Rabu, 11 Mac 2015

fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal

As salam..

alhamdulillah. Mula dengan tajuk fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal. semalam pada 10.3.2014 genaplah fetusku berusia 22 minggu. Sungguh rasakan perkataan minggu itu cukuo jauh lagi perjalanan yang harus aku dan fetus ini berjalan. Jika ikutkan 22 minggu kehamilan ini aku telah mencapai usia kandungan 5 bulan! Syukur.


Semalam jugalah aku dapat bacaan gula dalam darah itu syukurlah bacaanku normal. Aku harap ini adalah yang pertama kali sahaja aku minum. Macam kehamilan anak pertama aku kena minum air gula dalam mug besar gila. Syukur keputusan ok celar ;). Mana tidaknya mak dan ayah aku ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. Jadi risiko untuk aku dan bakal bayi untuk mendapatkan penyakit itu adalah tinggi. Memang tak boleh elaklah katakan kalau kata "keturunan" kenalah alert dengan apa kita makan.

 
Fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal..

"Selalunya aku kalau rasa banyak makan manis minum manis aku bilas dengan air suam balik cukup-cukup. Paksa jugalah tapi walaupun malas kena juga ambil menu pahit ke atau banyakkan lakukan aktiviti untuk keluarkan sedikit peluh hu..."

http://www.babycenter.com.my/a1044279/perkembangan-fetus---hamil-22-minggu

"Satu lagi kalau tahu besok nak puasa ke kena minum air gula itu sehari sebelum itu cuba kawal pemakanan korang eh.. Tahanlah sikit dari ambil yang manis yang terlebih masin ker heee..banyak minum air suam dan makanan berkhasiat ok. "

Kelas Cuti Sekolah Jahit Baju Kurung Tradisional, Jahit Baju Kurung Moden, Jahit Baju Kurung Riau Pahang, Jahit Baju Melayu Seluar Dan Jahit Pelbagai Jubah A Cut, Moden, Princess Cut, Empire Cut Dan Pelum

Apa lagi nak cerita tentang fetusku usia 22 minggu,bacaan gula dalam darah status normal harapkan semua akan berjalan dengan baik amin...doakan aku dan kehamilan ini berlansung dengan selamat ya.Insyallah esok kalau ada masa aku akan sambung pasal aku kena suntik..enjit kancing gigi ibu hamil pulak hooo...aduh..duh..duh.duh...

Tiada ulasan: