Sabtu, 30 Julai 2011

Meniti 10 Tanda Besar Kiamat

Salam sabtu untuk semua.


Sudah penghujung bulan kita melangkah deras sungguh masa yang berjalan seperti degupan jantung kita berdetak lagaknya. Insyallah hari isnin ini kita bakal menyambut kedatangan ramadhan dengan penuh kerahmatan dan ketaqwaan. Amin.

Seperti biasa tirai jumaat Suri akan membawakan kisah pengajaran ataupun tauladan. Semalam Suri tidak berkesempatan untuk menaip cuma publis entri yang sedia ada sahaja huhu. Baiklah tanpa membuang masa apa kata kita ramai-ramai ikuti tanzir oleh Amal Islami.


Sabda Nabi Rasulullah s.a.w.:
"Keluarnya tanda-tanda kiamat itu ialah sebahagian. (ia) berturutan seperti rangkaian Marjan iaitu seperti (mutiara) yang dirangkai (diikat) pada tali."
Riwayat Imam at-Tabrani dari Abu Hurairah r.a.)

Sabda baginda s.a.w. lagi: "Tanda-tanda kiamat (besar) itu bagaikan marjan-marjan yang disusub pada dawai kawat. Pabila dawai itu diputuskan, maka sebahagiannya mengikut sebahagiannya."
Riwayat Imam Ahmad daripada Sayidina Abdullah Bin Amir r.a.


Begitulah penjelasan Rasulullah s.a.w. tentang sifat berlakunya tanda-tanda besar kiamat di penghujung usia dunia ini nanti. Bila berlaku sahaja tanda besar kiamat yang pertama, maka selepas itu akan muncul dan berlakulah satu - persatu bakinya.

Keluarnya tanda-tanda besar kiamat (Asyratus Sa'ah) itu memaham, menyedar dan mengingatkan kita betapa dekatnya gempa kiamat yang bakal memusnahkan alam fana ini. Manusia yang hidup di kala ini terjadi tanda-tanda besar itu akan menyaksikan banyak perkara yang tidak pernah diduga olehnya selama ini.

Kalau sekiranya angin hidayah itu masih sudi menjamah jiwa akhir dunia kala itu, maka wajiblah ia bersyukur dan berterima kasih kepada Allah yang mengurniakannya rahmat-Nya. Sesungguhnya yang kembali menghadap Allah dalam keimanan kala itu adalah jumlah yang amat kecil sekali. Semoga Allah memelihara kita daripada fitnah dan huru - hara kiamat itu.


Kiamat Bukan Sandiwara.
Kenapa kita katakan begitu? Kerana memang wujud manusia yang menganggap soal kiamat dan akhirat itu satu 'sandiwara' sahaja dan tidak masuk akal. Mereka mempermain-mainkan kewujudan hari pembalasan itu.

Mereka ragu-ragu dengan ayat-ayat Allah yang menceritakan tentang kiamat mahupun hari akhirat. Sehingga ke saat akhir umur mereka pun, mereka masih leka dan masih melengah-lengahkan peringatan Allah s.w.t. dan pesanan Rasul-Nya.


Bersambung..

12 ulasan:

zulkbo berkata...

salam..
terima kasih perkongsian..
moga kita semua tergolong di kalangan orang yang sedar..

tehr berkata...

perlu percaya kepada semua rukun iman

Norasikin berkata...

Saya selalu berdoa agar sempat mengucap 2 kalimah syahadah sebelum mati

Siti Nurhayati Dollah berkata...

Semoga kita semua hidup dan mati kerana Allah, mati dalam iman dan Islam dan kalimah syahadah.

*kiamat itu pasti, cuma kita tak tahu bila.

bEe berkata...

Byk dah tanda kiamat skang suri
Kita jek tak tahu bila nak sedar
Huhuu

akubiomed berkata...

Kiamat pasti tapi lengkapkah amalan kita untuk menanti hari Pembalasan?

cahaya berkata...

zul
sama2 saling mmberi ilmu tu je yg temmpu bro heee..

cahaya berkata...

tehr
wajib percaya kan

cahaya berkata...

kak nora
bgtulah kita harap2 mati dlm iman dan islam amin.

cahaya berkata...

miss yati.
benar apa yg dikata suri setuju dg kata2mu itu..

kena siap2 cepat sblum d seru ke sana huhu..

cahaya berkata...

bee
gerun takut slu bermain dlm diri.siapkan segera jom kak bee

cahaya berkata...

akubiomed
itu sudah pasti bro..sementara ada masa ayuh kita lipat gandakan amal kita..