Khamis, 28 November 2013

Hatiku Tak Segebuh Yang Di Harapkan

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aku rasa rindu sangat -sangat pada entri lama sekitar awal berblog dari hujung tahun 2009 sehingga pertengahan tahun 2013. Benda aku usahakan dari dulu kini masih tergantung.

Entahlah..
Pelbagai keadaan aku lalui, di marah, orang tak suka, herdik, kacau waktu orang kerja.. tutup rasa malu semata-mata nak dapatkan backup lama aku tebalkan muka. Namun segala usaha itu sia-sia belaka.

Aku..
tak mampu bergenag air mata hanya aku mampu berdoa, buat suport tiket, tewet mereka itu berkali-kali itu sahaja yang aku hanya mampu lakukan. Terkadang aku di palu rasa pilu sehingga memikirkaan bilakah rasa dan persoalan ini akan terjawab..

Kata orang..
kamu harus redha dengan apa yang berlaku dan buat blog baru sahaja sebab kamu sudah ada pengikut. Tapi adakah rasa kepuasan itu berbaloi semasa anda berblogging? bagi aku tidak. Benda yang kalian buat bertahun -tahun kemudian berharapa penjejak maya akan dapat manfaat dari tulisan kita seperti kita menipu mereka. 

Ya. cuba anda cari gambar "masalah gegata" lepas tu orang akan jumpa entri atau gambar anda bertajuk gegata lepas depa klik depa di bawa ke halaman anda dan akan diberi kata entri itu tak wujud, padahal benda tu tergantung pada hosting lama. Tak terasa benda tu menipu ke walaupun pada dasarnya kita tak berniat dan bekehendak...

Sungguh rasa tak selesa dengan kejadian penjejak yang mencari maklumt tapi tak di temui, sedihkan sebab  kita tidak dapat membantu dan menyelesaikan masalah mereka.

Bukan mudah
jadi blogger hanya ada blog lakar cerita peribadai, maklumat, gaya tersendiri mungkin kalau setakat melepaskan batuk di tangga itu mungkin satu kerja yang sia-sia jika kita berblog tapi tak ada tujuan sungguh rugikan. Jadinya dekat ini aku mengerti apa itu blog.

Saat ini..
masih mengharapkan sebuah kebaikan, penyelesaian backup akan berakhir. Umpana harta kata seorang blogger. Entri maklumat aku lebih sayangkan dari entri kraf , pengalaman lebih menusuk jiwa.

Pada sesiapa yang membaca entriku ini aku memohon kalian berdoa agar backup blogku yang lama dapatlah kiranya di selamatkan. Sesungguhnya aku tidak tahu ceruk mana lagi harus aku usahakan untuk mendapatkannya semula. Kias air mata aku tak mampu luluhkan kerana aku telah penat terlampau..

Andai ada yang sudi membantu untuk aku dapatkan kembali backup itu serius aku terharu sangat-sangat. Moga ilmu baik dalam backup itu dia akan terus mendapat pahala dariNYA.

Rabu, 27 November 2013

feel gooD

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Tiada cerita cuma rasa mau lipat baju dan layan novel sementara tunggu azan asar berkumandang.



hurm..

ada sesuatu yang sedang saya tunggu oh tak sabar sungguh hee..nanti saya sharekan cini ok :)

..yang duduk atas kerusi empuk pejabat tu jangan marah hee..yang bosan tu layan fb tapi layan fb yang ada pesanan unsur cerita agama ok juga..

p/s: dalam hati berharap masa lipat baju akan ada idea mampir untuk blog tu hii..

Selasa, 26 November 2013

599 Pinjam bahu sekejap..

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Aish..
Mood sedia ada  atas puncahk kini down..

Saya masih gagal untuk kekalkan mood berblog walaupun entri sudah bersusun. Mungkin perlukan rehat barangkali. Sesak nafas turun naik dok memetir jaga anak tunggu dia tidur, kita solat baru aman sikit nak kemas ruang tamu..



Pinjam bahu sekejap..
Dia pula tiada bahu sapa pula yang nak pinjam. Mahu bahu a.k.a buku novel setebal 599 muka surat?

Note saya baru lepas geram buat bunga felt warna merah tapi begitu malas nak muat naik ahaks tunggulah besok ok.

Laman mana nak ikut ..antara salah satu blog itulah.

Isnin, 25 November 2013

360 Darjah Asas Teknik Menjahit Baju Kurung Sekolah Budak


Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Membasuh baju, memasak, menyiram pokok bunga, update blog, potong pola jubah kembang payung, Asas Teknik menjahit baju kurung sekolah budak semua dalam loading 320 darjah! Kau bisa?

Asas Teknik menjahit baju kurung sekolah budak pun boleh buat jugalah untuk budak sekolah nak sekolah tahun depan. Lepas itu boleh sekali harung patong kain baju kurung moden sendiri sekali jalan jer.

Asas Teknik Menjahit Baju Kurung Sekolah Budak

Katakan Alhamdulillah apabila kita mampu asas teknik menjahit baju kurung sekolah budak, lakukan tugasan lain sebab keranaNYA kita mampu lakukan kerja-kerja dengan sebaik yang boleh.

Terbitan modul baju kurung yang terbaik dan terangkat boleh dapat lebih lanjut ------------------> sini
Rezeki saya di sini

p/s: Tiada lebih bernilai dari hasil kerja sendiri itu lebih menggembirakan.

Sabtu, 23 November 2013

5 Kesalahan Program Bakar Lemak Dengan Pantas

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Ada yang beranggapan apabila kita berdiet maka kita perlu ikut keupayaan tubuh badan itu sendiri. Tetapi kita lupa bahawa jika kita terlalu mengikut kemalasan kelak diet yang sedang berlansung di khuatiri  tidak menjadi dan hanya sekadar melepas batuk di tangga. Berikut senaraikan 5 kesalahan program bakar lemak dengan pantas moga target yang kita capai akan berjaya!


Mengambil ubat-ubatan
Untuk menurunkan berat badan yang ideal kita tidak di galakkan mengambil sebarang ubat-ubatan yang menjanjikan ia boleh turun dengan cepat. Ingatlah perubahan yang akan anda ambil mungkin sementara waktu sahaja malah keadaan akan lebih buruk sekiranya ia boleh mempengaruhi kesihatan dan sistem pertahanan badan. Sayangilah tubuh badan bagai vitagen!

Bersenam
Jika anda tidak melakukan gerak senaman selama tiga puluh minit setiap hari ataupun sekurang-kurangnya semiggu dua kali. Tahukah anda senaman yang tidak di lakukan secara disiplin ini akan mampu mempengaruhi pola makanan anda menjadi tidak terurus. Ya, cuba bayangkan berapa banyak makanan dan minuman yang telah anda hadami akan tetapi tiada satupun proses penyahpeluhan pembuangan lemak yang berjaya di keluarkan dari tubuh secara tidak langsung akan menambahkan berat badan dari semasa ke semasa. Jadi jangan malas woho...

Sarapan pagi
Antara salah satu menu yang wajib yang perlu anda ambil dan lakukan setiap pagi. Awas jika anda ketinggalan mengambil sarapan pagi kesalahan program bakar lemak dengan pantas tidak akan berjaya sebaliknya anda akan mudah berasa lapar berlipat kali ganda apabila anda ingin makan pada waktu tengahari.

Sedap dan warna - warni lagi

Makan diluar
Elakkan makan diluar jika anda katakan anda sedang alami diet program bakar lemak dengan pantas. Tahukah anda makan di luar lebih mendedahkan anda kepada pengambilan kalori yang banyak. Tanpa anda sedar kelazatan yang anda rasai akan buat anda rasa gembira tetapi akhirnya sedikit sebanyak diet anda semakin terjejas. Saat itu untuk anda menyesal tidak berguna lagi.

Emosi.
Elakkan makan didalam keadaan anda sedang beremosi. Tahukah anda makanan berserta emosi agak sukar berhenti ia ibarat selagi anda tidak puas menagis anda akan menagis bila keadaan merasa puas anda akan berhenti. Jadi awaslah jangan terlalu ikut perasaan dan cuba tenangkan diri dengan bersenam, berlari atau mungkin berjumpa kawan cara ini boleh mengawal perasaan anda.

5 kesalahan program bakar lemak dengan pantas perlu di laksanakan dengan semangat yang kental katakan ya dan anda mampu lakukannya. Dapatkan maklumat lanjut di -------------> sini

p/s: Nak diet bukan kata hari ini, dua bulan akan datang sahaja tapi mesti lakukan hari-hari. Hati mesti keras!

Rabu, 20 November 2013

Love Merah

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku

Hari adalah hari paling best sebab dapat belajar sesuatu secara online. Semoga semua akan berjalan seperti biasa. Doakan agar tahun 2014 suri dan blog-blog lain akan dapat pergi jauh.



Moga urusanku di permudahkan..

Selasa, 19 November 2013

Hari Gradusi Tadika Qistina Iman 2013

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.

Sorotan kisah hari gradusi 2013 untuk anakku yang tersayang. Semoga dia akan lebih usaha dan berjaya pada masa-masa akan datang.

Doa ibu akan sentiasa mekar untukmu sayang. Moga kamu akan jadi anak yang di senangi dunia yang penuh cabaran dna dugaan ini. Moga Tuhan akan melapangkan pintu rezekimu, sihat sejahteralah kamu untuk beramal dunia lantas bawa ke akhirat. jadilah anak yang soleh moga kamu akan membawakan kami segulung ijazah doa tanpa jemu untuk kami di sana nanti.Amin.


Di tersenyum sebab teruja nak dapat hadiah ;)




muka penuh pentas graduasi 2014

nur dan amie.

Sesi jadi model

gambar kabur huhu.nampak comel denga seluar dan baju lengan panjang.