Selasa, 26 Julai 2011

Alami Kain Lampin Moden Part I

Salam..

Pada entri yang lepas Suri ada mengatakan asyik berlunantoskan anak. Kali ini Suri berpeluang berkongsikan pengalaman itu bersama kawan-kawan semua.

Masih ingatkankah kita akan kain lampin yang berwarna putih dan bercorak-corak tu. Selepas era moden sikit bertukar pada pelapik getah yang menyaluti kain lampin setelah itu diakhiri dengan mencucuk pin besar keatas kain lampin tersebut.

Itu kisah dahulu sekarang punya hot moden telah ditukarkan kepada kain lampin moden yang mudah di selenggarakan, menjimatkan wang di samping menyelamatkan bumi kita dari bahan-bahan yang sukar untuk di pupuskan.

Ya! Katakan sedia untuk MEMBERHENTIKAN kos membeli lampin pakai buang =)

Kini lampin kain moden atau nama lebih singkat di sebut sebagai "cd" dalam bahasa english membawa maksud cloth diaper. CD cover luar ini dibuat dari Polyurethane Laminate (PUL) sejenis kain yang kalis air dan tidak mudah bocor.

Tahukah kawan-kawan bahawa lampin kain moden terdapat dalan dua pilihan. satu jenis velcro dan satu lagi jenis berbutang.


Perbezaan lampin kain moden jenis velcro dan snap button (butang)
Gambar dari blogspot mystylobaby.com




Kenali keperluan asas kain lampin moden seperti rajah diatas:-
  1. Bahagian pertama kanan adalah sekeping kain lampin moden.
  2. Bahagian kedua berwarna putih dan sedikit memanjang di panggil sebagai insert.
  3. Bahagian ketiga takkala anda membuka lampin kain moden yang pertama tadi maka bukaannya akan menjadi sedemikian rupa.

Cara penggunaannya:-
1) Buka kain lampin moden anda seperti rajah di atas (bahagian ketiga).
2) Masukkan insert. Anda akan dapati ada poket kecil dibahagian dalamnya.
3) Laraskan butang yang terdapat pada kain lampin moden tersebut. Lihar rajah ehsan dari sumber google seperti dibawah:-


Saiz s- butangkan barisan butang yang pertama (dari bawah) di bawa ke baris butang ke-3



Saiz M –butangkan barisan butang ke-2 (dari bawah) ke barisan butang ke-3


Saiz L-Tidak perlu dibutangkan. Walaubagaimanapun ia bergantung pada tubuh bayi anda. Sekiranya longgar maka anda haruslah butangkan agar cecair air kencing atau najis tidah jatuh.

Sedia di pakai untuk bayi anda dan jangan lupa butangkan bahagian kiri dan kanan bahagian atas lampin kain moden agar ia berpadanan dengan saiz pinggang bayi/kanak-kanak.


Sekian kelas kita untuk minggu ini hee...

12 ulasan:

nizamghazi berkata...

waah sy xtaw pun pasal ada lampin yg mcm ni. Mmg sgt kreatif. Comel sangat! :) . Kalau lah ada baby nnti kan best

Encik Anif berkata...

CD ni memang menjimatkan.. :D

aimannajmy berkata...

sebelum tu out topic jap... err nape ngan blog suri yang lame, dah takleh buka langsung ke, blog ni permanent ke atau temporary je hehe

huhu best r tgk lampin ni cam nak kawin cepat je haha

mancai berkata...

berapa harga ni?

Norasikin berkata...

Masa anak saya pakai lampin dulu, saya cari jugak lampin mcm ni tp tak jumpa. Lepas tu baru jumpa jual online tp masa tu lampin dah tak de saiz. Cepat betul dia membesar berbanding umurnya. Mungkin suatu hari nanti ada jual insert je yg mengandungi gel serapan. Baru la serapan lebih baik. Tak perlu tukar selalu

cahaya berkata...

nizam
wah sob..ada wet no hal masuk miang jer hee..jgn tunggu lama2..nnti ggi jari huhu..

cahaya berkata...

anif
ha, dia ada macam2 corak. warna, kartun yang ceria, bentuk abstrak cam2 ada..heee

cahaya berkata...

aiman
blog tu ada mslh sikit hee..kena serang malaware huuu.. makan masan nak pulih..skrg ni sdg baik pulih huuu..

blog ini untuk sementara waktu,nak lepas gian kat sini blh ar heee

nak kwin?cam daha da calon2 jer heeee

cahaya berkata...

mancai
harga bergantung pada satu2 brand.

yang muarh ada sehelai 26 lebih..klu beli 6 helai ada ar dlm seratus lebih.

ada gak yg mahal sehelai rm36 dan rm40.apapun bergantunglah pada ibu bapa nak bli brang jenis apa.

cahaya berkata...

kak nora
dulu masa ada krg baru ada kena rajin cari klu tak mmg tak tahu adeh..

tak per anak akak dh bsar pun heeee

tehr berkata...

tetiba je rasa nak ada baby lagi
huhu

Mekar berkata...

hehe..nanti ada baby baru pikir nk pakaikan apa utk dia. skrg byk org jual di alam maya kan lampin cute ni