Salam jumaat semua..
Masihkah sahabatku ingat akan kisah Luka Itu Sembuh Jua Part I pada entri Suri yang lepas hasil tulisan sahabat Muhammad Qayyim. Seperti yang dijanjikan ikuti sambungan kisah suami isteri ini selanjutnya.
Apakah kesudahannya..bersama atau membawa haluan masing-masing sama-sama kita menyorotinya bersama-sama.
Bukan tidak mampu..
Zainab begitu beriya-iya tetapi Jamal tidak begitu. Bukan dia tidak mampu untuk membeli tilam seumpama itu, cuma keadaan kewangan belum mengizinkan dan masih ada hutang yang perlu diselesaikan segera.Malam itu dia tidur lebih awal dari biasa kerana keletihan selepas menolong membaiki kereta seorang kawan pada petangnya.
Berkali-kali Zainab mengejutkan sambil mengingatkan bahawa kalau tilam itu tidak dikutip hingga pagi esok, ia akan diangkut oleh pekerja-pekerja pengangkut sampah Dewan Bandaraya. Setiap kali digerakkan, setiap kali itu pula Jamal merungut dan marah-marah dalam keadaan antara tidur dan jaga.
Keesokannya apabila dikejutkan oleh Zainab untuk bangkit sembahyang Subuh, dia terjaga dalam keadaan hati yang masih mendongkol. Sebaik-baik sahaja diberitahu oleh Zainab bahawa dia telah keluar rumah dan mengambil sendiri tilam merah jambu itu dari tong sampah, Jamal serta-merta naik darah. Dia rasa benar-benar tercabar.
Terdetik dihati Jamal, tak patut Zainab keluar rumah tanpa izin darinya. Bukankah dia suaminya? Zainab telah membelakangkannya! Tidak terfikir pula di benaknya untuk bertanya lebih lanjut, lebih-lebih lagi untuj berlapang dada dan memberi peluang kepada Zainab untuk bercakap sepatah dua kata.
Atas pertimbangan akal bawah sedar yang dipengaruhi nafsu, Jamal terus sahaja melafazkan talak. Serta-merta itu juga darah menyirap naik kemukanya. Dia tahu dia telah terlanjur. Tapi kata-kata yang telah dilafazkan itu tidak boleh ditarik balik.
Talak sudah jatuh!
Keesokan malamnya, Jamal bersama Abang Harun dan Sabri keluar dengan kereta Proton Wira milik Sabri. Abang Harun memandu, Jamal duduk di sebelah pemandu dan Sabri di bahagian belakang, Mereka pusing-pusing bandar Kuala Lumpur tanpa destinasi yang pasti. Agenda pentingnya adalah untuk menyelesaikan masalah Jamal dan bekas isterinya. Perbincangan dalam kenderaan membuatkan fikiran dan jiwa jadi hidup, tidak tegang dan kaku.
Sabri mengingatkan bahawa masalah yang menimpa Jamal ada rangkaian-ramgkaiannya. Kisah sebuah tilam terbuang yang membawa kepada perpisahannya dengan Zainab, cuma sebab-musabab sahaja. Umpama putung bara api yang telah lama bernyala, bila dicucuh minyak tanah terus menyemarak.
"Saya dah bertemu Zainab. Dari cakap-cakapnya tadi, ternyata Zainab masih tidak berubah hati terhadap kau. Hatinya masih pada kau," beritahu Sabri.
Cuma, pesan Sabri, masalah itu biarlah selesai sampai ke akar umbinya supaya tak berulang. Katanya, hidup sebagai suami isteri memang tak lepas dari salah dan silap. Tapi kesalahan dan kesilapan itu bukannya kita sengaja menempah. Sebab itu, katanya, kita perlu berhati-hati dalam sikap, tindak-tanduk dan kata-kata. Kena saling manjaga perasaan dan hormat-menghormati. Paling penting, mesti ada rasa kasih-mengasihi. Kalau kita mahu orang kasih pada kita, Kita mesti pandai memberi kasih kepada orang lain juga.Kasih sayang tidak cukup sekadar disimpan di hati tapi sekali-sekala perlu ditunjukkan juga dalam sikap dan kata-kata.
"Hari ini krisisi rumahtangga banyak terjadi kerana suami isteri hanya mahu disayangi tapi tidak cuba menyanyangi. Masing-masing hanya tahu menerima dan tak tahu memberi. Hanya mahu orang jaga perasaannya, diri sendiri tidak mahu cuba jaga perasaan orang lain," ujar Sabri.
Marah macam mana pun kita pada isteri, jangan sampau terkeluar perkataan yang tak sepatutnya," Sabri memgingatkan lagi. "Lebih-lebih lagi jangan mudah-mudah mengancam untuk bercerai."
Entah berapa kali berjauh hati...
Entah sudah berapa kali Zainab berjauh hati dengan Jamal kerana sikap dan kata-katanya. Rumahtanggan mereka sentiasa berkocak dan tegang. Kesilapan kecil yang dilakukan Zainab sudah cukup untuk membuatkan Jamal naik darah dan tersinggung. Dia akan menengking dan mengherdik malah mengancam.
Rupa-rupanya ancaman yang telalu kerap itu membuatkan Zainab jadi lali. Mungkin sebab itu dia boleh bersikap cekal dengan kejadian pagi semalam. Seolah-olah jiwanya sudah bersedia menghadapi kemungkinan itu.
Bahagia dan derita, susah dan senang, mesra dan tegang, semuanya itu ibarat 'iklim' dalam kehidupan berumahtangga," ujar Sabri lagi.
Cuaca tak selalunya cerah, langit tak selalunya indah, tidak pula hujan memanjang atau kemarau selau. Begitu juga dalam rumahtangga, tak selalunya senang dan bahagia. Sekali-sekala tiba saat susah, saat derita, saat tegang, kenalah kita terima dengan berlapang dada. Itulah perubahan iklim dalam rumahtangga yang tidak dapat kita elak."
Lampu di ruang tamu masih menyala ketika Jamak tiba dirumahnya hampir pukul 12 malam itu.
Nab, boleh izinkan abang masuk?" Jamal bersuara separuh berbisik setelah memberi salam.
"Masuklah," balas Zainab dari dalam. Lembut.
Jamal berasa lega kerana penerimaan Zainab terhadap lafaz rujuk yang dituturkannya dalam pertemuan di hadapan Ustaz Lukman petang tadi, benar-benar dari hati yang rela. Ustaz Lukman, penceramah bertauliah yang sering dijemput mentampaikan kuliah di pejabat tempat Jamal berkerja, telah menjadi saksi ketika Jamal menuturkan lafaz rujuk ke atas Zainab untuk mengesahkan semula hubungan mereka sebagai suami isteri.
"Nab, maafkan abang atas kekasaran abang selama ini."
"Nab juga bersalah. Belum dapat taat sepenuhnya pada abang. Maafkan Nab..."
"Abang maafkan. Sama-samalah kita baiki diri."
Jamal merapati kedua-duanya anaknya yang masih kecil. Dicium dahi kedua-duanya/ Selepas itu matanya mencari tilam berwarna merah jambu.
"Tilam yang Nab kutip tu Nab sorok dibawah rumah. Nab tak bawa masuk, takut abang tak setuju."
Jamal tersenyum, kemudian mengeluarkan bungkusan kecil dari poket seluarnya.
"Ini hadiah untuk Nab"
"Hadiah apa pulak?" Zainab menyambut bungkusan itu lalu mengucapkan sebagai tanda menghargai pemberian Jamal.
"Hadiah kasih sayang!" sahut Jamal.
Malam itu, Jamal dan Zainab mengisi perbualan dengan mengimbau pengalaman manis waktu mereka mula-mula disatukan dahulu. Mengingati pengalaman awal itu manjadikan hati mereka terhibur. Pengalaman-pengalaman itu menjadi penawar kepada luka yang baru sahaja sembuh. Sedar-sedar pukul 2 pagi ketika masing-masing bersedia untuk tidur.
Susah nak lena, bang. Kenapa ya? soal Zainab sambil memandang Jamal dalam kesuraman lampu bilik tidur mereka.
"Nab masih ingat tilam itu lagi ke?" usik Jamal.
"Taklah..."
"Lupakanlah tilam itu. Dapat gaji hujung bulan ini, Insyallah abang beli tilam baru. Lagipun barang dari hasil titik peluh sendiri lebih puas memakainya," janji Jamal sambil tersenyum.
P/S:Hari Khamis 25/8/2011 teka-teki akan di tutup.Bagi sesiapa yang belum meneka masih ada masa lagi untuk mencuba.
5 ulasan:
erk, tilam punya pasal??
semua perkara boleh jadi kes dalam rumah tangga
semuanya perlukan kesabaran dan saling memahami
titan
gara2 perkara kecil ..tilam bukannya bernyawa..huuu tu pun blh bt gaduh2 huu
tehr
ha..sekecil2 pkra tu harus besabar,,,klu ledak marah lain jadinya...
Hurrrmmm...
Asam garam dlm rumahtangga tak elok dipjgkan suri
Nnt ada hasutan pihak ke3 yg boleh meruntuhkan mahligai.... Nauzubilah
Catat Ulasan