Salam pagi..
Pagi tadi semasa nak membuka pintu gelongsor untuk melangkah ke luar rumah atas sofa hijau bernada kuning menarik perhatian Suri. Eh, buku apa ini..ah biarkan sahajalah. Mungkin sebab hati fikir majalah atau buku berkisar tentang bola sepak luar negara agaknya..
Bila anak sudah menyusu, suami selesai bersarapan mereka terus menuju ke dalam perut kereta. Suri orang terakhir mengunci pintu rumah. Sekali lagi sempat menilik loh majalah pa & ma rupanya. dalam banyak-banyak buku yang Suri suka inilah bukunya.
Erm..
Masa hamil beberapa tahun yang lepas memang Suri suka membaca buku ini sebagai rujukan dan bacaan di dalam bilik perpustakaan mini Suri. Tapi sekarang agak jarang membeli sebab jarang ikut suami ke KLIA atau LCT. Jadi doklah mintak dia belikan SUri buku itu ini untuk di belikan.
E. tak sangka dia masih membeli lagi dan lagi. Btw selalu dia cakap ada sesuatu dalam bonet kereta ke, di belakang tempat duduk ada hadiah ker heee..Ini tahu-tahu buku atas sofa eish...
...Suri tak sempat cakap banyak sebab hari ini kira lewat masuk pejabat sebab dia maintanance kereta dia tadi huu.. Bagi Suri buku pa & ma kalau nak beli selang 3 ke 4 kali okey. Tapi jika nak beli tiap-tiap bulan rasanya tidak perlu. Kalau jenis anda jatuh hati pada setiap muka depan majalah tu jangan salahnkan Suri tu memang model- meodel terhangat di majalah pa & ma.
...Suri..tak perlu beli setiap bulan sebab kebanyakannya isi yang di sampaikan berulang-ulang. Cuma yang membezakannya kupasan mereka dalam penyampaian bahasa.
Tapi, jika korang memang ada masuk kuiz, peraduan bagai dalam beberapa segmen tajaan
..Wajiblah beli nak tahu terpilih jadi pemenag ke tidak.
Bukan apa sebab Suri dah nak hampir 4 tahun membelek majalah ini. Sama sahaja dan cuma ada beberapa ruang yang terbaru rasakan bagus itu tu lebih bayak menyusur pada peraduanlah, bergambarlah, sponser bagai, iklan sudah pasti heee..
Bila isi yang sama memang membaca nampak bosan dan ada beberapa ketika Suri cuma sentuh bahagian tanyalah pakar atau dokor sahaja itu lebih mendalam pengisiannya.
Btw bila dia dah membeli suri bacalah juga tapi jika rasa benar-benar bosan laaaa.. Majalah yang bagus untuk ibu sedang meniti saat bahagaian bersama si kecil dalam perut dan panduan bagus untuk para bapa dalam membantu isteri dalam meengurusan anak-anak.
p/s:ini adalah pandangan dari sudut Suri sahaja.. ;P
terima kasih buat kekasihku heee..kerna tidak pernah lupa akan hal ini.
3 ulasan:
Majalah yang masih saya lagi kekal beli ada majalah pemotoran "Roda Roda".
wah mmg peminat motor ya bro?
majalah boleh tahan juga pengisian dia tu..cuci mata sambil belajar teknik mmg seronok
mmg suka pa & ma ni.. nak2 masa preg.. mmg suka baca.. tapi agak mahal kot, tu yg fikir 2-3 kali tu.. hihi
Catat Ulasan