Selasa, 17 Januari 2012

Selamat Hari Lahir Sayang 17/1/2009

Salam..

Dia penyejuk..dia manis...dia juga sinar cahaya..






Semoga menjadi anak yang patuh pada perintah agama dan taat pada kedua ibu bapa.Amin.

Jumaat, 13 Januari 2012

Syok Tido Time Bos Tiada..

Salam..

Hari ini Suri kurang sihat. Cam tidak seronok jer nak jalan2 Kesana-sini. Tapi setakat ini jalan je mana yang mampu di jejaki heee. Tapi pas makan tengahari sempat gak tidur seketika. Bila reda makan ubat baru ada motivasi nak bangun dan solat zohor huhuhu..



Mujur bosnya masuk jam 11 pagi tadi kira masih ada ruang dalam fikiran boleh tidur lama sedikit hee.. Tidak mengapa sebab besok cuti maka bolehlah jalan2 ke blog kawan-kawan kata Suri dalan hati.

Selamat berhujung minggu semua.

Khamis, 12 Januari 2012

Bila Hujan..

Salam..

Sejak dari pagi Suri minum air kosong yang dibawa dari rumah. Rasanya tekak dahaga sangat. Sudah menjadi kebiasaan bila minum air mesti akan masuk keluar tandas hiii. Tapi harini lain kisah. Bila turun bawah teman kawan beli mee goreng baru sedar hujan turun rupanya hiiii..

Teruk! hujan turun tidak sedar kata suri dalam hati. Tapi kalu petirnya berdomtom kuat barulah rasa bunyinya menebusi lobang telingku.




..Bila hujan para peniaga akan merungut nampaknya rezeki hari ini sedikit kencang.

..Bila tukang kebun menguruskan kebunya berekar, yang mengusahakan tanaman dalam skala yang kecil mengutip syukur. Katanya "molek benar hujan jadi tidak perlulah aku keluar rumah untuk menyiram pokok dan tumbuhan di luar sana tu. Air pun dapat di jimatkan."

..Bila anak kesekolah. Anak pula rengek nak bangun sikit punya susah heee.. Katanya alah ayah hari ini datang lambat tidak mengapa sebab cikgu tahu asal hujan boleh masuk kelas dah lambat sikit. Cit! Ini adalah petanda anak-anak banyak cipta alasan or malas nak datang sekolah? hiii..

..Bila golongan sederhana berkata hujan. Itu bermakna atap mereka sudah bocor di limpahi denai air bertitik-titik membasahi lantai rumah..

..Bila hujan meneggelamkan sebahagian rumah setinggan..kedai-kedia runcit semua orang mulai susah hati tika memikirkan ganti rugi yang bakal di ganti..baiki mana yang rosak di congak sudahlah pasti.



Kehadiran hujan sering kali di persalahkan. Ada juga kedatangan ia tidak di sukai. Malahan paling kurang merasai nikmat ini yang harus dilitupi dengan perasaan kasih padaNYA hatta syukur di dasar hati jauh sekali.


Setiap yang turun ada rezekinya, begitu juga setiap yang kemarau ada sebabnya. Begitulah kehidupan terkadang apa yang kita inginkan tidak semuanya menjadi tapi apa yang kita buat haruslah berlandaskan hati yang bersih..tanpa banyak bicara tapi melakukannya dengan penuh tawaduk. Insyallah segala bakal kita harung akan di permudahkan olehNYA. Amin.

Rabu, 11 Januari 2012

Jemu..Mengapa Engkau Jemu

Salam..

Terima kasih sangat-sangat pada yang sudi menjegah blog yang tidak seberapa ini. Hurm.. hari ini Suri tidak membawa bekal. Tapi hajat anak tekak nak makan masakan orang lain pula. Apa deh beli lauk dan kemudian tapau makan kat pejabatlah maknanya tu heee...

Bila terbiasa beli lauk kat mak cik ni tetiba pula anak tekak mintak di hidang dengan menu yang lain pula. Suri mulalah membuat pesanan nasi goreng cina satu!

Kawan sebelah pejabat ini cakap hai..asal pulak makan tengahari dengan menu bernasi goereng ni? Suri gelak2 malu..


Alah dah selalu makan benda yang sama rasa jemulah pulak.. Dia menoleh Suri katanya ye juga hari-hari lauk yang sama menu yg sama memanglah serasa bosan. Sesekali tukar citarasa makanan or minuman tak salah hee...





Suri bisik2 jangan tukar macam2 sudahlah ye hik..hik...(tawa 2 mak dara cuba mengawal riak)


TAPI..
klu hang yang dah kwin tu rasa jemu pada pasangan dan nak cari nahas memanglah Suri tak galakkan sama sekali hee.. Bagi pandanga suri jika jemu baik kita tukar pada revolusi yang baru.

Jika masakan sama apa kata kita tukar sesekali menu yang lain dari yang lain.

Begitu juga cara penampilan kita kalau kita selalu sama je sepanjang tahu orang yang memandang pun jemu hee..silap hari kita nak poteng keje orang pun kenal yang berbaju merah belang tu seluar hitam tu mesti si Ahmad!

Jemu memang boleh kata cepat bosan ada masa buat keadaan tambah suram terutama dari segi kerjaya, jati diri..rumahtangga. Jadi carilah cara yang terbaik untuk atasi jemu anda sebelum perasaan jemu makan diri heee..

Selasa, 10 Januari 2012

Rindu..Pada Blogspot..

Salam..
Masa sengkang banyak sangat hari ni hee. Maka update blog blh rempit di sini.. Cuma blog anak tak sempat nak mengomel hee..

Tunggu punya tunggu banyak dairy dia yang terlepas nak update aduh...



Minggu lepas balik ke melaka. Alahai pi urut badan kejap sebab tahun lepas ada jatuh kat bilik air. Itupun dah lama jatuh baru nak pi urut. Bila dah pi berurut rasa badan lega pula hahaia....Tak tahu kenapa nak rasa urut sebab rasanya takut badan terseliuh kot hee...

Erk.mujur murah sekli urut di cas rm 20.oo hee oklah tu. Kalu hari-hari urut aku mau haaaa..

Korang pernah berurut? urut kaki lain cerita ini urut satu badan time jatuh ke..heee..

Selasa, 3 Januari 2012

Gara-gara minyak wangi

Salam..
hari sempat update blog walau sibuk tapi dapat curi masa sikt jadilah kat blog cinta. Pagi rasa ok tapi waktu tengahari pening2 rasa pitam heee..

Gara-gara semburan minyak wangi agak bau terllu kuat, terus pening kepala sampai ke petang.
*Kerana hal itu suri tidak dapat berjalan ke rumah blog kawan2.

*Kerja pejabat tidak dapat disiapkan. Mujur ada satu je tak banyak. Urm..nampaknya besok pagi pas sarapan kena buat cam lipas kudung haaaa

*Dua kali suri tertidur di pejabat tengahari dan lepas solat zohor huhu...


Wah memang frust sekali tapi tak mengapalah esok masih ada.

pst..mmg dari dulu tak blh pakai myk wangi nak pakai setitik dua blh jer. Tapi deodart tinggal paras sesak tu yg pakai myk sembur huhu..

Isnin, 2 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Salam..
Tahun baru malam itu Suri dan keluarga tidak kemana-mana sebab memikirkan pasti jalan sesak dengan orang ramai huhu. Bawa anak lagi lecehkan heeee..

Bukan Suri jenis tidak suka bawak anak ke sana sini tapi Suri pening tengok orang ramai-ramai panas, kerumun eii..



Tapi esokkan suri bawak anak ke gunung lang tapi sayangnya bot nak ke taman seberang sana rosak huhu..Ikutkan kami sudah datang ke sini sebanyak 2 kali tapi kedatangan yang pertama tu kami cuma pusing-pusing sekitar parking jer..tapi tulah tak sangka kedua kali datang jadi begini.

Dan balik kami terus pulang rumah huhu..

Tahun baru sahabat pergi kemana?