Selasa, 3 September 2013

Latihan Kejam Untuk Anak !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sudah lima hari pinggulku sakit entah apa silap pusingnya.? tidak pasti. Tapi kuatkan semangat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu kepada seorang anak yang comel serta kekasih gelapnya iaitu blog..Bila badan sakit waktu rehat dari ruang maya pun turut suram. Kecewa dengan ini, pi blog sana  pun rasa down padahal blog itu perlu di berikan tumpuan.

Waktu pulang ke rumah mak mertua Suri sempat mengajar anak cara-cara membuka pintu lock dari dalam kereta. Ini ekoran daripada beberapa kes yang kita sendiri tidak jangkakan di mana:-

  • Apabila anak-anak tertinggal di dalam kereta ini adalah kes ibu bapa yang cuai ataupun tidak perasan kehadiran anak di dalam kenderaan tersebut. Wahualam.
  • Biasanya anak-anak berumur 3 ke 4 tahun ke atas apabila dia mula belajar dan melihat persekitaran di sekelilingnya. Contoh situasi ini berlaku apabila ayah keluar membeli barang di kedai, si ibu segera menekan/membenam lock pintu kereta dari dalam. Ini menyebabkan anak sibuk belajar menekan lock kereta tanpa dia mengetahui tindakannya itu merbahayakan dirinya sendiri. Kejadian ini agak tegang apabila anak-anak tersebut berada dalam kenderaan secara berseorangan.
  • Apabila anak-anak terterkan lock pintu kereta dari dalam secara suka-suka.

 # LATIHAN TUBI 1

Sekiranya anak anda dalam kereta yang di dalamnya terpasang penghawa dingin ajarkan dia cara menekan hon kereta. Biasanya anak-anak berumur 2 tahun keatas amat gemar bermain stereng kereta :) . Jadi masa inilah peluang untuk anda melatih mereka.

Sesekali berikan dia latihan sehingga dia berjaya melakukan bunyi hon itu beberapa kali.

(Latihan tubi ini boleh di lakukan untuk anak-anak yang bawah umur 2 tahun ke atas)



# LATIHAN TUBI 2

Terlebih dahulu biarkan lock kunci kereta penekannya "terbenam" ke bawah.



Anak mencuba latihan "menekan ke atas" pintu lock kereta



Ya, dia berjaya melakukannya!

Ia semudah 1, 2 dan 3 :)

  • Tunjukan kepadanya ibu jari kanan anda kepada anak anda. (Sila ikut keselesaan ibu jari mana yang dia rasakan selesa dan kuat) 
  • Lakukan penolakan ibu jari kanan anda pada butang lock sedia "terbenam" itu di naikkan ke atas.
  • Ulangi langkah ini kepada dia beberapa kali dan beikan dia latihan sekerap yang boleh sehingga dia berjaya membukanya dengan sendiri. 

Berikan dia sokongan dan pujian semoga latihan ini akan memberikan manfaat, keyakinan dalam dirinya sendiri suapaya dia tidak gentar untuk menghadapi situasi yang genting.

Selamat mencuba!

Admin mempunyai pengalaman yang pahit sekitar sebulan yang lalu..insyallah akan di kongsikan pada entri yang akan datang. Jika anda mempuyai latihan tubi yang benar-benar manfaat sila share ke lama facebook dan kongsikannya di laman ini. Terima kasih.




17 ulasan:

Azie berkata...

Bagus diajar untuk anak2, bila terjadi perkara sebegini, anak2 tu dah pandai open sendiri kan.

cahaya berkata...

ha tu pasal..

Hafizul berkata...

haha..menda macam ni memang patut diajarkan untuk keselamatan mereka..hehe

Khairul Zamri berkata...

yup ajar anak2 itu penting supaya mereka tahu nak buat apa bila dalam keadaan terdesak :)

lynmunir berkata...

Betul Suri memang bagus latihan begini diajarkan kepada anak-anak yang berusia 4 tahun ke bawah, agar mereka tahu cara bertindak di masa kecemasan.

Ummi Hanie berkata...

tak kejamlah ;)

penting tu anak2 tahu cara2 membuka kunci pintu dr dalam

ajumohit berkata...

rasa fobia jap baca entri ni, mmg anak2 perlu diajar ttg tips ini, kalau boleh elakkan tinggalkan anak dlm kereta, teringat adik yg lemas tu, semoga kita ibu bapa sentiasa lebih beringat

saljuhumairah berkata...

tambahan sekarang banyak kes anak tertinggal dalam kereta...

cahaya berkata...

Hafizul
eh mesti heee..pelajaran wajib ini

cahaya berkata...

KZ
harap mereka akan berani mengawal situasi ini nnti.amin

cahaya berkata...

LM
saya perlu gesa dia moga dia akan terbiasa nanti

cahaya berkata...

UH
ya tak kejam sahaja nak tarik ibu bapa baca hee.

cahaya berkata...

AM
asal nak fobia huhu mesti buat satu cara cma ni supaya kta dan anak2 sentiasa bersiap sedia.terkadamg kita manusia selalu silap,,lepas pandang benda ini blh berlaku pd sesiapa sahaja..

kita cari jln untuk mencegah :)

cahaya berkata...

saljuhimairah

ya sb kita leka atau keadaan tak terkawal buat kita lupa pada keadaan sekeliling.moga di jauhkan.

Myra Jay berkata...

Ok jugak tip macam ni, at least kita beri pendedahan pada anak2 kecil kan.. Tak terpikir pn.. :D

akubiomed berkata...

Atas faktor keselamatan eolk diajar cara bukan pintu.

Sop berkata...

pintu belakang Sop lock utk buka dr dalam.. takut anak2 berada di belakang.. mereka tahu buka lock biasa tanpa di ajar..