Harini Suri teringin benar nak selongkar
google doodle. Kebetulan image yang di ketengahkan hari ini membuatkan suri tertanya-tanya siapalah yang melukis google doodle ini? Apakah maksud disebalik lukisan tersebut? Ada apa pada tema yang satu ini?
Ingin tahu ayuh beranikan diri anda membaca entri ini sampai habis nghee....

Pelukis siri google doodle summer solstice kali ini di lukis sepenuhnya oleh Artis dari Jepun iaitu Takashi Murakami.
Lakaran kartun yang beliau lakarkan ini mempunyai pelbagai serakkan warna - warni yang menarik. Aksi memek muka yang ternganga dari animasi Jepun serta, pecahan bunga entwines yang berserakkan benar-benar membuatkan hati ini tercuit.
Rasanya memang sesuai dengan tagnya hari pertama menyambut musim panas yang amat dinanti-nantikan oleh beberapa penganut yang amat menanti akan kehadirannya.
Ak..ak..ak..Suri tidak mahu menceritakan tentang bab agama, tapi suri ingin mengetengahkan maklumat tentang bagaimanakah berlakunya musim panas ini terjadi.

Musim panas ialah musim tahun yang ditakrifkan sebagai bermula dari bulan Jun sehingga bulan September di Hemisfera Utara, dan dari Disember sehingga Mac di Hemisfera Selatan. Bagaimanapun, mengikut adat kebiasaan metereologi, ia ditakrifikan sebagai tiga bulan penuh antara bulan-bulan Jun dan Ogos di Hemisfera Utara, dan antara bulan-bulan Disember dan Februari di Hemisfera Selatan.
Permulaan musim panas tak rasmi adalah sesuatu yang mengikut kelaziman. Di Ireland, ia bermula seawal 1 Mei, tetapi di banyak negara, ia dianggap bermula pada 1 Jun, walaupun terdapat juga negara-negara yang memulakannya selewat 1 Julai . Secara am, perubahan-perubahan musim berlaku lebih awal di kawasan-kawasan pantai dan oleh itu, kawasan-kawasan yang terletak berhampiran dengan lautan akan memulakan musim panas lebih awal daripada kawasan-kawasan pedalaman.

Musim panas biasanya dilihatkan sebagai musim yang mempunyai hari yang paling panjang (dan paling panas) dalam tahun, dengan waktu siangnya lebih panjang pada tahap yang berbeza-beza. Ianya berlaku apabila kecondongan paksi Bumi adalah yang paling cenderung ke arah matahari, membuat hari terpanjang di hemisfera utara.
Bagi mereka di Barat, musim dikira bermula pada ekuinoks dan solstis dari segi "astronomi". Walau bagaimanapun, oleh sebab sela musim adalah kurang daripada seperlapan tahun (kecuali berhampiran dengan kumpulan air yang besar), permulaan musim "meterologi" mendahului permulaan musim "astronomi" sebanyak kira-kira tiga minggu.

Perbezaan masa ini membuatkan takrifan "meteorologi" lebih berpusat dan simetri sekitar bahagian tahunan yang lebih panas berbanding dengan takrifan "astronomi". Kini, penggunaan takrifan "meteorologi" semakin popular, tetapi takrifan "astronomi" lebih sering digunakan dan kebanyakan orang menganggapnya sebagai "rasmi". Sebenarnya, ekuinoks and solstis bagi musim "astronomi" dikatakan secara semula jadi menjadi permulaan musim, dan masih wujud dalam kebanyakan takwim.
Di tempat-tempat yang lain, solstis dan ekuinoks menjadi tanda pertengahan, bukan permulaan musim. Umpamanya dalam astronomi Cina, musim panas bermula sekitar 6 Mei, dengan jiéqì (istilah suria) dikenali sebagai lixia (立夏), iaitu "pengasasan musim panas". Contoh penggunaan Barat adalah dalam karya William Shakespeare iaitu Mimpi Malam Panas(A Midsummer Night's Dream), sebuah drama yang berlatar malam terpendek dalam tahun tersebut, iaitu solstis musim panas.

Di bahagian-bahagian Asia Selatan dan Terengganu yang mengalami monsun, musim panas dikatakan berlaku antara Mac hingga Mei atau awal Jun, iaitu waktu terpanas dalam tahun tersebut, yang diakhiri dengan musim hujan.
Dalam kebanyakan negara, kanak-kanak bercuti sekolah ketika ini. Ada yang bermula pada pertengahan Mei, walaupun di England, sekolah kanak-kanak berusia 5-16 tamat pada pertengahan Julai.

Di Hemisfera Selatan, cuti sekolah merangkumi Krismas danTahun Baru . Cuti sekolah musim panas Australia bermula beberapa hari sebelum Krismas dan tamat pada hujung Januari hingga pertengahan Februari, iaitu tarikhnya berlainan bergantung kepada setiap negeri.
Musim panas juga adalah musim kebanyakan tumbuhan menghasilkan akan menghasilkan buah dan dan juga sayur-sayuran.