Jumaat, 26 Ogos 2011

Air Mata Taubat Adalah Air Mata Yang Paling Suci

Salam jumaat..

Gembira dengan hidup ini
Kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia
Sebagai hamparan untuk setiap kebaikan

Allah Subhanahu wa Ta'ala mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Bahkan, Allah sangat senang dengan taubatnya seorang hamba. Inilah kesenangan yang lebih besar dibandingkan kesenangan seseorang yang berada di padang pasir bersama tunggangannya, yang di atas punggungnya terdapat perbekalan makanan dan minumannya, tetapi kemudian tunggangannyanya itu lari darinya sehingga dia hampir berputus asa untuk menangkapnya kembali.

Setelah itu dia duduk bersandar di sebuah pohon menanti ajal menjemputnya, hingga ia tertidur. Selang beberapa saat ia bangun dan tiba-tiba unta yang membawa makanan dan minumannya itu berdiri berdekatan kepalanya, maka dengan serta-merta ia memegang tali unta tersebut seraya menjerit kerana gembira yang amat sangat, dan mengatakan: "Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu" (salah berucap kerana gembiranya).

Maha Suci Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pengasih. Allah Subahanahu wa Ta'ala senang dengan taubat hambaNYA itu, sehingga menyebabkan dia beruntung untuk meraih syurgaNya dan mencapai keredahanNYA. Allah Yang Maha Tinggi menyeru kepada hamba-hambaNya yang beriman untuk bertaubat melalui firmanNya:

............dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah An-Nur: Ayat31)


Bertaubat adalah mencuci hati dengan air mata dan membakarnya dengan kobaran api penyesalan. Bertaubatlah adalah pembakaran di dalam hati, pengekangan nafsu, keluhuran di dalam hati, dan titisan air. Yang demikian adalah yang ditempuh oleh orang-orang yang bertaubat, modal orang-orang yang berjaya, langkah awal mereka yang menghendaki Allah, dan kunci istiqamah mereka yang hatinya condong kepada Allah.


Seorang yang bertaubat harus berkeluh-kesah, menyesal dan menangis. Bila orang lain merasa tenang dari 'azab Allah, maka hatinya tidak akan merasa tenang dan selalu dihantui oleh rasa takut bahawa taubatnya tidak diterima, Bila orang lain merasa tenteram, dia tidak pernah berhenti menangis tersedu-sedu.


Bila orang lain beristirehat dengan tenang, dia tidak bosan-bosan merintih sampai tubuhnya menggigil. Bila dia mengingat besarnya dosa dan kesalahannya, kesedihannya makin menjadi-jadi, api nuraninya makin membara, air matanya bercucuran, nafasnya tersengal-sengal, dan terasa sesak kerana dadanya terasa terbakar.


Dia telah membulatkan tekad untuk berlumba-lumba menghadapi hari esok. Dia meremehkan segala urusan dunia agar mampu melalui titian shirath (jambatan) yang berada di atas neraka jahanam dengan secepat kilat.

Sumber Buku: Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.






6 ulasan:

akubiomed berkata...

Terima kasih berkongsi. Biarlah buat bersungguh-sungguh dan kusyuk

nizamghazi berkata...

Semoga kita semua
selalu bertaubat dan sentiasa
mengingatiNya
Thanks Suri dgn artikel ini

tehr berkata...

bertaubat dan jangan buat lagi kesalahan lalu

selamat hari raya

MEKAR berkata...

Tak tertanggung dosa yg saya lakukan selama hidup ini. Terima kasih atas peringatan dan perkongsian ini.

Salam idulfitri dan maaf zahir batin kpd suri sekeluarga :-)

Norasikin berkata...

Selalu terlupa setelah bertaubat. Asyik mengulangi kesalahan sama je

mancai berkata...

perkara yang paling perlu dititik beratkan adalah khusuk...