Jumaat, 8 Mac 2013

Patung Hidup !

Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Kiriman dari dua insan Kacak dan Anggun membuatkan Suri ingin kongsikan "hadiah ilmu" yang serba ringkas ini untuk peringatan diri sendiri dan sahabat andai sekalian.
Rapatkan saf masing-masing. Anda semua duduklah dalam keadaan tenang dan jangan senyum terlebih dan jangan pula terdetik untuk ketawa. Maka ini adalah benar-benar belaka. Perdegarkanlah apa yang ingin di lukiskan di bawah entri:-
Abdullah Bin Umar melaporkan, Rasulullah s.a.w. pernah berkata-kata, "Percayalah, orang yang membuat gambar-gambar ini akan diseksa pada Hari Kiamat nanti. Dikatakan kepada mereka, "Hidupkan apa yang kamu buat itu!" -Rekodkan oleh Bukhari dan Muslim-
ros jepun
ros jepun
Ada satu kisah ketika itu Rasulullah s.a.w. pulang dari satu perjalanan yang sangat jauh. Ketika itu Aisyah menutup segera ruang anjung dihadapan rumahnya dengan sehelai tirai  nipis bagi menutup gambar patung kerana dikhuatiri Baginda akan terlihat gambar berkenaan.
Setibanya Baginda sampai di rumah keadaan riak muka Baginda ketika itu berubah warna sama sekali. Sehinggakan baginda Rasulullah s.a.w mengeluarkan butir kata "Wahai Aisyah, orang yang mendapat seksaan paling berat daripada Allah pada Hari Kiamat adalah orang yang membuat sesuatu menyerupai makhluk ciptaan Allah."
Lalu Aisyah pun segera memotong tirai bergambar tersebut lalu menjadikannya satu ataupun dua bantal. -Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-
Wahualam..

2 ulasan:

hana hadi berkata...

termasuk haiwan la kan

cahaya berkata...

yes sayang