Khamis, 22 Oktober 2015

4 Teknik Belajar Pola Jahit Baju Melayu Seluar Budak Bayi Orang Dewasa Pantas Mudah Seronok

Salam 
4 Teknik Belajar Pola Jahit Baju Melayu Seluar Budak Bayi Orang Dewasa  Pantas Mudah Seronok belajar menjahit baju melayu seluar ini kalau kita buat dari tangan sendiri usahanya memang sungguh berbaloi. Jimat! itu baru satu point!



1. Baru-baru ini ada dapat tempahan baju melayu dari biras maklumlah dapat anak lelaki siapa tidak bangga bila anak lelaki bakal menyarung sepasang baju melayu seluar. Tapi bukan bagus kalau maknya sendiri yang buatkan huhu.. Di mana untungnya kita sebagai penjahit yang ada kemahiran menjahit ini mestilah dari kos upahnya..ingat kos upah jahit baju baby lagi mahal tau berbanding jahit baju orang dewasa.


2. Syahdunya bila kerja menjahit ini kita buat kemudian hadiahkan pada suami katanya nak sambut hari ulangtahun perkahwinan. Tidak semestinya hadiah perkahwinan itu mahal atau bentuk benda tapi jahitan tangan hasil yang sungguh menyentuh naluri seorang lelaki bernama suami percayalah. Siapa tak suka bila suami puji tak banyak sikit pasti hati kita akan tercuit malu dan gembira. 
 


3. Indah bukan kalau ia dapat pakai semasa majlis hari raya, majlis cukur jambu, sambut menantu akan datang sebab permulaan cara mudah mengambil  ukuran baju melayu seluar,cara mudah memotong kain baju melayu, potong seluar baju melayu, pola buat poket baju melayu, menjahitnya hingga ke kemasan akhir kita buat bila siap detiknya kita tak akan yakin jahit baju melayu baby boy atau jahit baju melayu budak mudah sebenarnya. Jangan terkejut jika ada menegur cantik baju melayu ini. Buat ke beli? Sure dengan pantas kita akan jawab homemade baju melayu seluar sendirilah mana lagi.
 
 
Malas untuk kata panjang layan baju hari raya edisi tahun ini yeah!!
 

4. Sekarang orang sibuk men DIY  baju melayu dan seluar katanyalah apa kata diy baju adik - beradik sendiri itu lebih puas. terbaik bila tahun depan pakai warna baju sama seronok bukan..Silap ada yang beratur menempah baju untuk majils tertentu akan datang..ewah !


Yeah!! 4 Teknik belajar pola jahit baju melayu seluar budak bayi orang dewasa  pantas mudah seronok. Janglah terlalu mengharapkan sesuatu ilmu melalui google tanpa kita tahu ilmu secara detail. Baiklah kita mencari ilmu benar dan terperinci tanpa ada rasa selindung  itu lebih terbaik dan jamin keberkesanannya. Bukan ilmu maya tidak bagus tapi saranan saya cari satu ilmu boleh yakini berbaloi dan percayai.



Macam kita nak berniaga mesti kita cari mentor percayai taklah bila kita sudah labur wang beribu riban kita mahu cari mentor yang boleh meranapkan impian kita bukan. Mesti  kita akan cari orang yang boleh menjamin masa depan kita dengan baik masa susah sesak mereka ada bukan jenis susah kita huru hara mereka pula lepas tangan.

Dapatkah edisi terhad jahit pelbagai baju melayu dan wanita >>>>>>>>>>>>>>>> SINI

4 Teknik belajar pola jahit baju melayu seluar budak bayi orang dewasa  pantas mudah seronok. rugi kalau tak belajar! Tahun depan buat kala biru yeah!!haaaa ;)

Selasa, 20 Oktober 2015

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II

Salam..

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II.. Syukur Tuhan berikan aku kekuatan untuk buat sambungan lagi.. Ini pun entri terperam sudah lebih tiga hari...




Selepas cerita bacaan hb rendah sebab kurang gula gara-gara risau makan manis amiklah rasakan diriku waktu itu puasa ramadhan di batalkan terus sebab fikir kesihatan baby dalam kandungan dan suami takut aku pengsan..  sungguh itu kali kedua ramadhan aku tak puasa. haaa.haaaa..



Kes pertama sebab sakit kepala ni sebab makan minum tak jaga suami bising tak ambil gula lebih itu mabuk semacam huhu...biasalah mom kalau terlebih makan gula risau baby dalam makin besar bila makin besar dok pikir macam mana aku nak teran nanti ada ke kudrat aku tu kuat kelak hee... 

Kes kedua pula ada baca baby kalau besar bahaya depa boleh mati dalam kandungan sebab paras gula tinggi akan beri kesan baby kat dalam huaa...kau rasa camner nak terputus tak urat leher or nyawa masa pikir itu semua..btw ia normal..

Pakej Lengkap Cara Buat Duit Dengan Kincin Pelangi



Oh lupa apa menu dan tips yang aku amik sepanjang hb aku hamil ni.. ambil daging dan telur sahaja. Mengikut pengalam aku sendiri hb nak cantik korang mesti makan makanan dari sumber haiwan macam daging merah tu sebab ia cepat di serap oleh tubuh jika bandingkan kalau kita mengambil makanan yang bersumberkan sayur-sayuran.Kalau tak caya boleh buat ler heee..


Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II .. kehamilan dan sakit gigi berlubang

Part gigi berlubang semasa mengandung berapa kali aku pi klinik kerajaan. Due pergi klinik dah banyak kali tertangguh. Pertama masa pergi misi kata nama aku tak ada dalam senarai. Ok fine. Padahal dia siap bagi tarikah datang klinik gigi sekian...sekian hari jam berapa bagai...

Kemudian dia bagi date baharu kali kedua pergi doktor meeting katanya. Hari jumaat memang meeting..Sengal sungguh..Pas tu depa minta no hp aku. Katanya nanti dia  nak call kalau..kalau  temujanji ini dibatalkan secara tiba-tiba nanti. 

Kali ketiga datang meeting lagi..Depa bagi date baru aku tahan sabar.. depa dah catat no hp aku tapi tak tahu mana letak..aku datang pagi itu marah dan kesal..



Akhir  ini kali temu janji tak boleh batalkan kata misi dan doktor sebab stage sekarang ini kalau nak tampal lepas ni akan bahayakan baby dan ibu.

Aku akur.. aku pula yang tak boleh pergi klinik sebab balik kg. La ni 20.10.2015 gigi aku masih belum di tampal. mengadap jugalah sakit gigi masa berpatang..nanti aku cerita kemudian kali..tapi aku dah call klinik tu aku akan tampal insyallah pada 27.10.2015 ini huaaa...Doakan ya ;)

Pesanan untuk korang yang mampu kalau ada wang lebih pergilah sahaja klinik kerajaan kalau tak macam aku ler nunggu gomen ginilah jadinya. Apa pun jururawat itu ada mohon maaf pada aku..jadi aku ok jer kata orang marah je bukan main pastu aku dha boleh terima hee..nghe.ee.. 



Pengalaman puasa semasa hamil sungguh mencabar..
Sukar untuk aku nak gambarkan. Cuma aku sering berdoa dan berkata baby dalam perot "baby kalau nak keluar ..keluar pada hari selasa masa tu aku tak tahu pun hari selasa tu angka dia no yang cantik 7.7.2015 heee.. sebab ayah ada dekat rumah. Hari ..hari aku cakap sama baby kalau nak keluar tunggu ayah ada rumah tau!

Puasa semasa hamil bukan mudah nak makan manis pun masih berfikir berkali-kali kalau makan manis banyak mesti cepat minum air banyak-banyak. Tapi syukur tekanan darah aku normal sahaja kecuali masa nak masuk bilik bersalin itu tekanan darah aku tinggi sikit sebab dok risau nak keluarkan baby je heee..

Petua aku mudah rajin minum air selasih sebab mampu redakan panas dalam badan kita, tekanan darah kita cantik dan hb akan sentiasa normal tak naik tinggi dan mampu bersihkan darah dalam badan kita. Sykur itulah yang aku amalkan masa anak no satu dan dua


Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum


Apa lagi nak cerita Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Pertama Ke Dua ! Part II Rasa cukup sampai situ heee kalau cerita panjang sangat ada pula yang bosan heee..Mungkin saat ini aku telah kehabisan idea apa nak kongsikan kalau ada berilah mungkin aku boleh ceritakan nanti..


Tunggulah entri pengalaman dan tanda-tanda bersalin lepas ni eh...


Sabtu, 17 Oktober 2015

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1

As salam..

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1..sudah 2 kali rasanya aku buka ini blog dan nak taip asyik tertangguh haaa..kali ini aman sikit sebab semua diam..diam..sapa diam tu hee anak-anaklah..





Syukur kehamilan kedua selamat lahirkan seorang bayi lelaki normal pada tanggal 7.7.2015 pada bulan puasa hari selasa jam 1.48 tengahari dengan berat 2.8kg.

Sukar untuk gambarkan manakan tidak mendapat anak bagaikan terjumpa permata intan bernilai. Sampaikan satu setangah hari daku tidak tidur lena.

Bila imbas masa ketahui dahulu aku hamil saat menggujakan manakan tidak telah 6 tahun kami menanti. Alihnya berita itu dapat tahu semasa pemeriksaan doktor sebab keputihan dari situ aku tahu aku hamil empat bulan lebih!

Kehamilan yang sama seperti mengadungkan kakaknya dahulu. Tapi masa si kakak aku tahu hamil tiga bulan. Sampai rumah esok pagi mula mual dua ke tiga hari. Lain aku jalani macam biasa.

Tapi kehamilaan kedua ini aku waktu itu sedang giat kuruskan badan nak dapat berat badan ideal syukur ini salah satu cara kata buku yang aku bacalah nak hamil kena perhatikan berat badan kita baik menu makanan sentiasa seimbang terutama usia dalam lingkungan 30an..

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Kalau rajin baca ini sebahagian dari entri aku AKU PCOS PART I dan AKU PCOS PART II ..

apa juga alasan aku ia tetap rezeki. Untuk hamil kedua sungguh mencabar pada kehamilan masuk ke enam bulan. Aku minum air gula pertama kedua clear sahaja. Kemudian ada lagi minum air gula tak sikap aku masa usia kandungan masuk 7 ke 8 bulan. Minum lagi dah...Masa itulah kantoi aku punya perit terima kenyataan bahawa bacaan gula aku tinggi gila adei...

Bermulalah saat cucuk jarum dekat jari empat kali sehari!

Sungguh dugaan aku pergi klinik kerajaan lama pula menunggu nak bali rumah jauh. Last aku berteduh dekat klinik tu dengan perot memboyot dari jam 8 pagi sampai 1.20 tengahari. Klinik yang aku cek tu klInik desa tak der pula menawarkan khidmat amik darah 4 kali tu huhu..

Ada buat entri tu korang ada masa googlelah..

Last bila aku jenis mulut ramah haaaa..aku tanya kawan hamil sama dengan aku kata boleh cucuk darah dekat jari dekat klinik berbayar dan juga farmasi. Cuma siapkan duit sahaja. Jadi pagi 8.00 pagi aku keluar cucuk darah dekat klinik Medik dekat section 18 ipoh belakang tesco, 12.00 tengahari, 5.00 petang dan 9.00 malam aku ambil dekat farmasi hidayah cas rm5.00 sahaja.

Al- kisahnya berlarutan sehinggalah nak dekat bersalin rasanya ikutkan lagi 2x jer aku kena cucuk darah dekat jari tapi baby dah nak keluar  aduh betapa bahagiannya daku sambil urut dada  waktu tu..


Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1
Penat tahu naik moto sorang-sorang jalan kaki menapak ke klinik tu adalah dalam 30 minit jalan kaki pergi dan balik hua..mujur klinik hidayah tu tak jauh tempat aku paking motosikal heee cuma lintas jalan besar jelah..tu bahaya gak suami pun selalu risau dan beri nasihat. yalah anak no 2 katakan hii..kekadanag tu anak yang sulong pi temankan sesekali belanja dia makan sedap.

Cucuk jarum 4 kali sakit hoo..nak kalu tertusuk pada jari yang sama. Lama-kelamaan jadi lali juga tapi rasa sakit tetap ada. Yang tak menahan tu kena puasa pula itu yang tak syok. Puasa cucuk darah 4 kali katanya..Bila nak buka puasa jam 12.00 mula pikir nak makan menu apa. bila makan risau pula makan minum kita hadap tu tadi manis ke huhu..begitulah rasanya perasaan bercampur-baur ketika itu sampai menginjak waktu jam 9 malam.Mujurlah cucuk darah empat kali ini bukan setiap minggu kalau cucuk setiap minggu gilalah namaya. Ia biasa ambil 2 minggu sekali tau!

Hb cucuk darah tinggi ke cucuk darah hb rendah..?
Masa pertama kali puasa untuk amik darah dekat jari ini pernah aku rasa pening pada hal aku dah makan minum. Rupa bila ingat balik sah aku kurang gula dalam darah patut hb aku rendah walaupun aku ada makan nasi, minum air kosong, air buah, makan roti bagai..



Hb aku tak pernah tinggi masa cucuk darah dekat jari syukurlah..cuma bacaan kadang rendah kadang  normal bacaannya..menurut kata doktor dan pekerja farmasi hidayah ipoh katanya normal. Menurut kata doktor klinik desa kalau bacaan terlalu tinggi pesakit ibu hamil kena ambik insulin. Itu para ibu risaukan. Lega sebab aku tak lalui saat getir itu cuma aku kena jumpa pakar pemakanan diet sahaja sahaja. Masa itu mula alert tentang manu sihat, mana menu perlu lebih dan kurangkan ambil.

Serius kehamilan kedua sedih bukan sedih tak suka hamil atau lalui benda semua tak. bukan itu maksud aku..kiranya kehamilan kedua ini aku kena pantau apa aku makan baik minum atau makan itu sahaja.
Jika bandingkan dengan kehamilan yang pertama aku boleh belasah apa juga menu makanan tak kira manis ke apa ke aku sentap.Itu jer bezanya hiii.
Lastnya aku nak bersalin tu haru juga heee..Tunggu part kedua Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1I okey!

Insyallah aku ceritakan apa yang aku lalui sepanjang hamil dan melahirkan bayi.. Korang ada cerita nak kongsi nak tanya boleh komen bawah atau boleh email ke cahayacintakita@gmail.com insyallah ada kelapangan aku akan bantu atau share..




Pelik ada kata kenapa tak story benda kat lama web satu lagi heee..ya..memang sengaja aku hadkan sebab blog di sana aku cuma masukkan entri maklumat sahaja. Tapi blog ini more pada perkongsian aku lalui dan apa aku suka buat. That is!

Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1

Jumpa lagi ok!





Rabu, 24 Jun 2015

Berpuasa Kehamilan 37 Minggu, Lapan bulan, Perut Mengeras!

As salam...

Berpuasa Kehamilan 37 Minggu, Lapan bulan, Perut Mengeras! Pada kehamilan 36 minggu situasi yang alami aku cukup malas. Kerjanya aku makan tidur dan berbaring atas sofa sahaja. Cukup pemalas. Paling bosan tengok tv dan kemudian selak novel yang helaian asyik tertangguh.


 

Alhamdulillah usia kehamilan 37 mipnggu ini merangkap bulan puasa. Bersyukur pada ilahi kerana hari ini aku sudah melengkapkan puasa yang ke enam hari termasuk hari ini insyallah jika izinkanNYA.

Kisahnya..
Berpuasa Kehamilan 37 Minggu, Lapan bulan, Perut Mengeras! Pagi ini aku hantar anak awal ke sekolah sekitar jam 7.15 pagi dan terus rempit jalan kampung untuk ke klinik desa. Mula celaru juga cari jalan betul lama-lama ketemu juga dan permudahkan segala urusanku.


Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Sampai sana tengok jururawat senyum tegur aku sampai awal dari biasa jam 8.15 pagi hu..aku katakan aku cari jalan kampung tak mahu ikut jalan besar sebab aku tak ada lesen motokar haaa..jururawat yang memeriksaku senyum berjela.

Alhamdulillah aku tak menahan kencing tapi pintu  klinik desa tutup tahan jelah haa..jam 8 pagi baru buka. aku letak buku dekat dalam bakul biru akhir masuk tandas tapi tka buang air hi...aku tunggu air buang dalam bekas kecil jer. Tak menahan aku masa itu.Mujur dapat tahan. Selang berapa minit nama panggil terus timbang dan cek tekanan darah. Lega hati bila jururawat kata pi buang air kecil no 1, warna biru. Uh bahagianya aku...
Dalam 15 minit aku duduk dapat jumpa jururawat yang tegur aku pagi tadi tu heee..aku senyum dan dia cek aku dengan gembira jer. Kali tak ambil hh cuma cek biasa sahaja. Ya ikutkan ini adalah perjumpaan seminggu sekali berbanding dengan perjumpaan bulan lepas dua minggu sekali.

Habis cek sekitar jam 8.45 pagi anggaran aku jelah sebab masa pi kedai aku baru jeguk jam dekat hp. Mula aku berfikir kalau datang awal jam 7.20pg mungkin akan habis secepat ini.Maka aku bercadang nak datang awal macam hari ini utnuk masa akan datang. Moga mudahkan. Amin.



Semasa dalam perjalanan aku bersyukur dan mula memikirkan nak buat menu apa petang ini. Padahal menu untuk lauk aku tak habis pikir lagi. Inilah gara-gara hari sabtu yang lepas balik dr rumah mak mertua buat kuih badak berendam. Mula angin juga mak mertua adun bahan jer aku pula tukang golek..golek tepung masuk initi bagai..kakak suami aku pula sibuk tabur gula jer sambil buat sambal udang dekat dapur luar.



Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum


Serius aku tak tahu buat hadap resepi badak berendam..golek2 asyik pecah angin aku. Ada dua ketul tak jadi aku terus buang dalam tong sampah haaa..Aku layankan juga walaupun pinggang aku sakit ..kaki leguh sesemut...

Tak sangka ahad pulang ke ipoh aku tergerak nak buat badak berendam aku buat.suami beri sokongan padu. tapi tang insert aku letak gula melaka sahaja. Apa lagi balik terus pi tesco cari bahan apa yang patut. Rajin aku masak petang tu pas bagun dari tidur buat daging masak padprik ..dengan sayur kailan ikan masin menu pemanis kuih badak berendam.

Siap puas hati..masa itu aku dapat kesan aku makin rajin hu....pada usia kehamilan nak masuk 37 minggu.
Dan hari ini aku nak make resepi kuih lopeh pula huhu...sebab tahu menu kegemaran selalu buat kampung mak mertua yey...yey...

Aku cari bahan dan bawa dari rumah.sampai rumah beras pulut tak der. apa aku beli tepung pulut adalah haa..dengan rajin aku pi rempit naik motokar pada hal sebelum ini kalau tka de bahan jangan harap aku nak buat.. see..

Hai kuih lopes harapnya menjadi gamaknya...

Perut mengeras..mulai rasa pada usia kandungan 37 minggu..selalu ia akan berlaku tak sampai tempoh sejam tapi rasa kejang perut meregang akan dapat rasa.tegang mak oi sungguh sakit.tu seagai tanda bayi makin besar dan persediaan untuk kehamilan makin hampir. Banyak selawat walaupun rasa nyeri. Kalau bersama suami akan terasa gak tapi pas bersamalah hu..hu...Bayi akan gerak slow jer. Tambah lagi bulan puasa bby gerak perlahan. Ceh tak puasa tendang macam kik bola nak masuk dalam jaring pihak lawan jer heee..

 

Berpuasa Kehamilan 37 Minggu, Lapan bulan, Perut Mengeras!
Puasa pada kehamilan 37 banyak cabaran, badan letih, berat badan ringan sedikit tapi cukup terasa bawha ari-ari baby kepala makin kebawah nak jalan terasa beratnya..siap nak bangun kena ada anak dekat sebelah..ada suami pun minta suami bagunkan..ahai..Tidur tidak tentu selalu kalau ngtuk lelap kejap cam dapat tidur sejam lagaknya..




Isnin, 25 Mei 2015

Hamil 33 Minggu Baki Lagi 7 minggu Lagi..

As salam..

Alhamdulillah.syukur masuk 33 minggu penghujung kehamilan bulan ke tujuh..

Semalam cuba siapkan barang bayi masukkan dalam beg khasnya. Nampaknya barangkeperluan bayi untuk bawa ke hospital telah siap cuma yang tak silap bab "tuam bayi" mana nak cari "jintan hitam" atau panggil "habatu sauda". Pek bujut nak nak buat diy tuam baby kononnya hu..hu harap akan sempat jumpa rempah - ratus ni nanti sebelum due baby bakal lahirkan.  Bukan tak boleh beli tapi beli puas buat sendiri ewah...

Barang aku pula masih banyak kurang..apa barang yang masih belum ada eh..baju menyusu depan mesti ada butang dapat 3 ke 4 helai ok gak, minyak panas, holicks, biskut kering, tarmos, cawan sedang hu..aduh..pening jap...sanita huhu rasanya itu yang belum ada...kain batik huhu..

Seronok sebab semalam minta anak sulung aku sertai paking bab semalam. nak dia rasa gembira bukan sisihkan dia.kalau tak buat macam itu nanti nampak sangat aku teruja nak terima adik dia..dia pula terasa hati,yalah sebelum ni kasih sayang curahkan kat dia jer sekarag kena adil dna bagi sama rata..

lagi 7 minggu sahaja lagi sungguh pantas masa berlalu ke depan. Doakan aku dan kandungan dalam sihat hendaknya..

Khamis, 21 Mei 2015

Hamil 32 Minggu 7 Bulan, cucuk ambil darah 4 Kali

As salam..

ALHAMDULILLAH. Hamil 32 Minggu 7 Bulan, cucuk ambil darah 4 Kali huhu..Minggu sungguh mencabar kataku..Tapi dalam kepenatan rela diri juga demi bayi dalam rahimku ini..

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Ya. Kali pertama usia kandungan 4 bulan lebih aku kena minum air gula pertama kalinya. Bacaan pertama dan kedua keputusannya lepas makna clear. Happy tidak terkata hee..

Tapi untuk minum air gula kali ke dua untuk usia kandungan masuk 30 minggu ini bacaan pertama ok tapi bacaan selepas itu gagal. Sebelum kejadian berat aku naik mendadak dalam 4kg gitu huhu... Maka episod cucuk darah dekat jari 4 kali bermula..




Wajib puasa jam 10.00 malam..
Jam 8 pagi cucuk darah yang pertama klinik pasir putih keputusan normal ;)
Jam 12 tengahari cucuk darah yang kedua klinik pasir putih keputusan normal ;)
Jam 5 petang cucuk darah yang ketiga farmasi keputusannya darah aku kurang ( hb rendah )gula haaa..
Jam 9 malam cucuk darah yang keempat farmasi  keputusannya darah aku kurang ( hb rendah ke kurang gula haaa..

* HB aku rendah makna bacaan aku dalam 3.5 & 3.6 sahaja

Hamil 32 Minggu 7 Bulan, cucuk ambil darah 4 Kali ...Ok fine aku kecut perut kau haa..tapi aku ada catat kat belakang buku merah cucuk darah masa jam 8pg dan 12 tengahar memang cun, tapi aku tak pasti hb kurang pula tak der catat  pula kesan ia sebagai bahaya ke apa huhu.. cuma kat gambar rajah kata..

3.9-55. mmol  Normal
5.6-6.9 mmol Risiko untuk dapat diabetes
7.0 mmol ke atas Diabetes

Cuma kena lebih makan sumber ada darah dan sedikti gula jelah kot. budak kat farmasi kata nanti doktor mesti bising.. 

Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum


Aku..kata dalam hati diam..diam sudahlah haa..esok jumpa doc. Sayang kasih selamat hee..doc tak ada jadi jururawat tengok dna kata bacaan aku ok jer. tak der nak risaukan sangat erk..sikit aku tak kena marah hee..tapi aku mesti hati2.

Korang tahu tak pas habis cucuk darah dekat jari tu habis semua makanan aku tibai hee.makna dari aku makan roti gandun dengan air kosong aku balas dendam balik cari nasi, sayur, ikan dan telur malam aku makan sungguh-sungguh sebab kesian dekat baby dalam perut ni hb rendah punya pasal pastu aku minum sikit air manis.

Pakej Lengkap Cara Buat Duit Dengan Kincin Pelangi


Apa terjadi bila tahu keputusan hb aku rendah?
serius badan aku lemah sangat-sangat tak bermaya macam pagi tadi ambil darah masa masa jam 8 dan 12 tangahari sebelum tu aku cerdas jer. Dekat situ aku tahu aku tak ambil sedikit air manis dan makanan berkhasiatlah gamaknya. tapi kalau ada makan boleh tapi kenalah kawal kalau tak silapnya nanti naik hb korang dalam salah satu carta yang aku bagi kata atas tu..huhu.tak normal korang akan dapat diabetes atau Risiko utk dapat diabetes..selian tu hb rendah tu masih boleh baiki lagi deii..



Jumpa misi doc tak der apa lagi aku beri date lagi sekali untuk cucuk darah 4 kali pada 1/6 dan datang klinik desa jumpa doc pada 2/6 pula.. kata misi benda kena buat sampailah baby aku belum keluar. Yeap. akur sebab sekarang ni perjumpaan dengan doktor/ misi bukannya sebulan sekali dah...sekarang dua minggu sekali dah..

Hamil 32 Minggu 7 Bulan, cucuk ambil darah 4 Kali Pengalaman aku cucuk darah ke jari empat kali..sungguh bermakna memang ia tak sama dengan kehamilan anak pertama. Aku berharap tekanan darah aku, berat badan semua baik-baik belaka. Sungguhpun kedua ibu bapaki ada darah tinggi kencing manis jauh sudut hari harap penyakit dapat pergi jauh..jauh dari kehamilanku..kerana aku tahu setiap sakit datang akan ada kompilasi pada masa kelahiran nanti.
doakan semuanya dalam keadaan baik ya..amin.

Rabu, 13 Mei 2015

Mengeluarkan Khazanah Barang Kelengkapan Bayi Masa Anak Sulung

As salam..

Alhamdulillah.  Mengeluarkan khazanah barang kelengkapan bayi masa anak sulung. Barulah hari ini rasa rajin sedikit..sedikit sahajalah haa..sebab aku keluarkan semua barang dalam lemari a.k.a barang masa anak sulung aku masih bayi. Pagi tadi aku basuh cadar, pakaian macam biasa sambil itu keluarkan bakul bayi dekat ,pakaian bayi, selimut, kasut bayi, topi bayi, bekas bedak debu bayi, anak patung, kain lampin, kain lampin moden, kelambu, tikar alas bayi, bantal bayi, tilam bayi, beg bayi, kain buaian bayi, botol susu segala barang keperluan senarai bayi cuba keluar semua dan asingkan.
 

Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut

Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut


Masa untuk membasuh aku plan nak buat besok..kalau ikut entri 30 minggu  ini adalah masa sesuai untuk aku berbuat demikian memandangkan aku hanya ada baki dua bulan sahaja lagi. Risau buatnya baby dalam ini mahu keluar awal macam mana eh. Sungguh itu bukan kerja kitakan....
.
Hurm..
Masih aku ingat bahan bacaan ibu dan bayi dalamnyan berkata macam ini "baby kalau dia cukup 7 bulan kalau dia keluar dari rahim atau perut ibunya jika di beri layanan istimewa maksud beri kehidupan baik insyallah bayi ini akan sihat hendaknya sebab salah satunya dia sudah boleh mampu buang air kecil dengan sendiri" apa lagi kalau "bayi usianya kandungan 38 minggu "dalam sebuah majalah pa & ma katanya jika bayi lahirkan dalam waktu tersebut bayi boleh bernafas dengan baik peluang hidup memang amat tinggi.

Mengeluarkan khazanah barang kelengkapan bayi masa anak sulung..
Besok sesi ini akan mula pada waktu pagi macam hari ini jugalah heee..Masa aku sibuk keluarkan barang asas keperluan bayi dalam almari kain itu pelbagai kenangan manis pertama kali bergelar ibu dapat aku imbas  satu persatu. 
 
 

Yang best bila tengok sepasang kasut biru comel dalam sebuah kotak. Tersentuh hati masa itu teringat dia baru berusia enam bulan haa..kasut dia asyik hilang jer sebab time tu dia tengah giat menggigit kasut..apa ada dekat dia semua nak gigit masuk mulut.tak ada kasut jari kaki pun jadi jugalah.. Kasut tinggal sebelah jer..kasut yang lain ada juga tapi sebahagian hilang kala yang ada ini kira kasut selamatlah. Comel bila tengok beberapa pasang kasut bayi..

Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum


Bila lihat anak membesar depan mata enam tahun kini bisa mengalirkan air mata. Malam tadi pergi makan mee rebus ramli eh tengok seluar yang dia pakai dah mula ketara sentangnya yang amat. hu...hu...



Mengeluarkan khazanah barang kelengkapan bayi masa anak sulung..Moga keesoknya Allah memberikan aku kekuatan untuk melakukan kerja ini hendaknya.Insyallah.