Khamis, 8 September 2011

Popia Mini Suri

Salam malam jumaat..

Syukur Alhamdulillah semuanya masih ada dalam bakul sampah laptop Suri, makanya berpeluanglah Suri untuk menunjukkan bukti pada guru masakan kita Kakak Nora merangkap chef bloger pantas dalam bab-bab dapur hiii..

Hanya gambar menjadi pengganti sebab tuannya tak sempat nak ambil gambar masa bangun sahur dan sesudah sahur ataupun semasa berpuasa still mengulik mayang popia mini ini hee..

Popia mini memang mudah membuatnya, benar bagai dikata Kak Nora save budget. Tanpa masuk garam, gula atau perencah-perencah lain ternyata memang berbaloi untuk di komersilkan.


Berikut Suri lampirkan resepi popia mini hasil resepi Kak Nora.

Bahan-bahan untuk Popia Mini Udang Kering
1 paket Kulit Popia
100g Udang Kering
2 cmb Lada Boh
1 cmb minyak masak untuk menumis
Minyak masak untukmenggoreng tenggelam
Sedikit tepung gandum dan air dibancuh sebagai gam.




Cara Membuat Popia Mini Udang Kering
  1. Kisar udang kering menggunakan pengisar kering atau pengisar bijirin.
  2. Panaskan minyak masak dan tumiskan lada boh.
  3. Masukkan udang kering kisar dan gaul rata. Masak sehingga kering.
  4. Sejukkan inti udang kering tadi kemudian kisar lagi menggunakan pengisar yang sama sehingga lebih hancur.
  5. Ambil kulit popia yang siap dipotong, letakkan inti dan gulung seperti biasa.
  6. Gulung sehingga habis semua kulit popia.
  7. Jemurkan popia mini yang siap digulung sehingga benar-benar kering.
  8. Setelah kering, gorengkan dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kekuningan dan garing.
  9. Sejukkan sebelum disimpan didalam balang kedap udara.

Cara menggulung Popia Mini Udang Kering
  1. Kopekkan kulit popia setebal 5 – 10 lapisan. Simpankan kulit popia yang lain supaya tidak kering.
  2. Gunting kulit popia yang tebal tadi menjadi segitiga. Boleh rujuk rajah 1 untuk popia yang kasar atau rajah 2 untuk popia yang lebih kecil.
  3. Setelah digunting, ambil satu potongan dan simpan potongan yang lain supaya tidak kering.
  4. Kopek setiap lapisan popia dan susun seperti rajah 3.
  5. Letakkan inti dibahagian yang berwarna merah.
  6. Tarik keluar lapisan yang paling bawah, dan intinya akan mengikut bersama seperti Langkah 1.
  7. Lipatkan bucu kiri dan kanan seperti langkah 2
  8. Lipatkan bahagian bawah supaya inti tidak lagi keluar seperti langkah 3
  9. Akhir sekali barulah digulungkan menjadi seperti langkah 4.
  10. Gamkan bucunya menggunakan air atau air yang dicampur tepung gandum seperti gam.
Tip Masakan Komersial
  1. Saya cuma menggunakan lada boh sahaja untuk menjadikan ia sedikit pedas. Tak perlu apa-apa rempah, bawang dan sebagainya. Inti yang secubit tak perlu dibuat serumit itu. Kita cuma perlukan rasa udang yang kuat dan sedikit pedas sahaja. Selain itu kerangupan popia mini akan menutupi semuanya.
  2. Memang udang pepai atau geragau kering lebih murah dari udang kering tetapi rasa udang geragau kurang kuat. Anda memerlukan inti yang banyak untuk memberikan rasa yang cukup pada popia mini. Bila menggunakan inti yang banyak, sudah tentu sukar hendak menggulungnya.
  3. Ada juga yang menggunakan kelapa menjadi serunding sebagai inti. Ini semua hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa popianya mempunyai banyak inti. Popia begini tak setanding dengan popia mini udang kering ini. Inti kelapa yang banyak menjadikan popia lebih berat sedangkan kuantiti popianya hanya sedikit. Perbuatan mengaut keuntungan cara ini adalah tidak baik.
  4. Saya lebih gemar membuat popia mini yang kasar mengikut rajah 1 berbanding yang halus seperti rajah 1. Tak ada maknanya buat popia comel-comel jika anda makan lima enam batang sekaligus.


GAMBAR DAH TRY MUAT NAIK KAT RUMAH. TAPI TAK BERAPA ELOK. BESOK PAGI SURI AKAN TRY MUAT NAIK SEKALI LAGI YE-DOne





11 ulasan:

Nik Thoha berkata...

Saya memang suka makan apa saja jenis popia. tapi nak buat sendiri memang tak reti. kalau beli reti la. kalau dok saja2 sambil mengunyah makan popia memang syok jugak ni.. :D

dnoBiz berkata...

Aku hanya tahu makan je...
aku suka popia nestum heheh

mancai berkata...

inilah yang dicar.. tq2 suri... bookmark dulu...

akubiomed berkata...

Suatu ketika dahulu rajin gentel Popia mini tapi tak sempat Raya habis dimakan :-)

Norasinin berkata...

Puas saya terangkan kat kawan mengenai teknik susun kulit popia bertindih tu utk letak inti. banyak kali baru paham. Suri pahan tak apa yg saya tulis tu?

tehr berkata...

raya tahun ni tak sempat nak beli popia mini
sempat makan je

nak buat sendiri lagi la tak sempat
huhu

Norasikin berkata...

ada pulak chef blogger pantas..

hafizmd berkata...

popia. samada yg kcik@besar, mmg feveret sangat!

hehe..terliur pulak tgk popia ni :D

Tanpa Nama berkata...

terima kasih...ina mmg nk belajar camner nk wt inti popia mini..ina ada jugak wt popia mnestum dgn popia nestun coklat..utk niaga alhamdulilah dpt sambutan..lps ni ingat nk cuba popia kacang hijau lak nk tambahkn pordak...

aZuMaya berkata...

salam perkenalan dan selamat hari raya ,,mmg tengah cari serunding udang kering nk buat inti popia

Tanpa Nama berkata...

salam perkenalan dan menyabut bln puasa akan tiba..sya mmg tengah mencari seruding udang kering utk buat niaga biasanya sya guna Inti ikan je.terima kasih kak nora