba memahami apa isi hati seorang hamba Allah ini. Semoga kisah ini akan menjadi ingatan buat kita semua.

Isnin, 19 September 2011

Bila Ada Yang Menegur Saya Rasa Malu

Isnin mood berkerja masih di atas embun-embun daun lagi. Hakikatnya rajinkan diri mengelap saki-baki habuk yang tertinggal setelah bercuti selama 3 hari..

Warm up untuk entri masih pada tahap yang lemau walaubagaimanapun satu entri sudah berlepas di cinta itu sudah melegakan hati.

Pagi tadi menjegah wordpress terlihat dua komen dari seseorang. Btw tak kenal pun tapi dia dok mengajar Suri sesuatu yang bermanfaat heee.. Betulkan ejaan sahaja heee...

Malu.malu..malu bila seronok bercerita semua tatabahasa Suri langgar. Tidak kisah tapi Suri menerima teguran dengan hati yang terbuka. Maklumlah bahasa melayuku kurang baik. Yeap diakui. Bila ada yang menegur cepat-cepat perbetulkan. Terima kasihlah pada yang sudi menegurnya ;)

Ahad, 18 September 2011

Kanak-Kanak & Taman Permainan

Semalam hujan lebat erm janji ingin membawa anak ketaman permainan berkubur begitu sahaja. Namun didasar hati terbit kasihan melihat wajah si anak sebab saban waktu apabila kami melalui tepi jalan di akan sering meminta membawa kami ke sana.

Bila selalu dipinta kami yang melihat tidak sampai hati pula huhu. Macam kita jugalah sewaktu kecil selagi tak dapat selagi itu kita akan memberontak pada kedua ibu bapa kita kan.kan...

Petang itu hujan mula reda kami membawa dia ke Jusco memandangkan kawasan permainan rata-ratanya di sini basahi rintik hujan jadi kami berfikir membawa anak ke sana. Tapi sayang ada sebilangan kanak-kanak dewasa bermain. Kanak-kanak yang besarlah maknanya tiada kanak-kanak berumur antara 3 ke 4 tahun huhu..

Dengan perasaan sedikit hampa kami membawa dia berjalan-jalan sekitar pusat membeli-belah. Sempat juga membeli tuala mandi anak itu pun dia yang memilih sendiri.

Sebenarnya ada juga kami membawa dia ke tempat permaian lain selain dari jusco seperti taman permaian di belakang rumah kami, padang Polo ipoh tapi sayang sebilangan tingkah laku mereka amat mennyakitkan hati kami. Mereka sengaja duduk bermalas, berbaring di pintu gelongsor. Bukan buat apa-apa pun. Ingin main jongkang-jongket pun ada kawan-kawan mereka huhu. Permainan buaian pula sudah rosak teruk huhu..

Dimanakah kesedaran kanak-kanak dewasa ini? sekecil anak-anak usia 2 tahun lebih pun mereka tidak mahu beralah huhu...

Jumaat, 16 September 2011

Sambutan Hari Malaysia 2011_ Rumah

Salam.

Jumaat cuaca agak mendung sekali. Namun seusai solat jumaat hujan mula mencurah-curah. Ikutkan plan harni kami ingin membawa anak ke taman permainan sambil membawa kereta anak pusing-puisng satu padang.

Hari ini Suri masak ketam masak kari, sayur campur goreng, sambal belacan, petai, timun-timun di potong heee dan disudahi dengan air mangga heee..

Nampaknya hari ini Suri dan keluarga duduk rumah sahajalah lagipun suami kurang sihat huhu..anak pula masih bersisa batuk-batuk lagi.

selamat bercuti semua, selamat menyambut hari 1 Malaysia dari suri untuk semua.

Khamis, 15 September 2011

Gambar Cinta

salam..

Sukarnya bila nak posting yang tiada berkaitan dengan gambar. Nampaknya kali ini posting yang berkaitan dengan perkara-perkara ringan sahaja.

Jika cerita bab kesihatan sudah tentu wajib ada gambar mudah orang faham.

Jika cerita bab cinta tak ada seri berkisar tentangnya sebab image cinta mampu menarik gambar orang melontarkan komen di kotak komen umpama orang memberi sms cinta pada kasih kepada kekasih.



Cerita santai pun begitu juga walau tak banyak tapi mesti ada gambar diselitkan. Tidak kecil tidak pula besar yang penting gambar mampu menceriakan sesuatu blog itu apatakh lagi untuk orang yang suka pada warna-warna buat hati yang memandang tak jemu-jemu melihatnya.

Rabu, 14 September 2011

Mana Yang Datang Tidak Semua Sempurna

Salam..
Blog kembali okies..walaupun ada entri tapi gambar tiada. Ah memanglah agak menyuramkan bila tiada model di tampal atas entri untuk diperagakan depan lelaki kacak or jelitawan nan ayu. Harap tiada yang buat aduan sebab setiap entri tiada bergambar. Harap lepas ini keadaan akan boleh dibuat seperti biasa.


Gravatar kembali pada wajah yang terbaru cuma tidak best bila bukak blog cahayacinta.com ruang sidebar tidak akan kelihatan. Ada apa-apa cadangan untuk theam yang terbaik bagi blog Suri??

Alamak..
Satu blog lagi tak jenguk huhu..nampaknya pasni kene balas komen kat blog pakarhowto.com. dan memikirkan entri terbaru disana. Cinta pun baru separuh komen di layan huhu. Sabar..sabar...

Selasa, 13 September 2011

Pinjam Bahu Sekejap..

Salam

Jam menunjukkan 10.39 pagi paling lewat update entri di cahayacinta.com manakan tidak dari malam semalam melayan anak yang demam dan batuk-batuk. Semalam giliran ayahnya menjaga si anak sebab cuti memandangkan hari Ahad ayahnya bekerja. Mahu tidak giliran Suri menjaganya pula =)

Fikiran masih berserabut bagi rasa nak naik boat kat kampung membawa diri ke tengah lautan. Kalu ada serangkap kerang boleh gak bawak sekali sambil-sambil tu dapat hasilnya jua. Apa yang serabut sepertinya bro Tehr tahu-tahu sahaja dengan blog cinta Suri nan satu itu.

Usai medodoikan anak Suri terus on laptop dan mengasingkan diri dalam bilik anak. Apa lagi still meggodek bloglah nampaknya. Mujur ada sahabat facebook sahabat chii bro Azhar yang sudi tunjuk ajar Suri itu ini. Dari malam menginjak ke 2 pagi jugalah Suri godek-godek sambil belajar apa-apa yang patut dalam wordpress.

Malam tadi sempat pindahkan entri dari blogspot masuk ke wordpress. Jika ada yang perasan bulan Jun, July dan Ogos banyak entri tiada. Senang kata gigi blog cinta sudah rogak ha..ha..haa.. Sebab tiada entri di catatkan disitu gara-gara blog di godam tempoh hari. Tang tu cuba pindahkan satu persatu mau gak adjust tarikh, hari dan masa. Uhu..bukan satu kerja yang mudah bang uik..huhu..



Itupu belum sentuh bab - bak gambar unta lagi. Nak muat naik gambar dalam entri pun tak dapat inikan nak godek-godek yang lain. Andai dapat muat naik gambar dalam setiap posting rasanya makan masa 1 jam lebih! ger.... bab ni tolak tepi dulu huhu.. (tu sebab posting Suri baru-baru ini tiada gambar) cuma korang jer yang tidak perasan kan..kan.. Jom makan ikan bakar. Suri dari pagi tadi tidak sempat bersarapan pagi.



Masalah gvatar menjadi punca kedua. Sempat gak tukar gambar malam tadi. Ikutkan hati lepas tukar gambar dan bodek-bodek wordperss masalah akan selesai. Bila tengok balik blog cahayacinta.com masalah gvatar masih tidak selesai-selesai juga. Erm.. jika ada yang perasan gvatar Suri sudah bertukar wajah baru hehe.. Em tidak mengapalah asalkan kita sudah mencuba. Next time jika free Suri akan cuba sekali lagi- yang ini wajar di pertimbangkan sebab ia berkait -mengait dengan membalas komen di blog cinta.

Btw selagi masalah tidak selesai Suri tidak akan membalas komen-komen kalian di blog cinta sebab Suri rasa rata-rata member bloger yang tinggalkan jejak mengatakan baik letak gambar sendiri dari gambar kartun baru ar cun hee..


  • Ini semua gara-gara version lain kot.. maybe interface tapi bendanya sama jer ni.
  • Yang pasti bertaburan..ftp dan sure ada dalam salah satu file tu kena ubah something..

Rasa semak pulak nak baca dan memahami kod html. blh..blh.

Itulah apa yang Suri rasa sekarang ini. Pinjam bahu sekejap. Suri nak lentok dan menangis huhu...

Isnin, 12 September 2011

Tiada Gambar Gavatar

Salam..

Masih menari tangan ini menggodek -godek ruang komen di cahayacinta.com dan bahagian yang lain-lain.

Jangan salah faham wahai sahabat-sahabatku andai Suri tidak membalas komen-komen sahabat sebab bila Suri balas komen kelak tiada gambar gavatar original Suri yang muncul di situ sebaliknya gambar kartun yang muncul huhu...

Gambar hiasan. Gambar tak keluar cup cake yang keluar.Ikan pergi cabot lari ke?

Insyallah Suri akan membalas komen-komen sahabat semua apabila keadaan sudah di baik pulih nanti. Terima kasih pada yang sudi memberikan komen walaupun hanya sebaris ayat amat-amat Suri hargai.

Terima kasih sekali lagi..

Daaa Suri nak cabot lari ke blog cahayacinta.com pulak. blog anak sudah selamat update 3 entri ;) jumpa disana ya :)

Sabtu, 10 September 2011

Cinta Datang Walaupun Tidak 100% Sempurna

Salam..
Syukur blog cahayacinta.com kembali kepadaku. Bagai mahuku lonjak-lonjak atas tilam, sambil berguling-guling di permaidai taburan bunga-bungaan ros biru..

Nikmat kesabaran yang di beri hanya isi hati yang bergema, senyum melerit tidak henti bagai gemercing hentak kaki mengeluarkan irama, laksana menari atas padang pasirlah =)

Makluman pada semua bloger tidak kesemua antara muka dalam blog ini berkeadaan sempurna kerana ia masih dalam baik pulih pada bahagian si debar, header, komen dan sebagainya.

Terima kasih pada yang sudi mengunjunginya blogspot dan cahayacinta.com Suri. Pada yang Suri lupa nak jejak tu silalah maklumkan pada Suri di bahagian komen.

Khamis, 8 September 2011

Istimewa Selamat Hari Raya 2011 Part II

Salam..
Raya kedua pagi itu usai menjamah nasi lemak bersama keluarag belah mak mentua di Kuala Kangsar kami bertolak sekitar jam 11.00 pagi. Syukur Alhamdulillah kami selamat tiba di Melaka jam 2.00 petang.

Sungguh meletihkan segala urat sendiku takala kaki asyik lenguh2 sahaja berjalan tanpa henti di pusat rehat hanya membuang air kecil dan membeli makanan ringan sahaja.


Sewaktu berada dalam bilik kakak Suri yang duduk di Muar mengingatkan esoknya hari lahir mak Suri. Wah apa lagi kami berpakat adik -beradik membeli sebijik kek untuk ibunda yang tersayang.


Walaupun tidak semahal yang diidamkan tapi memadailah andai dapat menggembirakan hati ibu itu sudah pasti membahagiakan jiwanya takala melihat anak begitu mengasihi penggorbanan beliau dalam melahirkan kami lapan beradik.

Sebahagian gambar sempat di tangkap, selebihnya tidak wajar di muat naik disini atas sebab-sebab batas aurat heee..

Selamat Hari Lahir Mak. Hanya doa mengiringin kami semoga mak sihat dalam mengerjakan ibadah padaNYA dan bahagian di samping ayah yang tercinta. Amin.

Popia Mini Suri

Salam malam jumaat..

Syukur Alhamdulillah semuanya masih ada dalam bakul sampah laptop Suri, makanya berpeluanglah Suri untuk menunjukkan bukti pada guru masakan kita Kakak Nora merangkap chef bloger pantas dalam bab-bab dapur hiii..

Hanya gambar menjadi pengganti sebab tuannya tak sempat nak ambil gambar masa bangun sahur dan sesudah sahur ataupun semasa berpuasa still mengulik mayang popia mini ini hee..

Popia mini memang mudah membuatnya, benar bagai dikata Kak Nora save budget. Tanpa masuk garam, gula atau perencah-perencah lain ternyata memang berbaloi untuk di komersilkan.


Berikut Suri lampirkan resepi popia mini hasil resepi Kak Nora.

Bahan-bahan untuk Popia Mini Udang Kering
1 paket Kulit Popia
100g Udang Kering
2 cmb Lada Boh
1 cmb minyak masak untuk menumis
Minyak masak untukmenggoreng tenggelam
Sedikit tepung gandum dan air dibancuh sebagai gam.




Cara Membuat Popia Mini Udang Kering
  1. Kisar udang kering menggunakan pengisar kering atau pengisar bijirin.
  2. Panaskan minyak masak dan tumiskan lada boh.
  3. Masukkan udang kering kisar dan gaul rata. Masak sehingga kering.
  4. Sejukkan inti udang kering tadi kemudian kisar lagi menggunakan pengisar yang sama sehingga lebih hancur.
  5. Ambil kulit popia yang siap dipotong, letakkan inti dan gulung seperti biasa.
  6. Gulung sehingga habis semua kulit popia.
  7. Jemurkan popia mini yang siap digulung sehingga benar-benar kering.
  8. Setelah kering, gorengkan dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kekuningan dan garing.
  9. Sejukkan sebelum disimpan didalam balang kedap udara.

Cara menggulung Popia Mini Udang Kering
  1. Kopekkan kulit popia setebal 5 – 10 lapisan. Simpankan kulit popia yang lain supaya tidak kering.
  2. Gunting kulit popia yang tebal tadi menjadi segitiga. Boleh rujuk rajah 1 untuk popia yang kasar atau rajah 2 untuk popia yang lebih kecil.
  3. Setelah digunting, ambil satu potongan dan simpan potongan yang lain supaya tidak kering.
  4. Kopek setiap lapisan popia dan susun seperti rajah 3.
  5. Letakkan inti dibahagian yang berwarna merah.
  6. Tarik keluar lapisan yang paling bawah, dan intinya akan mengikut bersama seperti Langkah 1.
  7. Lipatkan bucu kiri dan kanan seperti langkah 2
  8. Lipatkan bahagian bawah supaya inti tidak lagi keluar seperti langkah 3
  9. Akhir sekali barulah digulungkan menjadi seperti langkah 4.
  10. Gamkan bucunya menggunakan air atau air yang dicampur tepung gandum seperti gam.
Tip Masakan Komersial
  1. Saya cuma menggunakan lada boh sahaja untuk menjadikan ia sedikit pedas. Tak perlu apa-apa rempah, bawang dan sebagainya. Inti yang secubit tak perlu dibuat serumit itu. Kita cuma perlukan rasa udang yang kuat dan sedikit pedas sahaja. Selain itu kerangupan popia mini akan menutupi semuanya.
  2. Memang udang pepai atau geragau kering lebih murah dari udang kering tetapi rasa udang geragau kurang kuat. Anda memerlukan inti yang banyak untuk memberikan rasa yang cukup pada popia mini. Bila menggunakan inti yang banyak, sudah tentu sukar hendak menggulungnya.
  3. Ada juga yang menggunakan kelapa menjadi serunding sebagai inti. Ini semua hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa popianya mempunyai banyak inti. Popia begini tak setanding dengan popia mini udang kering ini. Inti kelapa yang banyak menjadikan popia lebih berat sedangkan kuantiti popianya hanya sedikit. Perbuatan mengaut keuntungan cara ini adalah tidak baik.
  4. Saya lebih gemar membuat popia mini yang kasar mengikut rajah 1 berbanding yang halus seperti rajah 1. Tak ada maknanya buat popia comel-comel jika anda makan lima enam batang sekaligus.


GAMBAR DAH TRY MUAT NAIK KAT RUMAH. TAPI TAK BERAPA ELOK. BESOK PAGI SURI AKAN TRY MUAT NAIK SEKALI LAGI YE-DOne





Rabu, 7 September 2011

Istimewa Selamat Hari Raya 2011 Part I

Salam..


Silap lagilah bagaimanakah inginku lakukan lagi? Semalam dari handphone suami Suri sudah pindahkan gambar- gambar kedalam laptop begitu banyak sekali dan di simpan dalam cdr. Bila sampi kepejabat Suri semak semula kesemua gambar-gambar tu berharap gambar-gambar tersebut ada dalam cdr tu. Namun jawapan yang Suri dapat begitu hampanya sekali. Tiada satu pun gambar dalam perut cdr tuh huhu :( .


Anak ayah..

Uh..
Rasa buat kerja kali ini tidak berbaloi sama sekali. Malam tadi Suri hanya sempat muat naik gambar keluarga Suri jer di laman facebook sebab badan terlalu letih tak larat nak bodek-bodek benda lain lagi.


Satu kerusi muat 3 orang

Erk..
Mintak maaf pada Kakak Nora sebab tak dapat muat naik gambar popia mini tu hasil resepinya sendiri. Bukan tak mahu tampal kat sini tapi gambar dah tak der huu.. Camner den nak jejak gambar-gambar tu kembali?



Belah mak mertua memang dema suka bergambar sahaja..

Seingat Suri gambar-gambar dalam laptop tu Suri sudah buang semalam huuu... Ada siapa-siapa yang boleh bagi idea atau cadangan supaya Suri boleh dapat gambar-gambar tu semula huhuu..


Berjalan sambil menundukkan muka di bawah lantai.. :"(




Pagi-Pagi Majlis Perbandaran Sudah Ada Part I

Hari rabu 7/9/2011

Ibu tergesa-gesa didapur, ayah pula leka dalam meneguk air kopi air tangan ibu.. Masa ibu keluarkan barang-barang iaitu botol susu ayong, beg tangan di atas almari kasut, letak bekal berderet semua diletakkan satu susunan yang teratur.

Hidung ibu tinggi menggunung..
Namun fikir mungkin ayah buang sampah nih. Lalu Ibu lihat ayong menyapu sesuatu.

Nur Ummu Umairah!!!
Sapu apa tu nak? teriak ibu pagi tu dari ruang tamu. Sah-sah ibu tidak memakai cermin mata sebab bukannya bawa kereta ke tempat kerja huhu.. Dari jauh ibu datang sudah bising-bising..

Lalu segera mendapatkan anak dan marah. Kata ibu itu bukan sampah sayang..

Aduh geram hati ibu tidak terkata si anak buat muka dek jer... seolah-olah tak der apa yang berlaku.

Korang rasa Umairah tu sapu apa? ?

Check PageRank Blogspotku

Salam petang.

Sudah masuk waktu zohor memang terasa begitu pantas masa berjalan. Korang sudah menunaikan solat ke belum ini? huhu....

Suri baru bangun dari tidur sedar-sedar sudah jam 2.15 petang hee.. Rasa hati tergerak nak semak PR blogspot ini. Rasanya inilah pertama kali Suri bercerita tentang PR. Sebelum ini tak pernah lagi walaupaun blog cahayacinta.com masa tu dah ada PR3 sampai sekarang.


Blogspot ini sering menjadi kekasih gelap gue jadi asal semput si cinta, gue guna ini belog ar. Tangan gatal sejak blog ini rajin banget di usik-usik pertegahan bulan 6 sejak jangka hayat blog agak kritikal bertarikh 14/6/2011 a.k.a selasa sehingga sekarang blog ini berkhidmat pada Suri. Lain-lain blog yang ada semua tenggelam..

Alhamdulillah bila PR1 untuk blogspot ini pun buat hati tersenyum. Isi didalamnya bukan terlalu serius or formal ia lebih santai sahaja. Syukur dengan apa yang dilalui. Walaupun dihimpit dengan pelbagai dugaan manfaat juga ia pada tuan tanahnya.

Pstt!! berblog jangan fikir PR, baik pikir nulis jer sampi lebam ada rezeki naiklah nanti ;) keh..keh..

Yang Sedang-Sedang Sahaja

Salam..

Sesekali melayan dangdut best juga, sesekali memutarkan kata membelitkan lidah enak sekali ha..ha.. Hari ini mood gembira berkocak kembali. Ayuh teman ikuti lagu ini hasil ubah suai Suri. Kredit pada penyanyi dangdut Iwan



Blogku tidak cantik mak

Blogku tidak jelek mak

Yang sedang sedang saja

Yang penting dia setia


Aku suka blog mak

Aku sayang blog mak

Kasih dan rinduku ini

Tentunya untuk si dia


Sedalam-dalamnya lautan india

Lebih dalam lagi cintaku padanya

Sesuci dan sebeningnya embun pagi

Begitulah cintaku pada dirinya


Dia nombor satu pilihanku

Dia nombor satu idamanku

Blog sepertinya yang ku mahu

Yang sedang sedang saja
Yang sedang sedang saja


Genere apa yang sahabat gemari?

Pstt!! sesekali kita harus menikmati kegembiraan tu namun begitu kita juga haruslah waspada dan jangan mudah alpa sebab musuh selalu memerhatikan kita..

To Do

Salam pagi semua..

Hai!! boleh berkenalan? ha..jangan tak kenal Sayakan Suri cinta tak kan mahu kenyit mata sebelah pun tak boleh huhu.. Ee..tak kenal maka tak tahu erti cintakan? huu.

Ibarat yang hilang datang berganti.

Yang berlalu di lupa tidak sekali.


Patah sayap jangan di fikirkan sayap yang baru tiada pegganti pasti ada nilai-nilai lain yang boleh diguna pakai untuk membentuk sayap yang baharu..

Terima kasih atas respon bloger yang sporting untuk entri semalam. Rasanya hits tajuk tu sudah buat hadi jatuh cinta ha..ha..katanya dalam kotak komen blogspot Suri. Hanya kerana key word tu juga Suri telah berjaya menarik di bawak ke ini. Eleh..biasa jer tukan huhu...Perah santan betullah ko ni sendiri..sendiri..

Syukur Alhamdulillah nama telah dapat so kalian tunggu sahajalah dalam masa yang terdekat ini.

Allah Hu Akbar!! Allah Hu Akbar!! Semoga perjalanan blogku akan dipermudahkan. Amin.

Selasa, 6 September 2011

Petua Mematikan Bisa Makanan Laut

Salam petang..

Maka genaplah empat entri dihasilkan pada hari selasa yang indah ini. Janji ditepati bagaimana ingin mematikan Bisa makanan laut ni cik Suri?? hee..

Jika pulang ke kampung halaman Melaka, Suri selalu borong kerang kat tepi sungai kampung tu. Dapat beli dalam sekilo lebih oklah tu. Suri memang meminati makan kerang rebus. Tak kisalah kukus ke, rebus or masak asam rebus den belasah jer jang hoi..

ehsan:Google

Dari dulu lagi mak Suri ajar kalu ada antara kamu tu yang alah pada makanan laut, jenis yang tak tahan pada makan kerang ni mudah alegik ker. Mak selalu ingatkan Suri bubuh lada hitam. Kata mak dia akan mematikan bisa makanan laut tu. Lagi dia boleh cegah kita dari terkena cerit-berit dan sebagainya hee...


Ada kerangnya cicah bersama kuah asam atau kicap dicampakkan tujuh batang cili api di hempap-hempap memang sedap sekali hee..sekali makan rasa nak lagi. Tapi janganlah makan selalu, sesekali ok ar tu hee..

Sekian petua dapur dari Suri ;)

Pilihlah Daku Jadi Temanmu..

Salam..

Pilihan ada dimana-mana. Rasanya mana yang terbaik untuk blogku?

.com .net .org .biz .info
.name .us .ws .de .es
.ca .in .eu .co.in .net.in
.org.in .co.uk .asia .mobi .cc
.bz .tv .cn .me .tel



.com lebih pada informasi dan formal manakala .net pula lebih pada peribadi or santai..korang rasa camner ek?


Mohon jasa baik semua bloger beri pandangan dan sebab musabab muhasabah masing-masing berkenaan dengan pilihan tersebut. Terima kasih keperihatian anda semua amat Suri haragi.

Bila Lemau Di tinggal-tinggalkan, Bila Gian Inilah Akibatnya

Salam..

Lalalalalala.. bukankah sudah diberitahu dan admin layar facebook harni nak berceloteh sampai lebam!

Tak puas hati sleagi blog cahayacinta.com tak pulih jangan ingat semangat untuk Suri berblog mati di situ sahaja.

Hooo tidak..tidak..
Selagi Tuhan mengizinkkannya..
Selagi ada kudrat untuk mengolah ayat..
Selagi ada nada kata yang bersemi di minda
Selagi tu otakku tidak membeku bak ais ABC di gerai limah jang he...


Bukankah ku kabarkan semalam semangat nak berblog kembali dan nian memuncak nak inilah natijahnya. Akan ku tulis tanpa henti tanpa ada format semua yang terlakar lahir dalam hati dan berlalu dalam fikiran lalu jatuh ditimpa kanvas blogspot menjadi satu bait kepada puluhan abjad kuluahkan pada blogspot yang entah keberapa blogspot telah ku bina Suri pun tak pasti nghee...

Inilah akibatnya jika asyik tenggelam timbul cam biskut kejap ada kejap tak der.. dan kemungkinan juga angkara bercuti begitu lama ada dalam 2 minggu a.k.a. 200 bijik kuih kira-kira erk telah Suri congak. Bila Suri tak update blog semua kisah-kisah Suri banyak yang terlepas pandang, setelah lama berehat sepenuhnya maka harini punya peluang akan Suri gunakan sebaiknya untuk update blog seperti biasa. Insyallah.

Hai, Suri apa yang ko merepek ni. Ikutkan tajuk asal tadi petua sudah Suri posting tapi tak sangka pulak lain di cerita lain pulak den nak khabarkannya.. ADAKAH INI DIPANGGIL ENTRI JUGA???

Erm..
Petua Mematikan Bisa Makanan Laut inilah yang nak diceritakan tadi tapi..mu kena tunggu entri tu petang ini. Orait ;)

Malasnya Nak Bekerja Semula

Salam semua..

Baru hari ini 6/9/2011 Suri masuk kerja rasanya tak puas lagi untuk menjamah cuti hari raya lagi heee.

Masih segar bak sayur dan ikan yang disimpan dalam peti ais akan permohonan cuti Suri sebelum menyambut kedatangan hari raya pada satu petang yang begitu hening sekali cewah...

Bos:Tak mahu mintak cuti meh?

Suri: Mau-mau..kalau saya mohon cuti sampai hujung tahun boleh tak Mr Jim? ngheee sengihan lidah mula tersentil di celah-celah gigiku..

Miau..seolah-olah den nak menggoda bos pulak agar permohonan cuti by mulut diluluskan dengan segera. cEh!!


Bos: Boleh-boleh. Sampau hujung tahun tarak masalah punya..

Suri: Banyaklah punya mancung hidung mu ko ingat ini pejabat mak bapak ko yang punya. Adeh piee gieee dah. Orang mandi air perigi dah patut bersyukur ko lagi nak mintak mandi ait terjun pulak ish..ish.. tak bersyukur dengan nikmat betullah ko ni. Desisi hatiku yang kian nakal huhu..

..Secara rasminya permohonan cuti Suri diluluskan mengikut kehendak Suri hee..29/8/20115/9/2011 cutiku penuh dengan warna -wanrni bak pensel brand Luna. ;)


..kuih bos ada dalam bekas ni. mana ni tak sampi-sampai lagi huhu...

Isnin, 5 September 2011

1 Bulan 2 Peristiwa Yang Penuh Bermakna

Salam..
Detik itu tidak akan pernah dilupakan.. Hatta dalam ingatan mahupun dalam igawan yang terjadi akan tetap terjadi dan yang harus pasti akan berlalu pergi bagai lagu dengan irama di tiup angin membawa sapaan bayu laut...

Ogos 2011..
Antara bulan yang banyak membabitkan lipatan sejarah buat Suri. Baik dalam dunia berblog mahupun di pijak bumi nyata pelbagai kisah di coretkan di denai blogspot ini. Ha..jangankan berita ilmu sahaja bisa di singkap malah jangan dilupakan pada kekasih kita iaitu Ogos tanggal 31.8.57 juga kita sambut merdeka! merdeka!!


Gambar asal: letakkan pada si debar,kanan blogspot

Zaman mula beralih moden yang berbeca bersangkut leher kerbau kini tunggangan tersebut kian dimamah usia, sekarang pelbagai kereta pancuan empat roda, hata tiga roda pun sudah bermaharajalelah dijalan raya dunia. Tapi sayang seribu kali sayang katakan sahaja merdeka tapi hakikatnya bangsa kita dijajah dalam diam.. Sedih..pilu bila ada sahaja anasir kurang baik menghantui kita semakin hari semakin menjadi-jadi..

Ogos 2011..
Menggamit sekali sahaja mana mungkin kita akan putar kebelakang semula. Nah itulah kuasa Tuhan, Syukur ke hadrat ilahi kita masih di beri nafas untuk menyambut kedatangan aidilfitri sekali lagi. Rasanya bagi Suri hari raya tahun ini sememangnya hari raya yang boleh membuatkan air mataku berguguran begitu banyak sekali. Memadailah kalian membacanya sebahagiannya isi dairy Suri di teratak blogspot ini dan sebahagiannya Suri simpan dalam diri.


Dua peristiwa 1 entri hee.. oklah tu sebagai pembukan kata untuk lembaran bulan yang baru ini.

Gambar asal: Pernah menjadi tatariasi background blogspot.



Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Sampai ketemu lagi di lain entri =)







p/s: Semangat untuk berblog kembali memuncak!!