As salam..
Selamat pagi..Malam tadi tak lena tidur buatnya kernana anak demam. Mana tidaknya dari malam ahad itu badan sudah lesu katanya. Sampai rumah kami bagilah apa ubat demam yang ada tapi masih kurang memuskan..
Hari isnin juga pergi klinik uh..sekali dengan beli vitamin c dan multivitami semua rm70.00 termasuk ubat dalam bentuk cecair iaitu demam warna merah jambu dan ubat antibiotik warna kuning.
Hari selasa tengah malam badan masih tidka kebah. Apa lagi gunakan petua air asam jawa untuk jaram atas kepala, belakang tengkuk, belakang telinga uh..Jam 12.00 masih berfikir panas naik jika berlarutan sehingga jam 1 pagi maka terpaksalah bagi si anak ubat masuk dalam punggung. Mujur ada spare dekat rumah beberapa biji katakan umpama "peluru"
Alhamdulillah hari rabu dia ok sedikit. Terus hilang panasnya. Gaya tidur berdengkur. Aku nak kejutkan dia juga ke sekolah tapi kata suami biarlah dia berehat.. Mungkin juga sebab aku takut benar demamnya berbalik kembali.
Oh..ubat semakin menyusut..ubat antibiotik pula itu. Nampak gaya tiada yang kurang demam buat juga air susu panas keluar sikit peluhnya. Suami pula ada kerja luar huu..Jadi sentap juga ubat penadol yang beli dekat seven eleven tu..cepat sikit reda panasnya berkurangan..
Pagi rabu sudah tidak senang duduk. Menghadap blog sekejap sahaja kemudian memantau dia. Tidur ku tidak berapa lena..Tapi kuatkan hati untuk baring sekejap..Kesian baby dalam perot ni rasa tertekan dengan situasi yang aku alami. Banyak kerja aku tertangguh tapi redhakan sahaja..
Petang panas naik kembali. Buat air dan makan sedikit mujur dia ada selera makan Kemudian bagi ubat penadol demam lagi dalam bentukcecair tu ada reda tapi tak lamalah ia bertahan padahal 4 jam sekali dah berikan ubat..
Malam suami pula tak dapat pulang..Sedih sambil mengusup perut makin membesar..kuatkan hati cuba gembirakan hati anak.. Keadaan anak makin manja kala dia demam..terkadang marah juga time susah nak bagi makan ubat uh...hilang sabar kita buatnya...
Azan magrib berkumandang aku segera what up suami minta bantu anak sedara dia belikan ubat..takut ubat untuk malama ada tapi pagi esok habis..Syukur mereka ke klinik pengkalan dapatkan ubat demam ccair perasa oren..
syukur jam 9 malam aku berikan keadaan ada perubahan. peluh memercik atas dahi anak.terharu sedih bercampur baur bila ubat kali ini menampakkan hasil. Tapi malam aku tetap berjaga juga takut demam tiba-tiba naik kembali. Ya la kalau kena sawan macam mana tak ke haru..Aku alert benda itu semua.
Wah si ibu tidak tidur lagi...
Aku baring ke kiri terasa nadi bayi berdenyut dan dia berpusing dalam rahimku.. Agaknya dia menemankanku malam tadi... Sekejap ke tandas sekejap mengusup rerambut anak..memeluk dan menciumnya..Aku doa agar dia sembuh segera dan ke sekolah pada esoknya...
Khamis alhamduliilah keadaadia pulih sedia kala. Kali ketiga bagi dia makan ubat..itu sebelum gerak nak hantar dia ke sekolah naik motosikal ;) Sukanya dia. Aku juga berikan kata semanagat untuk dia belajar dan fokus dalam kelas..
Terima kasih Tuhan segala berikan kami terima dna redha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan