Ahad, 18 September 2011

Kanak-Kanak & Taman Permainan

Semalam hujan lebat erm janji ingin membawa anak ketaman permainan berkubur begitu sahaja. Namun didasar hati terbit kasihan melihat wajah si anak sebab saban waktu apabila kami melalui tepi jalan di akan sering meminta membawa kami ke sana.

Bila selalu dipinta kami yang melihat tidak sampai hati pula huhu. Macam kita jugalah sewaktu kecil selagi tak dapat selagi itu kita akan memberontak pada kedua ibu bapa kita kan.kan...

Petang itu hujan mula reda kami membawa dia ke Jusco memandangkan kawasan permainan rata-ratanya di sini basahi rintik hujan jadi kami berfikir membawa anak ke sana. Tapi sayang ada sebilangan kanak-kanak dewasa bermain. Kanak-kanak yang besarlah maknanya tiada kanak-kanak berumur antara 3 ke 4 tahun huhu..

Dengan perasaan sedikit hampa kami membawa dia berjalan-jalan sekitar pusat membeli-belah. Sempat juga membeli tuala mandi anak itu pun dia yang memilih sendiri.

Sebenarnya ada juga kami membawa dia ke tempat permaian lain selain dari jusco seperti taman permaian di belakang rumah kami, padang Polo ipoh tapi sayang sebilangan tingkah laku mereka amat mennyakitkan hati kami. Mereka sengaja duduk bermalas, berbaring di pintu gelongsor. Bukan buat apa-apa pun. Ingin main jongkang-jongket pun ada kawan-kawan mereka huhu. Permainan buaian pula sudah rosak teruk huhu..

Dimanakah kesedaran kanak-kanak dewasa ini? sekecil anak-anak usia 2 tahun lebih pun mereka tidak mahu beralah huhu...

6 ulasan:

akubiomed berkata...

Kawasan perumahan saya tidak ada taman permainan. Kalau hendak main kena tumpang taman permainan taman perumahan berdekatan.

Ada anak minta bermain taman permainan indoor di Pasaraya tetapi saya tidak yakin dengan tahap kebersihan

zulkbo berkata...

salam..
nak buat macam mana
mentaliti orang kita
dididik dari awal..
reta orang kita pulun
lanyak cukup2..reta
sendiri simpan kedekut
:(

tehr berkata...

budak besar?
eleh
yang tua2 pun masih ada main buaian
tak sempat jadi kanak2 mereka ni

cahaya berkata...

akubiomed
3 hari hujan mana lagi nak pergi anak asyik menagih sahaja huhu nak tak kami p bwk di kat sana..

bertawalkal jer bro ikutkan tak blh hee..tak pelah moga2 d jauhkan ;)

cahaya berkata...

zul
betul2 mmg bgtu jadinya..

rata2 byk taman permainan rosak yg blh guna pun hanya bilangan yg kecil sahaja huuu..

pstt! reta sndri simpan umh ar tu..hooo

cahaya berkata...

tehr
budak tingkatan tu..budah sek rendah.

saje duduk2 kat pintu gelongsir mmg tak der timbang rasa betul..

klu tmn permainan yg besar cam padang polo kt ipoh mmg besar ..org tua pun dok main buai lagi he..mmg btol kata bro tak habis lepas gian lagu tu ar jadi heee