Sabtu, 16 Julai 2011

Cemas Hati Seorang Ayah

Salam semua sahabat..
Dalam kesempatan berziarah sanak-saudara beberapa bulan lalu, bermalam dirumah seorang bapa saudara. Anaknya ramai, seramai sepuluh orang. Lima daripadanya masih bersekolah. Tapi kebetulan dengan cuti minggu pertama semua anaknya pulang kerumah orang tua mereka. Senyum mula terukir lebar di bibir kedua orang tuanya ketika menyambut kepulangan anak-anak yang tersayang.

Maka terciptalah suasana yang lebih riuh dan begitu meriah sekali. Selain lima orang anaknya yang masih bersekolah itu memang setia menjadi periuh dan pemeriah rumah. Tumpang terhibur melihat kehidupan ceria bapa saudara dan isteri serta anak-anak mereka.

Waktu menjelang subuh hari kedua di rumah itu, terdengar suara si ayah mengejutkan anak-anaknya bangun. Bukan mahu disuruh melakukan apa-apa, cuma bangun menunaikan solat subuh. Itu sahaja. Bangun menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah yang telah dikhaskan waktunya sedari terbit fajar sadiq sampai sebelum menjegah sang mentari.

Entah keberapakali, seruan awal tidak berjaya menguak pelupuk-pelupuk mata yang tertutup kemas. Hinggalah terdengar di biasan telinga, antara jelas dengan tidak si ayah bernada sedikit mengeluh. Kiranya bukanlah keluhan penyesalan. Barangkali sekadar membangkitkan keinsafan, agar keinsafan itu pula membangkitkan sedikit pengertian di tabir hati anak-anak apa yang sedang dirasai oleh sang ayah.

"Bangunlah, sembahyang. Esok (maksudnya di akhirat) teruklah ayah. Nak tanggung beban ayah sendiri, kena tanggung beban kamu lagi,'' keluh si ayah bersahut lemah. Terhidu nada kesayuan pada pengucapannya itu.

Terbetik rasa kasihan mendengar butiran perkataan itu. Itulah cemasnya naluri seorang ayah. Selain memikirkan nasib keluarga yang harus diberikan rezeki dia juga terpaksa memikirkan nasib dirinya dihadapan Allah kelak.

Siapa sangka disebabkan anak-anak, di sebabkan isteri langkah tersadung takala menyeberangi titian sirat. Nauzubillah.

Beruntung sebenarnya anak-anak yang memiliki ayah seperti ini. Cuma keuntungan itu tidak dapat dikongsi oleh si ayah kalau anak-anak tidak mahu mengerti.

Cemas seorang ayah tidak dihargai. Dalam keadaan begini, walaupuan diletakkan kesalahan kepada anak-anak yang tidak mahu mengerti atau ayah yang mungkin kurang bersunggug-sungguh 'memengertikan' anak-anak, sudahnya tetap si ayah jugalah yang terpaksa menjawab segala pertanyaan di hadaapan Allah kelak.

Kerana itu cemas seorang ayah memang patut disuburkan di dalam hati. Mudah-mudahan ia menjadi pendorong untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Tanggungjawab terhadap kelangsungan hidup tidak sekadar meyangkut persoalan makanan, minuman, dan tempat tinggal sahaja. Sekaligus merangkumi persoalan amal ibadah, pahala dan dosa yang bakal diperhitungkan di akhirat kelak. Itulah beratnya beban tugas seorang ayah.

Sumber:Muhammad Widad-pengubahsuai ayat Suri


17 ulasan:

Wan85 berkata...

http://wanwidget.com
saya da lama rasakan seperti ini sebagai seorang anak, teringat balik akan ini bila mambaca artikel cik suri ini, ayuh kita sama sama bina keluarga yg diredhai Allah

tehr berkata...

sebagai seorang ayah
saya memang merasa cemas
moga2 Allah memberi kami keredaan dan keampunannya

SobriMansor berkata...

Terkenang kembali memori sewaktu ketika dulu bersama ayah dan ibu tercinta....

bEe berkata...

Ayah juga punya perasaan walau ayah tidak bersuara & pura2 macho :-)

Norasikin berkata...

Rindu kat ayah. Nak balik kampung. Dulu kecik2 memang marah gak bila tgh syok tido ayah kejut suruh solat. Tengah syok main, ayah suruh solat, penat-penat balik sekolah ayah suruh solat. Bila dah besar baru sedar tanggung jawab ayah

nizamghazi berkata...

Sy sgt sygkan ayah sy(Ghazi) lebih dri ibu sy xtaw nape.
Dgrkan lagu ini http://www.youtube.com/watch?v=Gdb1tScQHzg

maza berkata...

Wah entry ini betul2 menyetuh hati maza.. seolah2 ayah maza yg berkata seperti itu.

maza tersentap!

terima kasih, terima kasih, terima kasih...

akubiomed berkata...

Tidak tertangguh beban ketua keluarga bakal disoal amanah yang dipertanggungjawab membimbing keluarga

cahaya berkata...

wan
anaka dalah cahaya putih...kena boasakn dia dg didikan yg btul moga mji anak yg solleh

cahaya berkata...

suri sbg ibu rasa cemas juga..jika anak2 leka ibunya juga rasa takut hukuman Allah sb bakal di soal kekal..

cahaya berkata...

sobri
memori tak akan mudha luput..dan akan segar slamanya

cahaya berkata...

bee
dia ayah ada makna.tegur oleh ada ada sb jua

cahaya berkata...

kak nora
ayah yg peka mmg bgtu..sb syg anak..

klu yg tak peka mmg susah jadi bahan apai le kita gamaknya

cahaya berkata...

nizam
ada sb tu npe sy lebih dari ibu hee..

bersyukur dg apa yg ada..

cahaya berkata...

maza
NI SEKDAR PESANAN UNTK SAYA dan kawan lain sbg pedoman..

sama2 beringat bro maza heee.sama2 kembali..

cahaya berkata...

akubiomed
bukan makan minum malahan anak2 isteri bakl d tanya..huhu...

titan berkata...

teringat masa kecil..mak selalu kejut subuh. tak bangun..kene simbah dengan air. hehe..