Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Payah pula semua perkara yang tercatat tertinggal. Apa yang tertinggal. Telefon bimbit Suri tertinggal di rumah mak mertua. Ya, Allah sabar sahajalah. Sudahlah kata laluan wordpress yang terbaru update dalam itu ini ha bila keadaan kecemasan nak login blog pun tak boleh ar...apa lagi nak buang kod-kod virus yang seangkatan di dalamnya tu.
Sakitnya jiwa..
Tiada cara lain ker untuk dapatkan kata laluan baharu untuk masuk ke dalam blog Suri tu. Padahal tanya pada otai dia pula terus offkan fb. Gerr sakitnya hati nampak sangat nak bantu kita macam tak bersungguh-sungguh padahal benda ini under mereka. Kalau kata mereka tak boleh dapatkan kata lalun dari blog Suri dan mesti dapatkan kata laluan baru ( dalam hp Suri) cakap jelah macam tu. Maaf cik saya tak boleh bantu. Ok Suri tak kisah dan faham.. Ini matikan diri macam itu jer!
Tidak kisahlah bagaimana teruk pun perkhidmatan anda tetapi orang "sedang menggunakan khidmat" anda maka anda perlulah jaga hati pelanggan dengan sebaiknya. Ini buat hati pelanggan sakit hati dan reputasi semakin teruk lagi adalah. In kes kalau orang sudah tahu yang perkhidmatan yang di sediakan tidak bagus anda kenalah mencuba baiki dan menjaga hubungan pelanggan dengan sebaik yang boleh. Ini seakan menolak bantuan pelanggan seperti anda melepaskan tanggungjawab pada pelanggan / pengguna sebulat-bulatnya. Anda mestilah pikir kami telah membayar bukan kami tidak bayar maka kami TIDAK WAJAR mendapat layanan seteruk itu.
Ini tidak adil..tapi kami sebagai pengguna tetap bersabar...
2 ulasan:
suri betul2 marah nie... sabar suri..
ha, marahlah sangat dah masuk 5 hari ini,,huhu...
Catat Ulasan