As salam..
Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1..sudah 2 kali rasanya aku buka ini blog dan nak taip asyik tertangguh haaa..kali ini aman sikit sebab semua diam..diam..sapa diam tu hee anak-anaklah..
Syukur kehamilan kedua selamat lahirkan seorang bayi lelaki normal pada tanggal 7.7.2015 pada bulan puasa hari selasa jam 1.48 tengahari dengan berat 2.8kg.
Sukar untuk gambarkan manakan tidak mendapat anak bagaikan terjumpa permata intan bernilai. Sampaikan satu setangah hari daku tidak tidur lena.
Bila imbas masa ketahui dahulu aku hamil saat menggujakan manakan tidak telah 6 tahun kami menanti. Alihnya berita itu dapat tahu semasa pemeriksaan doktor sebab keputihan dari situ aku tahu aku hamil empat bulan lebih!
Kehamilan yang sama seperti mengadungkan kakaknya dahulu. Tapi masa si kakak aku tahu hamil tiga bulan. Sampai rumah esok pagi mula mual dua ke tiga hari. Lain aku jalani macam biasa.
Tapi kehamilaan kedua ini aku waktu itu sedang giat kuruskan badan nak dapat berat badan ideal syukur ini salah satu cara kata buku yang aku bacalah nak hamil kena perhatikan berat badan kita baik menu makanan sentiasa seimbang terutama usia dalam lingkungan 30an..
Homemade cara buat jubah kembang payung ke jubah princess cut
Mudah Buat Jubah Pola Kembang Payung, A Cut Moden, Empire Cut
Kalau rajin baca ini sebahagian dari entri aku AKU PCOS PART I dan AKU PCOS PART II ..
apa juga alasan aku ia tetap rezeki. Untuk hamil kedua sungguh mencabar pada kehamilan masuk ke enam bulan. Aku minum air gula pertama kedua clear sahaja. Kemudian ada lagi minum air gula tak sikap aku masa usia kandungan masuk 7 ke 8 bulan. Minum lagi dah...Masa itulah kantoi aku punya perit terima kenyataan bahawa bacaan gula aku tinggi gila adei...
Bermulalah saat cucuk jarum dekat jari empat kali sehari!
Sungguh dugaan aku pergi klinik kerajaan lama pula menunggu nak bali rumah jauh. Last aku berteduh dekat klinik tu dengan perot memboyot dari jam 8 pagi sampai 1.20 tengahari. Klinik yang aku cek tu klInik desa tak der pula menawarkan khidmat amik darah 4 kali tu huhu..
Ada buat entri tu korang ada masa googlelah..
Last bila aku jenis mulut ramah haaaa..aku tanya kawan hamil sama dengan aku kata boleh cucuk darah dekat jari dekat klinik berbayar dan juga farmasi. Cuma siapkan duit sahaja. Jadi pagi 8.00 pagi aku keluar cucuk darah dekat klinik Medik dekat section 18 ipoh belakang tesco, 12.00 tengahari, 5.00 petang dan 9.00 malam aku ambil dekat farmasi hidayah cas rm5.00 sahaja.
Al- kisahnya berlarutan sehinggalah nak dekat bersalin rasanya ikutkan lagi 2x jer aku kena cucuk darah dekat jari tapi baby dah nak keluar aduh betapa bahagiannya daku sambil urut dada waktu tu..
Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1
Penat tahu naik moto sorang-sorang jalan kaki menapak ke klinik tu adalah dalam 30 minit jalan kaki pergi dan balik hua..mujur klinik hidayah tu tak jauh tempat aku paking motosikal heee cuma lintas jalan besar jelah..tu bahaya gak suami pun selalu risau dan beri nasihat. yalah anak no 2 katakan hii..kekadanag tu anak yang sulong pi temankan sesekali belanja dia makan sedap.
Cucuk jarum 4 kali sakit hoo..nak kalu tertusuk pada jari yang sama. Lama-kelamaan jadi lali juga tapi rasa sakit tetap ada. Yang tak menahan tu kena puasa pula itu yang tak syok. Puasa cucuk darah 4 kali katanya..Bila nak buka puasa jam 12.00 mula pikir nak makan menu apa. bila makan risau pula makan minum kita hadap tu tadi manis ke huhu..begitulah rasanya perasaan bercampur-baur ketika itu sampai menginjak waktu jam 9 malam.Mujurlah cucuk darah empat kali ini bukan setiap minggu kalau cucuk setiap minggu gilalah namaya. Ia biasa ambil 2 minggu sekali tau!
Hb cucuk darah tinggi ke cucuk darah hb rendah..?
Masa pertama kali puasa untuk amik darah dekat jari ini pernah aku rasa pening pada hal aku dah makan minum. Rupa bila ingat balik sah aku kurang gula dalam darah patut hb aku rendah walaupun aku ada makan nasi, minum air kosong, air buah, makan roti bagai..
Hb aku tak pernah tinggi masa cucuk darah dekat jari syukurlah..cuma bacaan kadang rendah kadang normal bacaannya..menurut kata doktor dan pekerja farmasi hidayah ipoh katanya normal. Menurut kata doktor klinik desa kalau bacaan terlalu tinggi pesakit ibu hamil kena ambik insulin. Itu para ibu risaukan. Lega sebab aku tak lalui saat getir itu cuma aku kena jumpa pakar pemakanan diet sahaja sahaja. Masa itu mula alert tentang manu sihat, mana menu perlu lebih dan kurangkan ambil.
Serius kehamilan kedua sedih bukan sedih tak suka hamil atau lalui benda semua tak. bukan itu maksud aku..kiranya kehamilan kedua ini aku kena pantau apa aku makan baik minum atau makan itu sahaja.
Lastnya aku nak bersalin tu haru juga heee..Tunggu part kedua Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1I okey!Jika bandingkan dengan kehamilan yang pertama aku boleh belasah apa juga menu makanan tak kira manis ke apa ke aku sentap.Itu jer bezanya hiii.
Insyallah aku ceritakan apa yang aku lalui sepanjang hamil dan melahirkan bayi.. Korang ada cerita nak kongsi nak tanya boleh komen bawah atau boleh email ke cahayacintakita@gmail.com insyallah ada kelapangan aku akan bantu atau share..
Pelik ada kata kenapa tak story benda kat lama web satu lagi heee..ya..memang sengaja aku hadkan sebab blog di sana aku cuma masukkan entri maklumat sahaja. Tapi blog ini more pada perkongsian aku lalui dan apa aku suka buat. That is!
Pengalaman Kehamilan Dan Melahirkan Anak Ke Dua ! Part 1
Jumpa lagi ok!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan