Khamis, 27 Mei 2010

Tip..toop..kipas pun tertutup..

Anak ibu semakin bijak sekali. Rasanya makin menginjak bulan ke tahun dia semakin nakal.. Sebelum ni si jejaka mengajar Along menutup suiz lampu rumah kami. Tapi bila dah selalu di ajar maka Along makin galakkan membuka..menutup punat suiz di rumah kami..

Sesungguhnya ia amat merisaukan hatiku.. Sudah berkali-kali kami menasihat..memarahinya namun keadaan tetap sama.. Nampaknya balik ini kami kena ubah kedudukan kipas di rumah kami huhuhu..

1 tahun 4 bulan..hurm.. mungkin inilah waktu untuk dia meneroka dunia di sekelilingnya dengan lebih luas lagi..

Ada waktu kami bertegas..ada masa kami memberi nasihat..semoga teguran kami Along akan terima dengan sebaiknya Amin.

Sabtu, 22 Mei 2010

Hati yang mendamaikan..

Salam sahabat..

Tak tahulah semenjak dua ni love selalulah update blog love is sheraing ni? nape ek? hurm mungkin sebab masih ada insan yang sudi membaca hasil nukilanku yang tak seberapa ni..kalau tiada pun akau akan anggap ia sbg dairi kenanagan manis dalam hidupku..hehehe..

Walaupun hakikatnya aku memiliki satu lagi blog berbayar atas nama cinta http://cahayacinta.com/ tapi bagi diriku blog ni mmg ada kelainannya dari yang lain..Bukan apa sebab blog ni tidak terlalu formal sangat jika di bandingkan blog Cahaya Cinta memang lebih menjerumus kepada maklumat dan kehidupan manusia.

Okeylah hari ni suri masak nasi putih, sayur dan ikan masak kicap untuk si keci. lauk kami pun lain2 juga tak sama degan lauk si manja. Entah kenapa hari ini aku rasa sejuk sangat di hati talaka menyuapkan simanja.

Selalau Suri supakan dia makan dia mesti duduk kat depan Suri. Tapi hari ini dia duduk kat atas paha Suri belah kanan.. kiki..Suri rasa macam kelakar jerlah pulak. Selalunya tak pernahlah pula dia buat gaya makan sebegitu sekali..huhu..

Anak..anak dah besar rupanya dia dirimu.. ibu tetap sayangkan kamu sehingga akhir hayat ibu. Kasih kita akan tetap mekar ya sayang.

Jumaat, 21 Mei 2010

Hampanya Hati..

Salam pada sesiapa jua yang sudi menjegah ke blog peribadi Love hari ini. Semalam Love dah merancang untuk pergi ke Bangunan Persekutun di Ipoh, untuk meminta cop pengesahan sijil dan diploma Love. Love nak dapatkan pengurangan bayaran balik pinjaman MARA.


Tapi sayangnya semua pegawai disana sedang menjalani meeting. Sebahagiannya pula berkursus. Aduh macam mana nak buat ni yer? Mati akal Love di buatnya. Tempoh masa sudah hampir dekat ni. 7 hari masa yang diberi dan tamat tempoh pula pada hari selasa minggu depan.



Okey..okey tak pelah apa nak buat dah memang tak ada rezeki hari ini agaknya. Mungkin hari isnin minggu depan Love akan menapak kaki ke sana lagi..huhu..



Aduh..duh, duh, duh, duh, pinjaman..harap-harap Love akan dapat menyelesaiakn hutang tersebut dengan seberapa segera yang mungkin.



kata orang nak habiskan duit senang sahaja. Tapi kalu nak membayarnya semula memang satu perkara yang LIAT dan sukar. Betuk ke? huhu..pendapat korang macan mana pula yer??