Isnin, 25 Mei 2015

Hamil 33 Minggu Baki Lagi 7 minggu Lagi..

As salam..

Alhamdulillah.syukur masuk 33 minggu penghujung kehamilan bulan ke tujuh..

Semalam cuba siapkan barang bayi masukkan dalam beg khasnya. Nampaknya barangkeperluan bayi untuk bawa ke hospital telah siap cuma yang tak silap bab "tuam bayi" mana nak cari "jintan hitam" atau panggil "habatu sauda". Pek bujut nak nak buat diy tuam baby kononnya hu..hu harap akan sempat jumpa rempah - ratus ni nanti sebelum due baby bakal lahirkan.  Bukan tak boleh beli tapi beli puas buat sendiri ewah...

Barang aku pula masih banyak kurang..apa barang yang masih belum ada eh..baju menyusu depan mesti ada butang dapat 3 ke 4 helai ok gak, minyak panas, holicks, biskut kering, tarmos, cawan sedang hu..aduh..pening jap...sanita huhu rasanya itu yang belum ada...kain batik huhu..

Seronok sebab semalam minta anak sulung aku sertai paking bab semalam. nak dia rasa gembira bukan sisihkan dia.kalau tak buat macam itu nanti nampak sangat aku teruja nak terima adik dia..dia pula terasa hati,yalah sebelum ni kasih sayang curahkan kat dia jer sekarag kena adil dna bagi sama rata..

lagi 7 minggu sahaja lagi sungguh pantas masa berlalu ke depan. Doakan aku dan kandungan dalam sihat hendaknya..

Tiada ulasan: