Rabu, 23 Mac 2011

Makan Malam TAIKO 2011

Salam..

Makan malam yang kedua kalinya kami pergi. Rasanya nasib tidak menyebelahi kami sebab tak dapat luck draw huu..

Apa-apa pun layan jelah gambar-gambar yang sempat suri snap ni. Masa datang sini anak-anak kecil tidak boleh do bawa sekali huu.. Anak tinggal dengan pengasuh buat sementara waktu eee..

 mencari senarai barang ..


 meniup lilin dengan straw sambil tangan kt belakang gee..


 berdua lebih baik juga nghee... dia tinggal huaa....

Isnin, 14 Mac 2011

Hadiah Untukmu

Pada hari ini lahirnya blog untuk si comel bernama http://nurummuumairah.blogspot.com/

Segalanya tentang anak dan keluarga kami..


Suka duka ada disana..

Pada yang sudi menjejak ayuh kesana ya


daaa..

Isnin, 7 Februari 2011

Fast Or Slow

Salam pagi untuk semua..

Setelah lama bercuti kini mood untuk berkeja kembali suram heee.. Bukan apa kerja tak adalah banyak mana cuma terasa bila dah lama bercuti ni nak naikkan semangat berkeja tu mungkin agak slow sedikit.

Cuba bayangkan sekiranya hari isnin ini sahabat ada satu kontrak atau presentation yang penting buat sahabat semua. Mau kelam - kelibut jugaklah harini.

 
Terus langsung tak ada terfikir nak bermalas-malas untuk hari pertama berkerja bukan. Malahan fikiran akan lebih terfokus kepada projek yang satu tu. Dalam hati dah mula berkira-kira aku mesti buat yang terbaik untuk kali ini melebihi hari-hari biasa heee..

Harini mood kawan-kawan punya posisi bagaimana pula. Adakah lebih laju dari biasa atau masih di tahap pemanasan cap enjin siput sedut lagi??

Rabu, 2 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Salam tengahari semua..

Wah!! hari ni bangun dengan rasa gembira sekali. Jalan macam itik pulang petang, tumpang lalu kat ruang tamu sambil berteriak "yahoo! harini kerja half day" nghee.. sekaliku pang kang haaa..

Si dia pulak berterika eh, bisinglah pagi buta ni apesal.. Orang nak tidur pun tak senang .. Suri pun ketawa terkeh, kekeh..dan berlalu terus ke bilik mandi :)

Masuk kerja macam biasa terus bersemangat nak kerja. Al-maklumlah dah set makanan segera dalam kepala pas habis kerja setengah harini mau pergi Ipoh, Prade pulak lalala...Si dia masaih kerja lagi sehingga jam 4.30 petang.

Hurm..
Cadangan kawan-kawan apa ya? Lupa pulak esok kita akan bercuti. Mesti banyak tempat nak pergi lepas inikan. Apapun selamat bercuti pada semua. Mana yang bercadang nak balik kampung tu Suri ucapkan selamat pergi dan selamat pulang.

Selamat menyambut tahun baru cina pada yang menganut agama budha. Terutama my bos Mr Jim hiii...mana achi bos balik dulu dari saya huuu...

Serbuk Kopi Hilangkan Daki

Salam pagi untuk semua..

Masih berkeudara disini. Tetap setia pada penulisan blog sungguhpun CINTA telah dimasukkan ke wad khas"Account Suspenden".


Pernahkah kawan-kawan menggunkan serbuk kopi  kapal api kaw sebagai salah satu langkah untuk menanggalkan daki di seluruh tubuh anda? Bunyinya pelikkan. Tapi itulah kebenarannya :)

Tahukah kawan-kawan serbuk kopi bukan sahaja mampu untuk menghilangkan daki di tubuh badan selain itu juga ia akan membuatkan kulit kita menjadi lembut.

Apakah bahan yang di perlukan?
Antara bahan yang diperlukan adalah serbuk kopi kapal api kaw.


Bagaimanakah cara penggunaan tersebut?
Cara penggunaannya dengan menggosok ia seluruh tubuh anda dan sebaiknya anda disarankan agar melakukannya sebelum mandi :)

Psst!! jika kawan-kawan ke Bali jangan lupa di sana juga turut menawarkan lulur kopi. Bukan itu sahaja malahan di luar negara juga terdapat pengeluaran sabun kopi :). Masih tidak percaya jom kita tengok gambar seperti dibawah. Tapi awas ia bukan untuk dimakan atau di buat bancuhan air ya ;)

Sumber: http://productbody.blogspot.com/2008_04_01_archive.html

Sumber: http://blisstree.com/live/diy-homemade-natural-eco-chic-soap/

Kekadang sambil buat kopi sempat gak Suri curik bau aroma kopi yang asli ni..

Selasa, 1 Februari 2011

Edisi Awal Bulan Yang Suram Tapi Bukan Datang Bulan . .

Salam semua..

Hurm ..
Malam tadi Suri bukak blog untuk melawat blog kawan-kawan tapi sayangnya keadaan benar-benar membuatkan Suri terdiam depan laptop.. Lalu terus mematikan hasrat Suri untuk terus berblog lagi.. Nampaknya niat untuk snap top komentor di cahayacinta.com tidak menjadi..  :(

Tahun lepas hampir sebulan cinta diam..
kali ini kenapa membisu kembali?
Adakah dia merajuk padaku??? Rasanya baru tahun lepas dah renew..
Kenapa.. kenapa..
Arghhhhhh!!

pose serius nie

Tidak tahu harus mengutarakan apa..
Sekadar ingin memaklumkan pada sahabat semua agar singgah sini sahaja..

Andai ada masa tinggalkan jejak website wordpress/blogspot sahabat disini dan suri akan menjejak  kembali..

Ingat jangan lupe yer, kalau lupa Suri akan gigit jari anda semua hiii.. lalalaa...


Khamis, 11 November 2010

Benar Bagai Dikata..Menguruskan Blog Bukan Satu Kerja Yang Mudah

Salam semua...

Syukur Alhamdulillah blog cahayacinta.com telah boleh di buka seperti biasa. Buat kali kedua blog ini berehat sekali lagi pada hari khamis tanggal 4/11/2010 dan kemudian tergendala semula sehingga berlanjutan pada hari selasa 9/11/2010. Subahanallah ia benar-benar menguji kesabarnku..

Nampaknya last entri yang Suri sempat post pada hari khamis yang lalu telah hilang begitu sahaja. Maka sebagai ganti entri ini dijadikan sebagai pengganti. Untuk pengetahuan semua blog ini tidak boleh di buka disebabkan masalah hosting provider. Atas sebab itu ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk pulih kembali seperti biasa.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih banyak-banyak pada semua sahabat yang sudi bertanyakan khabar blog Suri sama ada di facebook, sms, telefon dan juga ym ternyata sokongan anda semua membuatkan Suri benar-benar terharu. Dan tidak lupa juga buat insan yang belakang tabir dalam dalam mencuba membaik pulih kedua-dua blog Suri iaitu sahabat etomyam dan GH Syukri yang sudi membantu Suri semasa kedua-dua blog ini menghadapi masalah tanpa merasa jemu.

Apalah yang dapat Suri lakukan selain mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat kerana tanpa sahabat siapalah Suri untuk mendirikan sebuah blog cahaya cinta seperti ini. Sememangnya kalian semua memang sempoi!


Memandangkan semuanya sudah kembali seperti biasa maka Suri pun perlulah memberikan fokus pada Cik Cinta dahulu. Membalas komen yang masih tersisa, mengupdate blog seperti hari-hari biasa selagi termampu.

Manakala blogspot juga begitu perlu di jenguk. Komen juga masih tidak sempat di balas huaa..banyak kerja lagi nih.. Semalam dan hari ni segala entri telah Suri bawa lari masuk ke dalam perut wordpress. Semoga pembaca setia tidak miss akan hasil tulisan Suri yang tidak seberapa ni huhu..

Blog kawan satu hal nak uruskan lagi.. Tu lagi la banyak kerja. Mahu fokus 3 jam pun belum tentu semua komen akan dapat di tebas dengan sekelip mata!



Pstt!! Sesi jalan-jalan ke blog sahabat bloger akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Harap semua sahabat memahami segala gedung isi hatiku ini.