Selasa, 21 Jun 2011

Asal Usul Spaghetti

Pagi ini Suri sarapan spaghetti. Eceh dah macam orang baratlah pulak hik..hik..

Makan ala-ala simple bagus juga kawan-kawan, lebih-lebih lagi ia di hasilkan dari tepung gandum. Urm..dari kita makan-makanan yang tidak berkhasiat seperti meggie, fast food kenyangnya bukan bertahan lama cuma akan menambahkan kolestrol dan berat badan adalah huhu..


Baiklah tanpa membuang masa hari ini Suri ingin kongsikan satu cerita berkenaan dengan asal-usul spaghetti. Tahukah kawan-kawan spaghetti dalam bahasa Itali dikenali sebagai "tali kecil". Di mana ia berbentuk tali yang memanjang, bersaiz lebar, sederhana kecil serta berwarna sedikit kuning kecokelatan.

Amnya spaghetti enak di makan bersama kuahnya dengan dicampur sedikit hirisan buah tomato, bebola ikan, bebola ayam, hirisan daging, sedikit parutan keju, campuran makana laut dan sebagainya. Seperti nama spaghetti terdapat juga pelbagai jenis mi yang perlu kita ketahui seperti Fettuccine, lasagna, makaroni antara salah satu bahan yang sering dihidangkan sama ada digoreng atau di rebus.

Psstt..tapi bab untuk membuat kuahnya kawan-kawan mempunyai dua pilihan sama ada membelinya dalam tin dan masakkannya atau membuat kuahnya sendri. Pilihan terletak ditangan anda =).

Ada satu kisah mengatakan terciptnya spaghetti ini apabila terdapat seseorang dari rakyat Itali belajar membuat spaghetti dari seorang yang bernama Marco Polo. Marco Polo merupakan seorang musafir yang berasal dari Venesia. Beliau pergi merantau ke negeri China pada tahun 1271 dan mula menetap di sana sehingga beberapa belasan tahun lamanya.

Semasa baliau dalam perjalanan pulang ke negerinya, sempatlah juga beliau singgah ke beberapa buah negeri di serata sumatera untuk menurunkan segala ilmu yang ada padanya. Sehinggalah Mi Itali tersebut di panggil sebagai Spaghetti dikalangan rakyat Sumatera.

Namun begitu sebahagian dari masyarakat Italian tidak bersetuju akan kisah tersebut sebaliknya mereka mempercayai bahawa terciptanya spaghetti ini setelah kembalinya Marco Polo pada ½ abad ke tanah airnya kembali.


11 ulasan:

tehr berkata...

tak layan la spaghetti ni, suri
saya lebih suka laksa
hehe

Hisyamz berkata...

pernah sekali kemaruk nak save duit masa dok kat rumah sewa dan berpakat beli spageti. cara penyediaan memang teramat mudah. orang tak pandai masak macam saya pun boleh buat, cuma rebus lepas tu letakkan sos dia. dan makan.

cahaya berkata...

tehr
haa laksa sedo bro ni makan harus tahu masak. suri baru buat laksa hujung minggu lepas.mmg buat lebih makan nasi pun idak heee..

spaghetti sesekli layan gak bro :) takar seleras barat plak heee

cahaya berkata...

hisyam nozi
wah masa dok umah sewa dah layan makanan barat,cayalah..

suri masa umah sewa sellu laya mee megi jer kikiki..

um..spaghetti ini terkanan sejak duduk ipoh, dulu dok kl anak sedara ajak makan ni suri tak suka..sb rasa makan kayu jer..tapi bila pekena dgn sos dia dan buat bebola ayam mmg rasa enak sekli.

terima kasih sahabat hisya, nozi sb sudi ke teratak blogspot suri heee..

MyMekar.com berkata...

Hi suri, senyap jer?

Sya pun baru aje cuba2 makan spegati, macaroni & fetucini sejak mjadi seorg isteri. maklum la skrg xboleh ikut selera sendiri lagi. semua kena cuba makan.

mymekar.com

tengkorakemas berkata...

buat sendiri spagetti ni dapat makan banyak he

cahaya berkata...

mekar..
haa, sesekli melantak org putih mkn best gak heee..

blog ada maslh sikit kak huhu...

thns sb sudi jejak saya d sini...terharu...

cahaya berkata...

TE
mmg blh bt sendri2 ada bahan blh buat tapi kerjanya agak renyah sikit..

Norasikin berkata...

Omputeh mati-matian mengatakan mi berasal dari itali tapi setahu saya mi dah lama jadi makanan asasi orang cina

Norasikin berkata...

Tak syok la leceh nak komen pada komen org lain. harap cahayacinta cepat sihat

nizamghazi berkata...

Pernah dulu cuba buat spaghetti tapi tak berapa jadi. Spaghetti masih keras. Sos pun klu beli yang dah siap still kena tambah bahan2