Selasa, 11 Oktober 2011

Tahu Atau Sengaja Buat Bodoh?

Salam pada yang sudi datang..

Erk kemungkinan ini adalah entri berunsur GERAM! KESAL! MALU! mana aku nak letak air muka..?

Suri selalu singgah di gerai kaki lima untuk membeli beberapa kepinggan potongan buah-buahan tempatan sebagai pencucui mulut setelah selesai makan tengahari atau singgah di seven eleven membeli kudapan petang.

Tapi apa yang amat menyedihkan hati Suri ramai pembeli itu datangnya dari orang islam? Apa yang islam tu Suri? Apa kait mengai dengan buah-buahan..

Pelik atau tidak belajar agama?
Kenapa mereka tidak membeli potongan buah-buahan di gerai orang melayu..islam. Ini pi beli makanan buah-buahan di gerai cina apa pasal? Harga tetap sama tau tak.


Adakah mereka lupa akan apa yang mereka sentuh, mereka kupas tidak pakai sarung tangan plastik, kebersihan, halal haram percampuran peralatan barang & buah-buahan. Sebenarnya pelbagai persoalan di minda Suri saat Suri mula bekerja di sini. Hati nak tegur tapi siapa kita? Suri yang memandang mereka membeli makan di situ melihat dengan penuh rasa MELUAT! dan sabar di hati.

Tidak terdetikkah di kotak kepala sewaktu membeli makan tersebut? atau lupa pada ajaran Islam itu sendiri atau buat-buat lupa? atau dah jadi bodoh sangat sampai tahap darurat kalian membeli di sana? Ah pelik ar manusia sekarang ini..


Adalah Satu gerai agak popular area Ipoh. Tahu tak siapa yang buat air tu? Cina. Oklah pi minum kalau nak minuman bertin tapi masalahnya juga ada antara kita kaum melayu pi oder air laici kang. Sini ipoh dema letak telur puyuh.. gerrrr


Isnin, 10 Oktober 2011

Tolonglah Pergi...

Salam hari isnin..

Mood nak berblog sedikit suram setelah lama tidak update blog sana, sini dan sinun huuu..

Manakan tidaknya petang Jumaat selesai bekerja Suri ikut suami outstation di Kuala Lumpur huhuhu.. Minggu lepas tidak dapat bawa anak bersama-sama sebab anak kurang sihat. Suri cuma bawa di pusing-pusing dari taman perumaha ke taman perumahan yang lain jer huuu.. Sesekali berbasikal hujung minggu bersama anak best gak. Tapi terkadang bila hujung minggu duduk rumah kesianlah pula tengok dia nak main di luar huhu.. Tu yang minggu sabtu dan ahad ajak dia KL skli heee..

Buat masa ini fikiran sedikit buntu dengan masalah blog. Terutama malaware. Suri sudah call pihak hosting tu pagi tadi dan berharap dia dapat selesaikan masalah tu dengan segara. Bukan apa bila nak berblog jer tetiba dapat pula pesana dari kotak komen cakap blog Suri ada malaware =(

Suri rasa nak berblog treos down.

Kiranya bolehlah ar di katakan merajuk bila blog still ada virus. Nak layan blog lama-lama rasa tesion.. Besok pagi Suri akan call hosting buat kali kedua itupun jika ada bloger kata still ada malaware lgi. Kalau dah clear maka tak perlulah Suri call mereka lagi.

Terima kasih pada yang beri maklumat pada Suri melalaui emai, facebook dan kotak komen. Tanpa kalian mungkin Suri tidak tahu masalah ini muncul lagi.

Dugaan...oh dugaan...

Khamis, 6 Oktober 2011

Yong Tau Foo

Erk betul ke salah ejaan Suri tu?

Wah punyalah lama menunggu nak makan benda alah ini abur malam tadi dapat. Itu pun bersebab erm..suami balik petang semalam dapat gak membelasah yong taufu sampi kekeyangan bersamaan dengan air neslo ais heee..

Syukur nikmat sungguh menikmatinya heee..

Kali ini certa pasal makan jer, kuah pedas tapi boleh ar tahan dari tak dapat makan langsung payah gak hee..

Mari buat Yong Tau Foo sendiri...

YONG TAU FOO


Bahan-bahan untu sos :
  • 10 tangkai cili kering - dibuang biji
  • 1 sb minyak masak
  • 25g kurosato / gula melaka
  • 1/2 sk gula
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb oyster sauce (E-na tambah)
  • 1/2 sk cuka (E-na tambah)
  • 450ml air
  • 2 cm belacan (E-na letak, xde stok)
  • 1 1/2 sb tepung jagung dibancuh dgn 50ml air (tepung gandum boleh juga)
  • 1/2 sb bijan goreng
  • Ajinomoto ( optional )

Cara membuatnya :
  1. Panaskan minyak. Dengan api yang kecil, goreng cili kering lebih kurang 1- 2 minit.
  2. Setelah garing, (awas jgn sampai hangit nanti pahit) angkat dan tumbuk sehingga hancur.
  3. Masukkan 50ml air ke dalam cili yg telah ditumbuk tadi, kacau.
  4. Di dalam periuk, didihkan air bersama kurosato/ gula melaka.
  5. Masukkan cili yang telah di campur air tadi, belacan, cuka, oyster, gula, garam dan ajinomoto.
  6. Biarkan mendidih supaya cili kering masak.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  8. Rasakan seimbang pedas, manis dan masin.
  9. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan :
  • chikuwa
  • kani
  • fishball
  • fish cake
  • gobo
  • yasai
  • kangkung
  • capsicum
Resepi ini di ambil dari blog: http://e-nalovelykitchen.blogspot.com. Insyallah cuti ini boleh buat dan tepek kat blog hee...

Rabu, 5 Oktober 2011

Meluatnya Bercakap Dengan Orang Yang Berlagak

Petang semalam kawan bos Mr Yoh ada menunggu salinan fax dipejabat Suri. Lama tunggu tapi tidak kunjung tiba. Jam 3 petang fax di terima. Tapi sayang salinan yang dihantar ditak jelas atau senang cerita kabur.

Suri perlu tanggungjwab bila keadaan begini berlaku sebab suri je sorang pekeje kat sini huhu. Jadi Suri ambil keputusan untuk call no yang tertera di lampiran fax tersebut. Suri cakaplah ini syarikat blh..blh.. Cik ada fax kat kami dokumen penistiharaan jualan atas nama plaintif OCBC Bank dan nama defendan blh... siap bagi detail lagi supaya senang Cik tu nak buat semakan.

Bukan ini no Cik, dia kata kat Suri. Kenapa pula Suri bertanya. Cik call ini nombor cawangan. Pastu Suri cakap ok tak mengapalah habis tu saya nak call siapa ya? Cik yang tu cakap baik terus call no hp 013-blh..blh.. Suri matikan cakap ok.tq.

Suri call no 013-blh..blh...
Suri pun cakap sama seperti diatas,

Tiba-tiba Suri dimarahi. Dia india boleh cakap you ni tiba-tiba call i kenapa? Suri jawab sebab saya syarikat hartanah saya ingin tahu En ke yang fax jualan ini pada saya.

i tak tahu apa-apa? You ini cakap apa? Apa sal you call i?
Tadi saya call cawangan dia kata dail no hp ini. Tu yg saya call en. Saya cakap pasal hartanah nilah En ada hantar ke? Kalu encik ada hantar saya minta En faxkan semula pada syarikat saya kembali.


You ini orang malaya ya? orang MELAYU?
Aik main kasae ar pulak. Dalam hati Suri geram setahu aku ar kau tu pelelong biasa-biasa jer asal ar nak berlagak cam raja pulak. Tak boleh jawab baik-baik ker.

Haa saya orang melayu kenapa? kata Suri.

You haa orang melayu kalau apa-apa yang tak clear jangan call sayalah. Ini main tuduh-tuduh saya hantar apa semua.

Eii..dalam hati Suri cakap saya tak tuduh ko mangkuk gerr..saya hanya bertanya baik-baik. Kalu en ada hantar fax pada saya tolonglah fax kembali ya tu jer. Yang ko nak baran-baran pasal apa?

Sabar..sabarlah hati manusia sekarang memang tiada adab. Dan lebih begang lagi bila Suri berurusan dengan peguam india berlagak nak mam... kita cakap elok-elok dia boleh tinggi suara kat kita. Kita tahu kita ini kuli gaji tak tinggi tapi tolonglah hormat orang bawahan sikit. Ingat kalau orang bawah tak der ko pun buat kerja macam itik baru belajar berjalan itu belum tentu lepas lagi ke idak.

Balik.. dalam bas Suri beristifar banyak-banyak. Bukan ke bahasa yang baik tu buat orang nak dekat dengan kita lagi mudah. Nak minta pertolongan pun orang akan mudah lakukan kerja kita. Isyh..tak paham orang sekarang ini..

Last tu Suri terus letak ganggang. Lantaklah ko nak ceramah pasal melayu ker apa. Macam betul sangat kita jawab sikit dia marah-marah dan bising2 jer lebih..

Selasa, 4 Oktober 2011

Manusia Yang Tidak Bertanggungjawab

Salam..

Uh kepenatan yang amat sangat. Rasa kalu bangun nak pitam mata dibuatnya..

Wahai manusia mengapalah dikau menyukarkan kehidupan orang lain sungguhpun itu adalah tanggungjawabmu..kerjamu mengambil orang bekerja ke tempat mereka mencari rezeki..

Ada orang atau tidak sepatutnya kau lalu sahaja masuk taman perumahan itu. Ini tidak lalu langsung. Mujur ada bas yang baru datang katanya baru dua kali masuk sini. Suri pun pelik bas jam 6.30 pg ada, tapi mana bas jam 8.00 atau 8.30 pagi?

Penat..
Tunggu lagi bas kedua pun begitu hari ini sampi pejabat jam 9.30 pagi..

Kejamnya manusia itu sebab menyusahkan kehidupan orang awam. Bukan Suri sahaja yang sering tunggun bas lambat masuk malah ramai lagi. Boleh kata semua orang angin kalau tunggu bas. Ada tu tunggun bas jam 6.30pagi bas tak muncul-muncul last pukul 9.00 pagi baru datang. Tak ke sakit hati namanya tu..

Isnin, 3 Oktober 2011

Hujan Turun Tanda Rahmat Baginya

Salam..

Hey kawan pagi ini hujan turun lebat sekali. Suri seawal jam 6 sudah bangun siap solat dan sarapan pagi. Kejutkan anak terlihat dia sedang enak dilamun mimpi. Hati ibu ingin mengusik tidak terjamah lagi. Sambil membancuh susu sambil termenung beginilah rutin harian agaknya masa mak ayah menjaga kita ek hee..

Selesai menyuap susu pada bibir anak sempat tukar lampin kain moden dia. Gembira hati bila barang yang si anak pakai tersemat kemas pada punggugnya. Walaupun mahal rasa berbaloi sebab hasil dari titik peluh sendiri. Nak harapkan suami tidak sebab suri lebih suka usaha sendiri. Kalau nak simpan duit sendiri. Tapi kalau bab nak mintak dia tambah sikti2 boleh jer haa..

Hee seksi ar anak Suri

Selak tirai jendela hujan lagi maka terpaksalah call pengasuh. Ikutkan tidak mahu menyusahkan dia hee.. Tapi sanggupkah anda melihat anak demam kembali? Sudahlah susah nak bagi makan ubat ni nak hadap hujan lagi?? oh tidak biar suri demam lagi tak pe tapi jangan anak huu..

Hikamhnya hujan permudahkan perjalana suri menaiki bas. Mujur sampai bus stop bas ada. Sampailah ke pekan dan akhir distinasi ke pejabat.

Terima kasih hujan terima kasih payung kerna melindungiku yg kerdil ini..

Ahad, 2 Oktober 2011

Suka Duka Kehidupanku

Salam..
Hari ahad hari last untuk berehat. Pagi ini bercadang untuk bawa anak jalan-jalan sekitar taman menaiki basikal hee.. Tak janji sebab takut terlajak je gara-gara malam tadi makan ubat batuk haaa..

Hari isnin 3/10/2011-6/10/2011 adalah hari yang amat meletihkan. Sebab pagi itu Suri akan menaiki basikal hantar anak ke rumah pengasuh. Kemudian pengasuh akan hantar Suri menaiki motornya pula. Kenalah tunggu bas kat depan perumahan pengasuh huhu. Kalau sekitar jam 7 ada masa kira nasib baik, klu tak ada bas mesti akan menginjak ke jam 8 pagi huuhuhuu..

Dah sampai pekan kena tukar bas lagi. Itupun makan masa 20 ke 30 minit. Bas yang kedua inilah yang akan membawa suri ke tempat bekerja. Baliknya pula begtu jua kena naik 2 biji bas bertukar ganti.

Biasanya sampai bus stop taman rumah pengasuh, suri akan tunggu pengasuh datang ambil. Kemudian ambil anak dan kayuh basikal sampai rumah. Selalu sampi rumah jam 7 lebih.

Apa nak buat jika suami ada kerja kat luar huhu kena redha. Nak beli kenderaan pun kurang mampu huhu.Mujur ada basikal banyak jua ia berbakti pada tuannya..

Dulu ada tumpang jiran kat depan sllu ok jer skrg dah tak ok tu yang beli basikal. Susahkan bila kita berudi bahasa dengan orang ,,orang buat bodoh jer..

Dalam hati berkata mungkin dia tak senang bila suri tumpang kereta kancil dia. Sebab sebelum ini ok jer.. Entahlah yg penting sekarang dengan jiran tu dah ok ..cuma senyum dan tegur angkat tangan sahaja..

kata mak hidup merantau kena bijak bawa diri, kalau taj susah kita..kata2 tu masih terngian di minda Suri.