Selasa, 28 Januari 2014

Lamaran Dari Baju Rela Atau Tidak

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Nampak hari ini aku terlalu rajin-rajinlah sangat sebab apa tidaklah dapat aku pastikan. 

Padahal bab nak membasuh baju selalunya hanya merangkap hari khamis (sebab berada tengah-tengah hari dalam seminggu). Tak pun paling teruk hari rabu dan jumaat kalau badan sihatlah. 

Ker ada yang tahap pemalas sehingga tidak membasuh baju selama minggu? wahh...biar betul kau orang..!!

Macam tu pun boleh ke.


Oh teruknya patulah bil api tak pernah cecah ratus-ratus untuk sebulan adoi...Tak jugalah aku sering membasuh pakaian bila:-

  • Anak muntah- Waktu dia demam, lepas dia makan pastu dia main linjang sana-sani terus dia akan uwek. Makanya selalu bila muntah selalu tak menyempat tang pengelap tuala kaki jugalah akan menjadi mangsanya sejak azali.

  • Bila rasa baju yang sedap dan tahap selesa aku pakai tu tiada dalam setok almari makanya aku akan basuh dengan segera.

  • Balik bercuti dari Melaka atau Ipoh mali wajib basuh baju. Selalu aku akan biasakan membasuh baju bila sampai di rumah. Asingkan baju anak dengan kami, sumbat, sedut air dan kasi putau heeee..Kerja ini memang wajib "update" segera sebab aku tahu esok baju ini kalau tak basuh dia akan jadi macam lagu bertengkek-tengek haaaa..

  • Bila dapat surat notis dari abang ker sah dia akan kata sebelum sehari lagi kita akan balik kampung. Amik ko semua baju aku basuh sebab rata-rata aku akan tengok seluar panjang, kemeja panjang, baju muslimah panjang. Maknanya kalau semua tak ada dalam almari sah le pagi itu aku akan gunakan khidmat mesin basuh. 

  • Bila aku banyak habiskan masa duduk di "bilik conteng-conteng" belakang. Makanya bila selalu keluar masuk bilik ini mata automatik akan jadi rimas. Sah segala baju akanku basuh.Time tak menentu terkadang orang sedap tidur jam dua belas tengah malam ker dua pagi ker aku still buat bising dengan mesin bajuku. Sampaikan hati tak kisah asal aku bahagia. Bukan kau yang nak nolong aku haaa.

Susah sungguh bila lamaran dari baju untuk hatiku menolak dengan kejam....makanya Aku relakan sahaja

Sungguh aku tak rajinkan. Tapi masa aku berkerja selau malam jumaat tu aku cuci baju sekarang time telah berubah. Ikut sukalah asal rajin je macam ni mulalah basuh ajaib bila anak "setat action" mula mesin dok mutau jeh.

Apa nak kata inilah sebahagian asam garam perempuan dan cabin bajunya. Kalau tiada tukang basuh ini sapalah nak harapkan lagi.

Eek,
Abang..tahu jer baju sudah penuh dalam bakul dia segera angkat bawa ke depan.. rasa tetiba pula nak pengsan. Suruh dia ampaikan. Tapi trcik selau tak menjadi kata seseorang..

Nak trick dari suri juga??  "say saya nak" maka entri ini akan di majukan untuk part kedua.

Tiada ulasan: