Khamis, 12 April 2012

Masih Ada..

Salam..

Agak sibuk..sakit dan banyak habiskan masa bersama-sama keluarga. Seminggu ini Suri pulang ke kampung halaman justeru itu membawa mak dan ayah datang bertandang di Ipoh. Maka kalian pun haruslah faham bila kedua ibu bapa bertandang di rumah maka kita haruslah melayan mereka sebaiknya.

Begitulah Suri cuba menjauhkan diri dari dunia blog seketika. Masa cuti semalam Suri pun membawa mak ayah ke ruamh mak mertua di Kuala Kangsar maka itulah semalam Suri tidak sempat update blog walau hanya beberapa minit..



Terima kasih teman sebab sudi ke blog2 suri. Amat suri hargai dari hati kecil ini. Ya, sekarang pun sedang berusaha menjejak kalian dengan entri2 yang lama heee..

Dan..mahu seminggu lebih juga betis kedua kaki suri sakit. Gara-gara bersenam pakai tali skeping heee.. Mujur mak ada dia yang urutkan hee dapatlah manja2 sekejap hee.. Ayah pula beri penawar air dengan menggunakan ayat suci Al-Quran. Hari ini syukur Alhamdulillah sudah sihat sepenuhnya.. Jika tidak Suri akan rasa badan sejuk seram selama 3 hari berturut-turut. Kata mak "demam urat"

Ok jumpa di lain cerita lagi daa..

2 ulasan:

akubiomed berkata...

Aiks baru skipping sudah demam. :-)

cahaya berkata...

demam sahaja heeee,,ada daya untuk kurus jua