Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Kiriman dari dua insan Kacak dan Anggun membuatkan Suri ingin kongsikan "hadiah ilmu" yang serba ringkas ini untuk peringatan diri sendiri dan sahabat andai sekalian.
Rapatkan
saf masing-masing. Anda semua duduklah dalam keadaan tenang dan jangan
senyum terlebih dan jangan pula terdetik untuk ketawa. Maka ini adalah
benar-benar belaka. Perdegarkanlah apa yang ingin di lukiskan di bawah
entri:-
Abdullah
Bin Umar melaporkan, Rasulullah s.a.w. pernah berkata-kata,
"Percayalah, orang yang membuat gambar-gambar ini akan diseksa pada Hari
Kiamat nanti. Dikatakan kepada mereka, "Hidupkan apa yang kamu buat
itu!" -Rekodkan oleh Bukhari dan Muslim-
Ada
satu kisah ketika itu Rasulullah s.a.w. pulang dari satu perjalanan
yang sangat jauh. Ketika itu Aisyah menutup segera ruang anjung
dihadapan rumahnya dengan sehelai tirai nipis bagi menutup gambar
patung kerana dikhuatiri Baginda akan terlihat gambar berkenaan.
Setibanya
Baginda sampai di rumah keadaan riak muka Baginda ketika itu berubah
warna sama sekali. Sehinggakan baginda Rasulullah s.a.w mengeluarkan
butir kata "Wahai Aisyah, orang yang mendapat seksaan paling berat
daripada Allah pada Hari Kiamat adalah orang yang membuat sesuatu
menyerupai makhluk ciptaan Allah."
Lalu Aisyah pun segera memotong
tirai bergambar tersebut lalu menjadikannya satu ataupun dua bantal.
-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-
Wahualam..
2 ulasan:
termasuk haiwan la kan
yes sayang
Catat Ulasan