Khamis, 27 Oktober 2011
Baru Dua Hari
Isnin, 24 Oktober 2011
Down Slow SiPUT
Update blog klik save, masuk 3 kali line internet down, mulakan lagi sekali edit, masuk gambar ok cun! selang 30 minit internet down!

Maka..
Hari isnin layan 2 blog, kemaskini top komentor, call hosting untuk jeguk blog ada malaware lagi huuu..
Ahad, 23 Oktober 2011
Hujan Oh Hujan..
wowooo... hujan semalam tidak dapat membawa anak ke taman permainan. Kasihan.. asyik cakap nak taman menan, nak buyun huhu..
Hujan yang mencuruh bukan mengiran waktu di bawanya sampai ke malam si anak tidur bersama bantal busuk dan teady bear alahai..
Jika kita dahulu bukan main marah2 dan bentak dengan ayah nak pi juga, katakan sahaja ko nak tak reti bahasa hee..aDoi..
pstt..semalam belajar buat mi kari hee percubaan pertama hancus, namun percubaan kali kedua menjadi. Pasni bolehlah buat mi kari waktu2 hujung minggu wewe...
Sabtu, 22 Oktober 2011
Berusaha Memperbaiki Blog
Malam tadi masuk iklan semula, pembaca setia tapi malaware datang balik..Fikirkan buang balik iklan tu semua ke atau biarkan dah tacap semua baru kita call pihak hosting buang malaware ke camner?
Cadangan sahabat?
Gambar yang lama harus di tukar gambar yang baru. Bahagian siapa saya huhu..rasanya perlu kot huuu.
Entri istana dalam proses muat naik gambar tapi line kat rumah asyik terputus sahaja eiii..mood nak kemaskini blog semakin GERAM!!
Berharap hari sabtu & ahad Suri akan dapat pindahkan entri blogspot ke wordpress dengan segera. Hari lain kemungkinan sibuk uh..
Minggu ini korang buat apa? Ada kemas2 blog cam Suri ker? hiii
Jumaat, 21 Oktober 2011
Hari Ini Jadi Pengawal Pejabat
Sudah cakap dengan bos a.k.a mr jim saya bsok jadi pengawal ek. Sebab laptop saya trial word dan excel dah expired.
Camner abang aku install kata dah format balik?? aduih pening pala jap..
Bila agaknya nak naik KL lagi itu tidak pasti tapi tang sekarang ini layan blog dan layan games huhu bosan..bosan bila tiada kerja nak buat sampai ke petang ini uhuhu..
Gigi sakit ada suri kisah hee..bukan tak tahu sebelum tidur mesti kumur dengan air garam baru ar pertukangan ulat-ulat gigi diam heeee
Khamis, 20 Oktober 2011
Jika Ada Bantal Rasa Nak Tidur
Kemungkinan minggu yang seterusnya Suri agak sibuk. Malas tidak juga tapi still dalam keadaan kejar sana sini. Ibarat fail lama di bangkit maka fail tu le Suri kena tulisa balik semula sebijik-sebijik. Kerja dua tiga kali beginilah jadinya.
Lepas jeguk fb, update blog cinta, pastu baru ar kesini huhu. Kerja pejabat makin bertambah kalu dulu 20 minit kerja pejabat sudah boleh Suri selesaikan tapi kini tidak setelah hampir semua fail2 hilang begitu sahaja.
Tapi tidak mengapa dah bosan sangat Insyallah Suri akan jejak bloger2 kembali untuk restkan kepala otak kejap huhu..
Rabu, 19 Oktober 2011
Fokus Buat Balik Fail Yang Hilang
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku
Pagi perut rasa lapar makanan di abaikan dahulu. Mujur malam tadi sempat publish satu entri untuk esokknya huhu. Malam tadi mata tidak boleh tidur dengan lena akibat rasa sakit gigi yang semakin berdenyut-denyut. Mulai malam semalam dan pagi tadi sakitnya amat terasa. Yang peliknya kerja-kerja pertukangan si ulat gigi mungkin rancak melakukan kerja part time untuk mencari duit lebih menyara anak bini mereka huhu..
Sudah di kumur listeri tidak berkesan juga, jam seterusnya kumur dengan air garam. Allah..sambil bersandar di sofa, kepala mendogak diatas bagaikan kepalaku ligat cam kipas bilakah kesudahan akan berakhir kata hati...
Selesai kerja mencuci a.k.a berkumur-kumur Suri pun terus tidur. Erk rasa denyut juga ah, makin dilayan menjadi-jadi tapi tutup mata buat tak reti.
Pagi bangun rasa tak puas tidur, apa pun mata yang celik segera bersiap segala yang patut untuk ke pajabat. Sah fail-failnya tidak dapat di selamatkan huhu. Semalam sesi permulaan warm up dilakukan dengan menaip semula dokumen2 yang hilang....
Terima kasih Mr Z, Mr Tehr, Mr Nizam yang lain-lain dalam memberikan tips berguna untuk menjejak fail-fail Suri. Jasa kalian amat Suri hargai.
Selagi Terdaya Buat Mana Yang Termampu
Nak marah tidak berguna. Nak meraung nanti kata orang tidak malu ..
Petang semalam lewat keluar pejabat, Suami pula sibuk dengan urusan pasport pekerja asing di Imgresen. Terduduk di tangga batu Maybank Investment terkenagkan nasib dugaan apa yang kian terjadi.
Satu persatu Suri sulam sambil muhasabah diri mungkin sebelum ini Suri ada buat kesilapan pada orang lain, atau kesilapan diri sendiri yang menyebabkan Suri terlepas pandang maka ini kemungkinan Tuhan bagi ujian seperti ini pada Suri huhu..
Jam 6.35 petang Suri mula tersentak, hirupan air tin nescafe bos belanja petang itu buat Suri tersenyum. Suri keluarkan hp buruk dan send sms kat Mr Jim Thnks for nescafe.. dan berlalu melangkah ke perut kereta suami..
Selasa, 18 Oktober 2011
Mencoba Ceriakan Diri
Minggu sedikit cair klu nak lebih rancak letak mood dalam gelombag ketuhar pasti mencair cepat. Semangat nak update blog makin mati tapi ada lagu dapatlah mood memuncak sedikit baru ada seri nak keluaran idea berjuta kata..
Semoga perjalanan Suri minggu ini akan berjalan stabil walaupun banyak entri yang tergendala..a.k.a banyak tersangkut sebab blog tak sempat nak tacap habis huhu..
...Mood harni ini layan lagu English_masa belajar dulu memmag suka lagu-lagu begini. Jangan lupa perdegarkannya di laman cinta.com hiii
Isnin, 17 Oktober 2011
Aku Saat Mencintai
Kerawang bunga nan cantik tapi hati bersdih merebak luka..
Kapan bila harus ku tunggu saat sukar di beri kata baik buat hati..

Beku hati sekeras plat bumi apakah salah diriku ini
Jumaat, 14 Oktober 2011
300 Fail Dalam Komputer Hilang
Maafkan aku semua....
Suri tidak dapat berjalan2 ke blog kawan-kawan. Fikiran Suri buntu saat pagi itu update dua entri untuk tatapan pelawat datang berkunjung, membaca dan meniggalkan komen. Tapi sayang time nak muat naik gambar pula komputer pejabat ada masalah pEh!!!!!
Agak lama komputer pejabat meragam. Mau gak 4 jam dah jenuh buat itu ini namun tidak menampakkan hasil. Itu yang tak dapat beri fokus pada blog sepenuhnya. Call suami mintak bawak laptop dalam kereta risau juga buat orang call tanye rumah, tanah tak kan kita nak jawab kita tak tahu dan beri alasan yg bodoh pula huhu...Allah Hu Akbar..

Nampaknya hari senin Suri kena ar pikul laptop sambil membonceng anak naik basikal. Kalau suami ada outstation jenuh dan penat gak suri dibuatnya minggu depan nanti huhu..
Sedih hati sebab dalam komputer tu ada fail2 yang penting dalam 300+ tak sempat buat backup. Allah dugaan sungguh di hari ini.
P/s: Terima kasih Mr Z atas bantuan yang di beri, jasamu akan dikenang hiiii
Khamis, 13 Oktober 2011
Rindunya
Kalau rindu kata orang sebut nama..
Kalau teramat rindu sangat baik call jer..
Indahnay perasaan rindu itu Tuhan kurniakan pada kita semua sebagai umatnya lebih-lebih lagi yang telah mendirikan rumahtangga :)
Pupuklah rasa rindu dengan pasangan anda sebaiknya bukan ucapan sahaja tapi dengan perbuatan.
Rabu, 12 Oktober 2011
Terasa Begitu Penat Sekali
Terduduk di pangku bas membuatkan Suri merenung jauh. Gaya begini kayu basikal tercungap-cungap menongkah bukit. Laksana hati berdetik anakku sudah membesar. Dahulu usianya setahun lebih ibu masih kuat lagi, kini bila di dongak waktu 2 tahun 10 bulan kiraan kasar.
Sesekali mengayuh basikal, kesujukan memecah peluh. Sambil memupuk bahu si anak Suri suka usik rambutnya yang ikal mayang mengurai. Kasihan anak. Suri selalu cakap-cakap padanya bila sudah besar jadilah anak yang berjaya hal dunia dan akhirat. Jangalah jadi sepertiku yang serba sederhana ini. Suri mengharapkan agar anak mengerti..
Insyallah dalam masa terdekat bulan 11 paling lambat penghujung bulan 12 mau gak ambil lesen moto huu.. Lat pikir ni heeee. Moga hajtku tercapai. Amin.
Selasa, 11 Oktober 2011
Tahu Atau Sengaja Buat Bodoh?
Tapi apa yang amat menyedihkan hati Suri ramai pembeli itu datangnya dari orang islam? Apa yang islam tu Suri? Apa kait mengai dengan buah-buahan..
Pelik atau tidak belajar agama?
Kenapa mereka tidak membeli potongan buah-buahan di gerai orang melayu..islam. Ini pi beli makanan buah-buahan di gerai cina apa pasal? Harga tetap sama tau tak.
Adakah mereka lupa akan apa yang mereka sentuh, mereka kupas tidak pakai sarung tangan plastik, kebersihan, halal haram percampuran peralatan barang & buah-buahan. Sebenarnya pelbagai persoalan di minda Suri saat Suri mula bekerja di sini. Hati nak tegur tapi siapa kita? Suri yang memandang mereka membeli makan di situ melihat dengan penuh rasa MELUAT! dan sabar di hati.
Tidak terdetikkah di kotak kepala sewaktu membeli makan tersebut? atau lupa pada ajaran Islam itu sendiri atau buat-buat lupa? atau dah jadi bodoh sangat sampai tahap darurat kalian membeli di sana? Ah pelik ar manusia sekarang ini..
Adalah Satu gerai agak popular area Ipoh. Tahu tak siapa yang buat air tu? Cina. Oklah pi minum kalau nak minuman bertin tapi masalahnya juga ada antara kita kaum melayu pi oder air laici kang. Sini ipoh dema letak telur puyuh.. gerrrr
Isnin, 10 Oktober 2011
Tolonglah Pergi...
Mood nak berblog sedikit suram setelah lama tidak update blog sana, sini dan sinun huuu..
Manakan tidaknya petang Jumaat selesai bekerja Suri ikut suami outstation di Kuala Lumpur huhuhu.. Minggu lepas tidak dapat bawa anak bersama-sama sebab anak kurang sihat. Suri cuma bawa di pusing-pusing dari taman perumaha ke taman perumahan yang lain jer huuu.. Sesekali berbasikal hujung minggu bersama anak best gak. Tapi terkadang bila hujung minggu duduk rumah kesianlah pula tengok dia nak main di luar huhu.. Tu yang minggu sabtu dan ahad ajak dia KL skli heee..
Buat masa ini fikiran sedikit buntu dengan masalah blog. Terutama malaware. Suri sudah call pihak hosting tu pagi tadi dan berharap dia dapat selesaikan masalah tu dengan segara. Bukan apa bila nak berblog jer tetiba dapat pula pesana dari kotak komen cakap blog Suri ada malaware =(
Suri rasa nak berblog treos down.

Terima kasih pada yang beri maklumat pada Suri melalaui emai, facebook dan kotak komen. Tanpa kalian mungkin Suri tidak tahu masalah ini muncul lagi.
Dugaan...oh dugaan...
Khamis, 6 Oktober 2011
Yong Tau Foo
Syukur nikmat sungguh menikmatinya heee..
Kali ini certa pasal makan jer, kuah pedas tapi boleh ar tahan dari tak dapat makan langsung payah gak hee..
YONG TAU FOO
Bahan-bahan untu sos :
- 10 tangkai cili kering - dibuang biji
- 1 sb minyak masak
- 25g kurosato / gula melaka
- 1/2 sk gula
- 1/2 sk garam
- 1 sb oyster sauce (E-na tambah)
- 1/2 sk cuka (E-na tambah)
- 450ml air
- 2 cm belacan (E-na letak, xde stok)
- 1 1/2 sb tepung jagung dibancuh dgn 50ml air (tepung gandum boleh juga)
- 1/2 sb bijan goreng
- Ajinomoto ( optional )
- Panaskan minyak. Dengan api yang kecil, goreng cili kering lebih kurang 1- 2 minit.
- Setelah garing, (awas jgn sampai hangit nanti pahit) angkat dan tumbuk sehingga hancur.
- Masukkan 50ml air ke dalam cili yg telah ditumbuk tadi, kacau.
- Di dalam periuk, didihkan air bersama kurosato/ gula melaka.
- Masukkan cili yang telah di campur air tadi, belacan, cuka, oyster, gula, garam dan ajinomoto.
- Biarkan mendidih supaya cili kering masak.
- Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Rasakan seimbang pedas, manis dan masin.
- Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidangkan.
Bahan-bahan :
- chikuwa
- kani
- fishball
- fish cake
- gobo
- yasai
- kangkung
- capsicum
Rabu, 5 Oktober 2011
Meluatnya Bercakap Dengan Orang Yang Berlagak
Suri perlu tanggungjwab bila keadaan begini berlaku sebab suri je sorang pekeje kat sini huhu. Jadi Suri ambil keputusan untuk call no yang tertera di lampiran fax tersebut. Suri cakaplah ini syarikat blh..blh.. Cik ada fax kat kami dokumen penistiharaan jualan atas nama plaintif OCBC Bank dan nama defendan blh... siap bagi detail lagi supaya senang Cik tu nak buat semakan.
Bukan ini no Cik, dia kata kat Suri. Kenapa pula Suri bertanya. Cik call ini nombor cawangan. Pastu Suri cakap ok tak mengapalah habis tu saya nak call siapa ya? Cik yang tu cakap baik terus call no hp 013-blh..blh.. Suri matikan cakap ok.tq.
Suri call no 013-blh..blh...
Suri pun cakap sama seperti diatas,
Tiba-tiba Suri dimarahi. Dia india boleh cakap you ni tiba-tiba call i kenapa? Suri jawab sebab saya syarikat hartanah saya ingin tahu En ke yang fax jualan ini pada saya.
i tak tahu apa-apa? You ini cakap apa? Apa sal you call i?
Tadi saya call cawangan dia kata dail no hp ini. Tu yg saya call en. Saya cakap pasal hartanah nilah En ada hantar ke? Kalu encik ada hantar saya minta En faxkan semula pada syarikat saya kembali.
You ini orang malaya ya? orang MELAYU?
Aik main kasae ar pulak. Dalam hati Suri geram setahu aku ar kau tu pelelong biasa-biasa jer asal ar nak berlagak cam raja pulak. Tak boleh jawab baik-baik ker.
Haa saya orang melayu kenapa? kata Suri.
You haa orang melayu kalau apa-apa yang tak clear jangan call sayalah. Ini main tuduh-tuduh saya hantar apa semua.
Eii..dalam hati Suri cakap saya tak tuduh ko mangkuk gerr..saya hanya bertanya baik-baik. Kalu en ada hantar fax pada saya tolonglah fax kembali ya tu jer. Yang ko nak baran-baran pasal apa?
Sabar..sabarlah hati manusia sekarang memang tiada adab. Dan lebih begang lagi bila Suri berurusan dengan peguam india berlagak nak mam... kita cakap elok-elok dia boleh tinggi suara kat kita. Kita tahu kita ini kuli gaji tak tinggi tapi tolonglah hormat orang bawahan sikit. Ingat kalau orang bawah tak der ko pun buat kerja macam itik baru belajar berjalan itu belum tentu lepas lagi ke idak.
Balik.. dalam bas Suri beristifar banyak-banyak. Bukan ke bahasa yang baik tu buat orang nak dekat dengan kita lagi mudah. Nak minta pertolongan pun orang akan mudah lakukan kerja kita. Isyh..tak paham orang sekarang ini..
Last tu Suri terus letak ganggang. Lantaklah ko nak ceramah pasal melayu ker apa. Macam betul sangat kita jawab sikit dia marah-marah dan bising2 jer lebih..
Selasa, 4 Oktober 2011
Manusia Yang Tidak Bertanggungjawab
Uh kepenatan yang amat sangat. Rasa kalu bangun nak pitam mata dibuatnya..
Wahai manusia mengapalah dikau menyukarkan kehidupan orang lain sungguhpun itu adalah tanggungjawabmu..kerjamu mengambil orang bekerja ke tempat mereka mencari rezeki..
Ada orang atau tidak sepatutnya kau lalu sahaja masuk taman perumahan itu. Ini tidak lalu langsung. Mujur ada bas yang baru datang katanya baru dua kali masuk sini. Suri pun pelik bas jam 6.30 pg ada, tapi mana bas jam 8.00 atau 8.30 pagi?
Penat..
Tunggu lagi bas kedua pun begitu hari ini sampi pejabat jam 9.30 pagi..
Kejamnya manusia itu sebab menyusahkan kehidupan orang awam. Bukan Suri sahaja yang sering tunggun bas lambat masuk malah ramai lagi. Boleh kata semua orang angin kalau tunggu bas. Ada tu tunggun bas jam 6.30pagi bas tak muncul-muncul last pukul 9.00 pagi baru datang. Tak ke sakit hati namanya tu..
Isnin, 3 Oktober 2011
Hujan Turun Tanda Rahmat Baginya
Selesai menyuap susu pada bibir anak sempat tukar lampin kain moden dia. Gembira hati bila barang yang si anak pakai tersemat kemas pada punggugnya. Walaupun mahal rasa berbaloi sebab hasil dari titik peluh sendiri. Nak harapkan suami tidak sebab suri lebih suka usaha sendiri. Kalau nak simpan duit sendiri. Tapi kalau bab nak mintak dia tambah sikti2 boleh jer haa..
Hikamhnya hujan permudahkan perjalana suri menaiki bas. Mujur sampai bus stop bas ada. Sampailah ke pekan dan akhir distinasi ke pejabat.
Terima kasih hujan terima kasih payung kerna melindungiku yg kerdil ini..
Ahad, 2 Oktober 2011
Suka Duka Kehidupanku
Hari isnin 3/10/2011-6/10/2011 adalah hari yang amat meletihkan. Sebab pagi itu Suri akan menaiki basikal hantar anak ke rumah pengasuh. Kemudian pengasuh akan hantar Suri menaiki motornya pula. Kenalah tunggu bas kat depan perumahan pengasuh huhu. Kalau sekitar jam 7 ada masa kira nasib baik, klu tak ada bas mesti akan menginjak ke jam 8 pagi huuhuhuu..
Dah sampai pekan kena tukar bas lagi. Itupun makan masa 20 ke 30 minit. Bas yang kedua inilah yang akan membawa suri ke tempat bekerja. Baliknya pula begtu jua kena naik 2 biji bas bertukar ganti.

Biasanya sampai bus stop taman rumah pengasuh, suri akan tunggu pengasuh datang ambil. Kemudian ambil anak dan kayuh basikal sampai rumah. Selalu sampi rumah jam 7 lebih.
Apa nak buat jika suami ada kerja kat luar huhu kena redha. Nak beli kenderaan pun kurang mampu huhu.Mujur ada basikal banyak jua ia berbakti pada tuannya..
Dulu ada tumpang jiran kat depan sllu ok jer skrg dah tak ok tu yang beli basikal. Susahkan bila kita berudi bahasa dengan orang ,,orang buat bodoh jer..
Dalam hati berkata mungkin dia tak senang bila suri tumpang kereta kancil dia. Sebab sebelum ini ok jer.. Entahlah yg penting sekarang dengan jiran tu dah ok ..cuma senyum dan tegur angkat tangan sahaja..
kata mak hidup merantau kena bijak bawa diri, kalau taj susah kita..kata2 tu masih terngian di minda Suri.