Salam..
Agak lewat update blogspot heee 12.19am hua...apa kes.. Gara-gara kesibukan melanda di pejabat dengan meeting, persiapan afidavit yang harus dimajukan pada court membuatkan Suri lupa seketika tugas sebagai part time blogger huhu..
Ini pun teringat blogspot tak update maka usai membuang toksid di dalam perut sebentar tadi baru plan nak hadap blog. Harap pasni perutku tidak meragam lagi..
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia telah pun masing-masing dapat. Ada yang cermerlang dalam keputusan masing-masing ada juga agak sedih, terkilan, kecewa bila result yang di impikan menjadi sebaliknya atau ada yang buat tak kisah?
Apa pun pandangan masing-masing selepas mendapat keputusan ini sebenarnya itu bukan sebuah pengakhiran kehidupan. Bagi kurang cantik keputusannya tidak seharusnya anda berduka sambil mengenangkan kisah lalu tapi bangkit dengan dairy baharu.
Jika ada ingin belajar pintu masih terbuka luas. Bagi yang minat akan bidang kemahiran Mara ada menyediakan beberapa kursus yang boleh dikatakan mendatangkan kerjaya baik pada masa hadapan.
Sekiranya kursus Mara agak keberatan nak masuk gara-gara tersekat dengan pinjaman dan sebagainya Suri cadangkan anda masuk ILP. Institut Latihan Perindustrian. Yang ini mana-mana cawangan ada di setiap negeri tak silap Surilah. ILP sama lavel dengan Adtec. In case yang ini memang belajar pun free kalau nak bayar tu cuma masa pendaftaran jer kot berapa rm Suri tak ingat hee. Tapi bab-bab asrama pihak pentadbiran di sana ada sediakan penginapan untuk pelajar-pelajarnya. Begitu juga dengan wang saraan diri tiap-tiap bulan anda akan dapat hee..
Bagi yang berkemampuan tu korang bolehlah pilih kursus under swasta yang boleh tahan gak bayaran untuk permulaan kursus dan sampai ke pangajian diploma melarat ke ijazah. Tapi yang sakitnya bila swasta ni perit bab pinjaman huhu.. Pas habis pengajian kenalah bayar balik pinjaman tersebut. Haa yang ini memang adat le sebagai seorang pelajar dengan pinjaman memang tidak dapat di pisahkan melainkan jika anda lepas habis spm terus berkerja itu lain cerita.
Bagi dapat best result jangan lepaskan peluang untuk sambung belajar ke mana-mana Universiti tempatan dalam atau luar negara hee.. Pokok pangkalnya ada minat anda boleh sahaja joit kursus yang di inginkan sesuai dengan kehendak pasaran kerja sekarang atau masa akan datang. Bijak pilih kurusu bijaklah masa depan anda dam cerahlah peluang pekerjaan tu nanti.
Ada pula kes dapat keputusan baik tapi sayang tajaan tiada salah satu sebab keluarga kurang berkemampuan untuk hantar anak ke Universiti lebih-lebih lagi yang mintak bahagian kejuruteraan yang memang minat nak sambung pengajian nanti di Jepun, contonyalah ye huhu.. Bab ni korang kena rajin google..cari laman wab jpa ke apa ker untuk mohon pinjama tu. Insyallah kalau ada rezeki akan di panggil temuduga sebagainya. Beberapa tahun belajar di Malaysia pastu terus sambung blajar ke luar negara.
Yang tidak minat belajar jangan pula merasa hampa..Korang still boleh cari pengalaman. Yang minat bahagian pejabat korang boleh apply kerani mana-mana syarikat perlukan pekerja begini. Saat ini belajar asas dulu dalam bahagian pejabat menulis memo, surat jual beli, fax dan sebagainya. Timba ilmu sebanyak mungkin dan kalau boleh cuba kekalkan jawatan ini dalam 3 ke 4 tahun. Sekiranya anda bosan cuba cari persekitaran kerja di tempat lain dan pastikan anda minat jawatan kerani juga.
Sebenarnya tidak kisah jawatan mana yang anda minat. Katakan minat kerja bahagia akaun maka kekalkan potensi dan minat kerja tu satu bidang sahaja. Tahu tak mengapa Suri katakan demikian. Sebab katakan tadi anda berkerja di syarikat lama selama 3 ke 4 tahun dan bila pindah kerja ke tempat yang baru peluang anda untuk kenaikan gaji akan cerah sebab ekoran dari pengalaman anda berkerja beberapa tahun di syarikat pertama tempoh berkerja agak lama dan kemungkinan peratus anda untuk gaji itu naik mungkin tinggi.
Hampir mengikut pengalaman Suri berkerja lebih dari 7 buah syarikat kebanyakan mereka akan mencari pengalaman anda berkerja dahulu selain menitikberatkan bahasa english, soal result pmr, spm. diploma dan sebagainya. Cuba anda fikirkan selepas beberapa tahun anda berkeja dan fokus satu kerja sambil menimba ilmu dalam bahagian pejabat baik kerja kerani,qa kilang, akaun akan tiba saat nanti gaji anda akan lebih tinggi dari pekerja yang berkerja selepas keluar dari pengajian kolej swasta yang terkadang belum tentu ada pengalam kerja seperti anda. Biasanya lepasan kolej swasta gaji bermula pada tangga permulaan sebab baru dalam bahagian bidang kerjayanya paling sikit pun mereka tiada pengalaman langsung jusy asas sahaja. Jika di bandingkan dengan anda yang mula berkerja saat tamat sekolah tingkatan 5!
Pada minat bahagian kerjaya seperti polis bantuan ker apa2lah pun boleh mencuba nasib mengisi borang dalam suratkhbar. Ada masa2 iklan permohonan kerja ini akan keluar untuk mengambil pengambilan baru. So try grab! heee mana tahu dapat kerja ini gaji pun bileh tahan juga geee..
Kesimpulanya banyak cara untuk berjaya dan mencari duit atau pengalaman jika kena pada kehendak dan keinginan dari diri sendiri. Tepuk hati, soal otak dan fikir baik-baik mana satu pilihan anda. Pastikan anda tidak tersalah pilih jalan yang mati sudahlah. Penulis hanya berkongsi idea dan pandangan sendiri dalam blog ini mengikut pengalaman dan pengamatan. Tiada apa2 ingin katakan itu ini tidak elok di sebalik keputusan anda.
Di sini hanya ingin memberikan anda ruang, peluang yang tersedia terbuka luas untuk anda. Kata orang pintu dah terbuka tinggal lagi pilihan di tangan anda.
okis nak tdo hee... camat malaem
8 ulasan:
Bagi yang tidak cemerlang di keputusan SPM boleh ambil kursus kemahiran macam Suri cadangkan seperti KKTM, ILP dan sebagainya.
spm bkn nya pengakhiran..ia hanyalah permulaan :)
teringat dulu2.. pas spm rasa malas sgt, sampai tak apply utk ke oversea ke.. last2 masuk matrik juga..
ab
byk peluang rugi tak rebut. nak2 bab2 sambung belajar percuma tu he...
setuju dengan Suri, SPM bukanlah segala - galanya, walau bagaimana pun ianya satu titik tolak ke mana hala tuju kita. Jangan berputus asa sekiranya result SPM tidak secemerlang yang di sangka. Juga jangan terlalu gembira sekiranya result cemerlang, kerana ianya hanya sementara. Banyak lagi liku perjalanan yang perlu diteruskan. Usaha tidak habis di sini saja.
jebeng
yep tu harus di perakui. ada gak org yg tak berapa llus spm tpi berjaya dlm hdup
kak f
matri ok gak kak.asal dpt sambung belajar hati naik girang
Yang lulus seharusnya rasa bangga dgn pencapaian yg derang dh dapat...tapi bg yg gagal pula byk lg opsyen lain yg menanti...jgn mudah berputus asa...
Lelaki Kacak
Catat Ulasan