Jumaat, 5 Oktober 2012

Pin Comel Untuk Hari Lahir Adik

saalam bertemu kembali..

Kali ini Suri memenuhi permintaan dari cik Eka Dahiyah. Dia ada oder lima pin comel reben polkt dot untuk adiknya. Satu Suri bagi free gift jadi semua ada 6 pin/ kerongsang tudung.

Katanya hadiah pin untuk di beli untuk di hadiahkan kepada adik perempuannya. Bukan adik lelaki ya heee..
Mari kita sekodeng apakah pin yang menjadi pilihan beliau.


Isnin, 14 Mei 2012

Aku Bisa Mengukir Senyum

Salam.

Jalan-jalan cari makan hee..bukan cari makan. Hakikatnya Suri sudah pun makan sarapan pagi hanya menjamu bihun goreng bersama hotdog hee..sesekali di hadap menu yang ring syoklah pula..

Sekitar jam lapan pagi blog http://cahayacinta.com tidak dapat dibuka. Ini semua gara-gara masalah hosting di sana. Agak lama menunggu blog cahayacinta.com boleh di buka. Adalah juga dalam masa sejam. Namun sehingga detik jam 9.56 pagi keadaan yang sama masih berlaku. Harap suport tiket kedua akan mereka jawab kelak.



Permintaan pertama dari beberapa orang sahabat meminta resepi dari Suri, Insyallah akan Suri muat naik dalam blog di sana. Buat masa ini Suri fokuskan pada blogsport ya huhuhu.. Tidak di sangka ada pula saudara ingin membuat tempahan dari Suri ekoran muat naik gambar kuih tempoh hari...Rezeki tu..rezeki..

Nantikan entri yang setersnya ke layar cahayacinta.com. Doa Suri semoga blog itu akan kembali on seperti biasa. Walau dalam hati ada sedu namun aku bisa mengukir senyum

Rabu, 9 Mei 2012

Salam..

Banyak berfikir sampai tidak tahu mana satu nak cerita hee..

Haii..suri oiiiii !


Pendapat koraglahkan..ok ke tidak jika blog ini suri buat khas untuk kraftangan sahaja..ataupun still nak blog ini kelihatan rojak. 


Maka dalan blog ini ada cerita pasal aktiviti suri, buat cokelat  dan  bukak tempahan cokelat di blog ini ..dan ada juga di selitkan tentang kisah masakan, ada kisah pasal anak2 ker atau camner?



Berilah pandangan..

Isnin, 7 Mei 2012

Bila Kakiku Melangkah..

Salam sayang...

..Syukur Alhamdulillah bisa aku menatap wajah blog ini buat kali yang seterusnya.

..Aku masih berjalan walau langkah terhenti masih ada juga yang sudi mendegar bait-bait gersang ini..

..Bila langkah terhenti..hati rasa wajarkah di teruskan langkah ini?

..Kaki berkata berjalan jangan berhanti..kerana kudrat yang di beri bukan untuk tanpa hala tapi ada satu tujuan..

..Langkah terhenti walau kaki penat tidak terkata.. Tangan menekup tempurung lutut..

Jalanlah..

Walau penat kemudi langkah harus di teruskan..
Selagi tidak rentung mengatakan minat itu masih ada...
Permintaan itu masih menjemput..
Kala rindu bertandang di biras hati...
Sebenarnya kita bisa mengungkapkan walau sebaris ayat..


Ya..Aku melangkah demi itu..
Kerana kamu yang selalu ke sini..
Kerana kamu sering sana..
Terima kasih teman..terima kaish Tuhan atas kurnian tidak ternilai ini....

Isnin, 23 April 2012

Suka Sama Dia

Salam .. Laman menjeguk di sini pula. Petang yang amat suram. Dari pagi sampai sekarang tiada apa yang di buat melainkan update blog dan jalan-jalan ke medan blog kawan. Hari ini kerja di cari tapi dah jumpa kerja theme untuk blogspot ini. tapi masalanya dah muat turun dari blog tu kemudian cari di bahagian dowload tiada pula adui.. apa yang silap ya.. suri suka theme ini http://www.allblogtools.com/blogger-templates/3-columns/flower-girl/

Rabu, 18 April 2012

Masa Yang Di Curi

Salam..
masa yang ada suri curik skit...lari sana ke blog cinta..lari ke sini ke medan blogspot..

lari ke fb sb teman kwn sekolej mencari huhu..



waktu ini sempat membalas komen di blog..tiada aral malam ini atau pgi besok baru suri terjah blog member..

rindu tak berblog ke laman kawan2.. semua gara-gara kerja di pejabat dan satu sebab mak dah ayah ada tu yang fokus pada keluarga dan kerja hee...

Jumaat, 13 April 2012

Mesti Rindu Masakan Emak

Salam...

Sekejap sudah hari jumaat.. Saat ini hati rasa sedih sebab petang ini akan menghantar mak dan ayah ke kampung halaman. Wah mesti rindu masakan emak bila jam 4 pagi dia akan masak di dapur rumah suri hee...

Dah hampir seminggu Suri bawa bekal mangkuk tingkak masakan emak hee.. Hurm..next wee surilah yang kena masak sendiri haa...




Okey kawan. masakan mak atau ayah mmg sedap. Korang suka mak atau ayah korang masak apa? kalau tanyar suri suri suka masak lemak ikan parang heeee