Isnin, 4 Julai 2011

Menuntut Keadilan

Seorang wanita dari keluarga Juhainah yang telah hamil kerana berzina, mengadap Rasulullah s.a.w. menuntut dirinya dihukum.

Dia mengadu, "Wahai nabi Allah, aku telah melakukan satu perbuatan yang harus dihukum.
Laksanakanlah hukuman itu ke atasku"

Baginda pun memanggil ahli keluarga wanita itu dan meminta mereka menjaga wanita itu sehingga dia selamat melahirkan anaknya. Setelah selamat melahirkan anaknya, wanita itu kembali kepada Rasulullah s.a.w. dan menuntut supaya dia dihukum.

Apabila wanita itu meninggal dunia kerana hukuman rejam yang dikenakan ke atasnya, baginda menyembahyangkan jenazahnya.

Sayidina Umar bin al-Khattab bertanya,

"Apakah engkau menyembahyangkannya sedangkan dia telah berbuat zina?"

Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Seandainya taubat wanita itu dibahagi-bahagikan kepada tujuh puluh orang penduduk Madinah, ia masih belum mencukupi.

Pernahkan kamu menemui taubat yang lebih baik berbanding taubat wanita ini? Dengan jujur dia menyerahkan dirinya supaya dilaksanakan hukuman Allah ke atasnya".

Sumber Majalah Anis 2001

5 ulasan:

tengkorakemas berkata...

seperti kata imam Ghazali, bencilah dosa yg dilakukan, jangan benci org yang melakukannya..

cahaya berkata...

ya, selagi kita mahu taubat pintu tu pasti terbuka untuk org yg benar2 ingin menuju sinar cahaya imannya..

Nik Thoha berkata...

Pintu taubat sentiasa terbuka bagi hamba2Nya yang benar2 menyesal atas dosa2 yang telah dilakukan..

tehr berkata...

ikhlas
semuanya berpunca dari sifat ikhlas kepadaNYA

nizamghazi berkata...

Ya Allah, terasa diri ini terlalu banyak dosa. Berharap diri ini akan sentiasa meningati Allah dan selalu bertaubat. Artikel yg benar2 memberi kesan.