Jumaat, 25 Julai 2014

Selamat Hari Raya, MH 17, GAZA Lukisan Indah Untuk Kita Semua

Salam..

Hari asyik tidur tak tahu mengapa mungkin dua minggu lebih agaknya saya pulun kain ela dengan meisn jahit. Kemudian lepas malam sayat berasak dengan tepung oven bagai. Tak penat namaya itu heee..

Biasalah blog ini kalau berkisar tentang baju kurung, kuih raya dan minat maka tak sah segala entri dalam blog ini banyak berkisar tentang dua perkara itu. Jadi ia tak pelikkan.

Ok.




Bersiapan hari raya korang bagaimana best atau sebaliknya. Apa penting persiapan diri lebih afdal ya tak sebab raya ni buka untuk seronok dna meraikan hari kemenangan kita tapi menjurus pada keinsafan kita padaNYA.

Hari raya tahun ini galakkan mohon ampun maaf pada kedua ibu bapa kita andainya mereka masih ada di sisi kita. Kalau tiada bermakna wajib pergi ke pusara mereka. Ingat mereka harus juga lawati dan berikan segulung doa untuk mereka berdua. Duduklah lama di situ lebih dari hari raya biasa korang pergi doa tak sampai lima minit terus blah. Agak-agaklah. Ini masa korang ingat dan semat apa mereka pesan semasa mereka membesarkan kamu. Mereka pesan dan beringat tanda mereka sayang akan kamu bukan bererti mereka terbaik amalan mereka di sisi mereka. Ingatlah ya kawan-kawan tiada siapa yang mampu menjaga kita sebaik mereka. Jadi hargailah usia kita berdoakan mereka selalu setiap selepas kita solat atau kita rindu akan sentuhan mereka.



MH 17..
Berdoalah semoga urusan mereka percepatkan. Saya ada baca laman sosial katanya makan masa lama untuk kenal pasti mayat tapi benda kita tolak ke tepi. Harapkan yang baik sahaja. Moga kepulangan mereka selamat seperti apa yang inginkan oleh waris ahli keluarga mereka.



GAZA..
Bumi sering bersiram dengan darah tanpa henti dan penuh tragis. Sukar nak luahkan dengan terpercik kata-kata kalau bicara hampir semua kisah tak akan habis ke esokkannya. Marilah kita doakan agar anak-anak kecil dan golongan dewasa sentiasa sabar dan taqwa atas tanggungjawab mereka atas tempat tumpah darah mereka sendiri. Moga roh mereka tempat orang beriman sisiNYA.


Akhir kalam dari saya semoga kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dariNYA. Apa ada kita hargai dan syukuri jangan sesekal kita sesali. Kehidupan kita memang tidak sebaik mungkin seperti orang lain tapi ingatlah apa yang tentukan oleh Tuhan untuk kita hari ini telah dia catatkan perjalanan itu sejak kita di lahrikan dunia lagi.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

2 ulasan:

Jejari Menaip berkata...

selamat hari raya..teruskan berdoa untuk Gaza..dan Allah memudahkan segala kerja mereka....

cahaya berkata...

terima kasih ikhwan kita harapakn merka sabar dan tabah selalu ya.thnks sb ke sini ;)