Selasa, 2 November 2010

Sapuan Ubat Cap Harimau Belang Khas Untuk Ibuku

Salam pagi untuk semua sahabat-sahabatku..
Terima kasih atas kesudian semua sahabat yang sudi menjegah diri di blogspot Suri. Rasa terharu mula bertandang dalam diri. Oh.. hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya Suri pada Cik Cahaya Cinta tu huhu.

Baiklah buat sementara ini kita lupakan al-kisah untuk si unta suka landing kat padang pasir. Harini Suri kembali menyorotkan kembali kisah tentang si anak pula. Apa kisahnya jom kita baca kat tengah halaman ni.

Malam Ahad tu Suri tidak dapat melelapkan anak mata seperti hari-hari biasa. Mungkin ini dugaan hujung minggu. Rasa sakit kepala membuatkan Suri tidur awal setelah makan ubat penahan sakit...

Sambil mengoleskan ubat balm cap harimau belang yang berwarna putih bak salju antartika tu Suri pun sapulah ia kat bahagian kiri kanan kepala. Lepas dah pupuk-pupuk manja kat bahagian yang terasa denyut-denyut cinta maka Suri pun simpankan ubat sapu tu kat bawah bantal.


Menginjak Subuh Suri bangun seperti biasa. Solat, buat sarapan, bancuh susu anak dan tukarkan pempes dia. Kemudian kepala Suri terasa sakit kembali. Suri pun terlena seketika sebelah anak. Tup..tup..persis bunyi piring penutup balm cap harimau tuh.

Suri diamkan sahaja. Sebab dalam hati dok pikir ni mungkin kerja En. Jejaka sebab dia pun sakit juga. Sakit bahu sebab bawa kereta dari kl ke Ipoh dalam 3 minggu berturut-turut atas urusan kerja. Hurm biarkan sahajalah..

Di pendekkan kisah.
Suri terasa sejuklah yang teramat sangat dibahagian lengan Suri ini. Begitu juga dengan dahi sudut hujung kepala kiri dan kanan tetiba terasa sejuk naper nih?? Dalam hati Suri cakap ini mungkin kerja En. Jejaka sebab dia tahu Suri pening tu yang dia dok tolong bubuh minyak balm ni kat kepala Suri kot..(kalau suami yang mengurut kepala, taruk ubat kata orang tandanya sayang!) kui..kui..kui..



Hua.. Waaaa..Wa...waaaa.....
Suaranya mula memecah kesunyian di sekitar alam buana ruang tamu.

Erkk..nape nih?
Nah dia ge main ubat sapu balm cap harimau dekat awak!!


Kasihan dia ubat tu boleh membuatkan dia menangis..meleleh air mata. Mata dia tak boleh bukak. Wah ia membuatkan Suri terdiam seketika. Dia merajuk bagai nak rak. Tak mahu orang simbahkan air di muka dia. Raungan dia mau telokop dek umah ni.

Aduh..duh..apa nak buat sudah terkena diri dia sendiri makan tuanlah jawabnya..huhu...


Suri fikirkan En. Jejaka yang tepekkan ubat kat kepala Suri. Rupa-rupanya si kecik yang punyer kerja...

Moral of cerita..Lepas ini Suri kena berhati-hati dalam menyimpan ubat sapu dan yang seangkatan jawatan dengannya agar kejadian yang tidak diingini tidak akan berulang kembali huhu..


Alahai AnakKU.. kans dah pesan tangan tu jangan terlallu gatal

19 ulasan:

B E A R berkata...

wah mesti kepanasan kan...
penah mengalami nyew juga...

sapu kat perut pastu lupa basuh tangan...gi lak sapu ke mata....huhuhu

Zikri Husaini berkata...

hurm... rupanya si kecik tuh yang buat... huhu

Pelangi cinta berkata...

Bear
baik dia kala putih kalu kata yang gold tu aduh tak tahu nak ckp apa huhu..

Zik
yelah, dia memang ringan tulang orangnya heee

tengkorakemas berkata...

aduh..cian si kecik tu..mesti dia dah serik

Zezebel berkata...

Kesian kat anak.
tu anak suri dah OK la tu?

Kulanz Salleh berkata...

Nasib baik si kecik tak bubuh dekat mata Suri.. kalau tak mesti dua-dua nangis, hehe

hafizmohd.com berkata...

alahai...cian budak comey tu...gitulah anak...ade saje benda yg nak cube...hohoho...

moge suri sefamili sihat hendaknye..

Admin berkata...

Salam Suri..nape takleh akses cahaya cinta?

Puteri berkata...

ui.. nasibbek dia sapu kat suri.. klo wat dia spu kat dia.. or isap ker,, hu.. lagi haru tu..

alhmdulillah xjd ape2 :)


♥♥♥ Entry Puteri Terkini:
"I'm scared"

test berkata...

boleh jugak gantikan dengan Krim Pala Aromaterapi

P/S: bila nak jadi ahli HPA? hehe

siti berkata...

hehhe.. mmg konfem panas la tu.. tiger balm ni.. hihii..

selalunya anak de gak main.. tapi die faham bila kata ubat ni panas.. terus die tak nak.. yg die suka.. minyak gamat.. hampir tiap2 malam lau nmpak, suruh kita bukak nak sapu sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Dia ada minat nak belajar, nak tahu & nak cuba sesuatu. Hehe. ;-)

Pelangi cinta berkata...

TENGKORAK EMAS
kalu tak serik tak tahulah..mungkin sebab dia budak lagi tak tahu apa2 heee


ZEZEBEL
Alhamdulillah ia dah beransur baik..


KULANZ
itule pasal.kalu tak haru biru jugak si bapaknyer heee


HAFIZMD
makin nak besar begitulah daya mencubanya..selagi tak kena selahi itu dia tak serik hee...

terima kasih atas doa sahabat hafizmd untuk keluarga suri.suri harap keluarga bro hafizmd juga begitu.



DOKU
Sebab akaun tergantung..makanyer kena renew lagi huhu..saya dok tunggu gaji..gaji pula lambat masuk..


PUTERI
ia tergosok kat mata dia tu yang pedih lalu meraung satu umah hee..

Alhamduliillah semua baik2 sahaja..suri pun risau juga kot dia termakan atau tertelah..waktu tu menghela dadalag suri dan suami huhu..


SYAFIZAL
baru pertama kali dengar.Insyallah.



SITI
mesti anak siti dah bijak dan sudah paham cakap mama anda daddy dia.anak suri baru sahaja 1 tahun 9 bulan huhu..kata orang bila anak dah besar sikit time nie le dia blh jadi kawan kita, tolong kita, senang cerita waktu tu apa sahaja yang kita suruh dia buat akan insyaalah blh di harapkan =).

kalu anak perempuan jika kita sakit dia dia jugalah yang mengurut kepala atau sendi2 kita ya tak? heee




MINDA
hai EN MINDA,
suri try ke blog sahabat minda tapi tak ada ke arah sana pun?apa nama blog en.minda supaya suri blh pergi ke blog sahabat kembali..


anak2 itulah kenakalannya..cam suri. diri sendiri yang cuai maka anak sendrilah yang terima padahnya.

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik tidak dilumurnya satu kepala. ;-)

Pelangi cinta berkata...

MOHD AZRIN?

Apa nama blog sahabat ya??blh bagi nama website dia kat suri nnti senaglah suri nak jejak blog kamu pula
tq

Pelangi cinta berkata...

MOHD AZRIN
adeii separuh dari minyak tu dah tinggal sikit..

lumur kepala habisle sb rambut dia dah panjang huuu..

Tanpa Nama berkata...

Maaf Suri kerana kesukaran itu. Suri sudah pun datang ke blog saya. :-)

http://www.hadirofiee.com

p.s: hmm.. nak buat profile tu macam na ya?

Pelangi cinta berkata...

MINDA
ini blog kamu. http://www.hadirofiee.com
profile macam blogspot suri tu ke?

klu blogspot mmg dia dah setkan.

tapi untuk wordpress pula suri tidak tahu bagaimana nak buat profile tersebut dan letakkan dia kat depan muka blog..

apa kata sahabat tanyer sahabat madlut sebab tak silap suri dia pn ada letak profile dia depan muka blog.siap ada gambar dia sekali.
ni nama blog dia http://www.madlut.com/..

tapi tak tahulah pulak suri kalu dia mempengarugi templet sesebuh blog tu..huu..itupun klu sahabat tak keberatan nak tyer pada dialah..

harap ia dpt membantu sahabt..

Tanpa Nama berkata...

Banyak lagi nak kena belajar ni. Hehe. Budak baru. :-)