Jumaat, 18 Julai 2014

Pray For MH17 Dan MH370

As salam..

Pray For MH17 Dan MH370...Apa ada pada harta,pangkat, anak dan kesihtan yang baik tapi dalam kantung hati kita punyai jiwa rosak! Ketibaan ramadhan 2014 mungkinkah ia ramadhan yang terakhir buat kita?? Ayuh bangkit...

Baru pagi tadi kejutkan berita MH17 terhempas di sempadan Rusia dan Ukranie salah satu petanda kita masih bersyukur kerna di berikan ujian sebagai manusia yang terpilih mengharunginya. kerana sebahagian dari kita masih hidup bahkan tahu di mana mereka berakhir tidak seperti MH370 beritanya ramai lagi yang ternanti-nantikannya..



Bersiapkan diri kita dari sekarang manalah tahu petang, malam atau besok atau penghujung bulan ini mungkin ramadhan ini mungkinkah terakhir. Mesti ada rasa takutkan.Itulah gunanya amalan yang banyak takut-takut kita tak sempat nak buat usia sudah menjemput. Walhal pada hakikatnya ajal maut itu ketentuan dariNYA kita tidak boleh sangkal sama sekali.



Pray For MH17 Dan MH370..Marilah kita berdoa pada mereka dan pada diri kita juga moga kita sentiasa berada dalam keadaan bersyukur dan sentiasa mengingatinya selalu.


Tiada ulasan: