Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Kejadian ini berlaku kira-kira tiga minggu yang lalu. Ini adalah hari yang tidak enak dirasai. Sungguhpun begitu mencari rezeki haruslah digagahkan juga demi membantu suami dan membesarkan anaknda yang tersayang.
Suri pun menunggang motosikal automatik membelah jalan raya dengan rasa mencuba untuk menenangkan diri tanpa memikirkan hal-hal yang lain. Sampai dirumah pengasuh Suri meletakkan motosikal di luar perkarangan rumahnya. Sebab ingin meningglkan botol susu anak dan beg pakaiannya di sana. Selesai memindahkan barang anak Suri pun berjalan ke arah motosikal semula.
Secara tiba-tiba pengasuh itu meminta Suri memboncengnya. Sebelum ini Suri pernah juga membonceng pengasuh ini tapi dia punya permintaan itu membuatkan Suri menolak dengan memberikan alasan saya sendiri bawa motosikal ini dalam keadaan kurang baik. Waktu itu kepala Suri terlalu berat sangat ikutkan dua ke tiga hari jugalah rasa ngilu ini dapat dirasai. Paling ketara hari kejadian ini rasa denyut amat sangat.
Pengasuh itu memaksa Suri memboncengnya juga. Jadi Suri akur. Suri ingin membelok untuk membuat pusingan secara tiba-tiba motosikal Suri naik itu jatuh terhempas ke lantai! Dengan bunyi enjin serta desiran seretan yang begitu kuat membuatkan keadaan benar-benar terkejut. Kepala yang sekiannya sakit makin kuat berdenyut-denyut. Ya Allah! beberapa kali kata hikmah itu terlontar di lekuk bibi Suri yang lemah dan tidak bermaya..
Air muka Suri mulai berubah dan tanpa dipinta Suri memohon maaf pada En. Jamil serta isterinya. Berkali-kali Suri mohon maaf. Habislah pagar rumah itu Suri kerjakan adalah juga sedikit kemek dan terkena pula belakang body kereta wajanya.
Motosikal sah-sah Suri anggap mesti akan calar-balar, site cermin depan mesti pecah blah..blah.. ha..sesak sugguh keadaan bila memikirkan situasi itu sendiri. Dan paling malu bila jiran-jiran terdekat rumah pengasuh melihat keadaan tersebut Oh Tuhan...Suri bagaimana? Nasib menyebelahi Suri. Syukur semua selamat sebab Suri tidak mengalami sebarang kecelakaan sebab press kuat plus nak membrek lagu tu dia terjadi.
Selepas kejadian itu pengasuh membonceng Suri. Dia pun agak cuak membawa motosikal Suri atas apa yang berlaku sebentar tadi. Suri ada mengatakan kepada suami dan isterinya yang Suri akan membaiki segala kerosakan calar di belakang keretanya kelak. Mujurlah suami pengasuh itu jenis cool orangnya dia kata biasalah orang baru bawa motor mana boleh disamakan dengan orang lama membawa motor. Perkara yang tidak dijangka siapa boleh fikir sejauh itukan..Suri angguk sahaja..
Petang itu...
Usai pengasuh mengambil Suri dari bus stop dengan menaiki motosikal Suri hati segera mohon maaf pada dia entah keberapa kali Suri tidak pasti..dan rasa sebal itu tetap bermukim dalam sanubari. Sampai dirumah pengasuh mereka mengajukan resit pada Suri dan Suri membayar tunai pada hari itu juga. Dan memohon maaf pada mereka sekali lagi. Mereka dapat terima dengan hati senyum dan ketawa. Suri yang melihat tingkah mereka mula merasa pelik.
Balik itu Suri ligat membawa motosikal lagi dan lagi seperti tidak seriki langsung dengan apa yang telah berlaku. Suri masih tidak pulang ke rumah sebaliknya membawa motosikal berjalan melalui selok dalam kawasan perumahan yang lain mengikut ceruk mana jalan yang Suri suka. Apabila sampai ke perkarangan gate Suri parking motosikal sambil berkata apalah nasib kau Mr Putih hari ini dapat tuan yang cuai lagi gila-gila bawa motor huhu..
Agak lama Suri termenung melihat Mr White yang satu itu sambil mengimbas apa yang telah terjadi. Ia membuatkan Suri ketawa dan sesal kembali. Tanpa membuang masa Suri pun membalek keliling motosikal jika ada apa-apa kesan calar, pecah di bahagian motor..
Apakah yang terjadi pada Mr Putih hasil dari penilikan Suri selama dua pulu minit?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan