Isnin, 1 Julai 2013

Daging Masak Sos Lada Hitam

  • 350 gm daging - bersih dan rebuskan hingga empuk
  • Sedikit air rebusan daging - secukupnya
  • 1 biji lada benggala hijau/merah
  • 3-5 sudu besar sos lada hitam
  • 3 sudu serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang holland dimayang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • BAHAN DIHIRIS :
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih


CARA MENYEDIAKAN :
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang besar,bawang putih,halia..tumiskan hingga naik bau..
  3. Kemudian,masukkan sos lada hitam,serbuk lada hitam,sos tiram,sos tomato dan kicap manis,diikuti sedikit air rebusan daging..
  4. Kemudian,masukkan daging bersama lada benggala..kacau hingga sebati..
  5. Akhir sekali,masukkan bawang holland yang dimayang …kacau sekejap dan bolehla diangkat..
  6. Siap untuk dihidang..
kredit : kongsiresepi & cara masakan Suri dan gambar ada di sini

2 ulasan:

akubiomed berkata...

Mana gambar lauknya? :-)

cahaya berkata...

AB
heee..ya.saya telah mencuba semalam dan gambarnya ada disana..


thnks ahaks..jangan terliur plk :P