Sabtu, 14 Mac 2015

Pengalaman Suntikan Anti Tetanus Atau Kancing Gigi

As salam..
Suntikan Anti Tetanus Atau Kancing Gigi ini adalah bahagian yang seterusnya ingin ceritakan pada entri yangdi janjikan beberapa hari yang lepas..



Aku beri vaksin anti-tetanus. Kenapa ya perkara ini perlu ia bagi mengelakkan para ibu dan janin dalamnya terkena penyakit tetanus

Al-kisahnya suatu masa dahulu penyakit ini cukup popular dan mudah terkena pada wanita yang hamil. Penyakit amat bahaya ini boleh menyebabkan kematian pada ibu atau bayi lahir mati atau bayi lahir pra matang.


Bukan itu sahaja khuatiri juga jika si ibu tidak mengambil suntikan pelindung anti tetatanus/ suntikan ini mengikut apa sarankan oleh klinik desa atau para doktor kemungkinan akan ada bakteri panggil kuman akan masuk dalam badan ibu hamil. Bahkan bakteri jahat "kuman" ini walaupun terkadang ia telah nyah basmi kuman di klinik, hospital sekalipun ia tetap ada tapi langkah suntikan ini perlu ambil bagi mengelakkan sebarang kemungkinan sekiranya ada hamil di dalam tempat awam, lif, dalam kereta dan sebagainya tanpa duga. 

Sekiranya suntikan kancing gigi/ suntikan anti tetanus tidak ambil kemungkinan besar anda bayi dalam bahaya sebab tiada perlindungan khas untuk anda dan bayi.
         Tetanus disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani


Aku dah kena Suntikan Anti Tetanus Atau Kancing Gigi mahu jugalah sakit dua ke tiga hari aduh..lenguh sangat..padahal bukan bisa cuma masih terasa sakit sahaja bahagian yang di suntik. Tapi kata orang demi kebaikan diri dan kandungan itu sememangnya perlu dan wajibkan ;)

Ada pengalaman suntik kancing gigi? kongsikan


Tiada ulasan: