Khamis, 28 Julai 2011

Penawar Selsema

Salam..
Hari ini keadaan Suri kurang sihat makanya mood ingin berblog kurang rancak huhu..Asal cam sipot sedut malu nak masuk rumah sendiri..

Ikutkan ini entri semalam hari khamis heee.. tak done nak publish sebab kejar bas semalam takut tertinggal heeee.

Berbicara pada selsama uh memang amat di benci oleh semua orang hatta pada bayi pun jika kita melihat hidung sentiasa meleleh pun sudah merimaskan kita apatah lagi kita sendiri yang melaluinya huhu..


Berikut Suri kongsikan beberapa petua untuk dikongsi pada semua. Harap kalian semua dapat manfaat dari entri ini :-

Mengikut kata-kata orang dahulu jangan mandi pagi kerana di fikirkan air tersebut pasti sejuk. Namun begitu sekiranya ingin mandi anda dinasihatkan agar mandi didahulukan pada bahagian kaki dahulu. Jangan mandi di mulai dengan kepala sebab ia akan melambatkan penyembuhan selsama anda kelak. Paling bagus mandila air suam-suam kuku. Sebab haba boleh menurunkan suhu panas dalam badan kita.


Selalunya kanak-kanak atau bayi orang-orang tua dahulu akan menggunakan kunyit hidup diasah belakang pasu kemudian selawat sambil di sapukan pada hidung bayi.

Basuh kulit kayu manis dan kunyahkan ia sedikit. Ia membantu mengurangkan dan mengeringkan lelehan hingus, melancarkan peraliran darah dan sekaligus dapat membantu proses penyembuhan.

Sediakan susu panas dan kemudian campurkan sedikit sebuk kayu manis kedalam minuman tersebut dan minum semasa air tersebut bersuhu panas. Ia membantu menghangatkan badan segera.


Batang sirih di ambil dan di tumbuk atau di hancurkan sehingga ia mengeluarkan lendir. Kemudian sapukan lendir tersebut atas hidung yang selsema. Cara ini memudahkan anda bernafas secara normal. Insyallah hidung anda tidak akan tersumbat jika dilakukan setipa sehari sekali.

Beli buah-buahan oren dan jadikan ia sebagai jus buah-buahan tapi JANGAN di campur dengan ais. Amnya buah oren kaya dengan vitamin C.

Jangan lupa pada entri yang lepas ada juga petua ini limau campur madu :)

Rawatan paling cepat jumpa doktor minat ubat. Cuma tahan mengantuk ke tidaklah hee..

10 ulasan:

tehr berkata...

selesema memang merimaskan
tambah lagi kalau sedang berurusan dengan orang ramai

wrizuan berkata...

selsema mmg menrimaskan lagi la kalu ada yang resdung..

apa kata lps ni buatkan entri pasal resdung ?

nizamghazi berkata...

Thanks Suri bagi petua ni
Sebab sy mmg selalu selsema.
Habis macho hilang sebab selsema ;(

Norasikin berkata...

keh keh keh saya paling suka yg oren tu. Yg penting sedap. vitamin c sukar disimpan banyak dalam badan. kalau lebih, ia akan dikeluarkan secara semulajadi. Jadi amalan makan buah-buahan yg mengandungi vitamin c mesti diamalkan berterusan agar tidak kekurangan vitamin c. Kalau boleh disimpan dalam badan senang la. makan sekaligus banyak-banyak pastu setahun tak perlu peduli pasal vitamin c lagi

Pelangi cinta berkata...

tehr
tu buat kita tak senag nak cover aduh...

Pelangi cinta berkata...

wrizuan
ha..yg tak best bila kita berckp2 leka bt keje pastu selsema mengalir jer..ger..mmg geram..

suri setiap masa berkepit sama tisu..dlm beg tangan pun ada skli heee..

resdung um..byk nak kena kupas ni heeee...terima kasih ats sumber idea tu.akan d pertimbangkan geee

Pelangi cinta berkata...

nizam
hee..suri mmg sllu je kena selsama pantang cuaca telampau sejuk pas bersin tiga hari sure pastu kene serang selsema heee

Pelangi cinta berkata...

kak nora
haa..tu sebabnya..vitamin c ini mmg mudah kita dapat tapi tak lama dia akan simpan dlm badan..lepas ambil dia akan halang sakit2 virus tu..yg selebihnya akan buang melalui sistem perkumuhan huhuhu..

akubiomed berkata...

Tempoh bro TehR ada minta petua tradisional untuk selsema. Bro TehR bolehlah cuba nanti :-)

Zullism berkata...

nice entri,,,thn for sharing..:)