Salam pada sesiapa jua yang sudi menjegah ke blog peribadi Love hari ini. Semalam Love dah merancang untuk pergi ke Bangunan Persekutun di Ipoh, untuk meminta cop pengesahan sijil dan diploma Love. Love nak dapatkan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA.
Tapi sayangnya semua pegawai disana sedang menjalani meeting. Sebahagiannya pula berkursus. Aduh macam mana nak buat ni yer? Mati akal Love di buatnya. Tempoh masa sudah hampir dekat ni. 7 hari masa yang diberi dan tamat tempoh pula pada hari selasa minggu depan.
Okey..okey tak pelah apa nak buat dah memang tak ada rezeki hari ini agaknya. Mungkin hari isnin minggu depan Love akan menapak kaki ke sana lagi..huhu..
Aduh..duh, duh, duh, duh, pinjaman..harap-harap Love akan dapat menyelesaiakn hutang tersebut dengan seberapa segera yang mungkin.
kata orang nak habiskan duit senang sahaja. Tapi kalu nak membayarnya semula memang satu perkara yang LIAT dan sukar. Betuk ke? huhu..pendapat korang macan mana pula yer??
4 ulasan:
hehe
kalo de seribu dalam tangan, sekelip mata boleh "hilang" nak dapat balik even sesen pon punyelah payah :)
salam huda..
benar tu tapi sekarang gaji banyak mana pun tak cukupkan..tolak iti ni dah tinggal berapa jer sangat..
apapun tiap2 bulan memang suri kena asingkan duit tak banyak tapi 100 juga le utk mara..huhu
Salam Suri...takpe la...susah2 dulu...senang kemudian...kalau dah habis byr nanti kan hati kita lebih tenang..semoga Allah permudahkan tiap urusan.
salam miss mirror..
harap2 begtulah kak..huhu..dalam tahun ni habislah dia..kalu dok hati rasa macam tak tenteram sahaja..huhu..
nak beli itu ini terus automatik fikiran akan terbayangkan pinjaman mara.
Catat Ulasan