As salam
Al- Fatihah untuk mereka yang pergi dan takziah pada keluarga yang berkenaan semoga tabah dan cekal mengharungi. 22 Ogos 2014 Hari Malaysia Berkabung MH17 Mas Dan Garis Panduannya masanya..
Antara garis panduan hari Malaysia berkabung MH17 dan garis panduan yang sarankan semasa hari ini berlangsung
- Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan
- Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut
- Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang
- Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam
- Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan
- Peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai
Kita akan pergi selepas ini menyusuri mereka. Tabahkan hati sentiasa. Sungguhpubun sebak inilah harus kita terima dengan hati terbuka Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan