Jumaat, 17 Mei 2013

Resepi Gulai Daging yang simple..

kredit by http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/resepi-gulai-daging-yang-simple.html

Bahan-bahan:
  • 1/2 kilo daging batang pinang
  • 1 cawan Santan sawit
  • 1 bungkus rempah daging (siap dibancuh dengan air)
  • 2 keping asam gelugor
  • kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 3 biji Kentang (belah 4) 
Bahan Tumis:
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Bawang putih, bawang merah (kisar)
  • 2 sudu besar cili kisar (nak pedas boleh tambah) 
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji cili hijau besar (kisar)
  • Bawang putih dan bawang merah (hiris)

Cara-caranya:
  1. Tumis empat sekawan bersama daun kari dan bahan yang dihiris hingga wangi dan kuning.. kemdian masukkan bahan yang dikisar, tumis hingga naik bau lagi..
  2. Kemudian, masukkan cili kisar dan diikuti rempah kari.. biar sampai pecah minyak baru masukkan daging dengan air..
  3. Rebus daging (anggaran 30-40minit) dengan api kecil. Kalau tak cukup empuk, masukkan lagi air.
  4. Bila dah cukup empuk, bolehla masukkan santan dan bahan-bahan lain seperti asam keping, garam, kerisik dan gula. Kacau biar sebati.
  5. Bila santan dah mula menggelegak, masukkan kentang yang dipotong. Biarkan masak dengan menggunakan api kecil..
  6. Masak lagi hingga kentang empuk dan rasakan kuah. Siap.. tutup api.. angkat..

pppsssttt: daun selom pon jadi lah.. untuk memeriahkan gulai daging aii
aku cadang nak buat resepi ni geeeee tunggu yer<img style='border: 0; padding:0'  src='http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif' alt=';)'/>

2 ulasan:

akubiomed berkata...

Bila nak ajak bertandang ke rumah.

cahaya berkata...

ha..sy baru bercadang nak masak menu ni..

sy belum buat resepi ini lagi hee..klu dh try dua 3 kali blh ajk nghee..

dtg2..tpi ipoh jauh bro melaka ker kl ok lagi